Oh Lawa By: Bibi Ramli December 25, 2018 @ 2:00pm

Cara Mencuci Barang Kemas Yang Disaduri Emas & Perak

Sama macam baju yang kita pakai, barang kemas pun lama-lama akan kotor, ataupun hilang sinarnya.

Selepas terdedah kepada peluh dan minyak daripada losyen atau minyak yang kita pakai, barang kemas, tak kiralah emas atau silver, akan mula nampak kusam. Ini sebabnya pencucian yang betul sekali-sekala adalah perlu.

Walaupun bunyinya macam susah, sebenarnya nak cuci barang kemas ini senang saja dan tak memerlukan apa-apa alat pencuci yang mahal. Besar kemungkinan anda memang dah ada pun barangnya di rumah.

Jom pelajari bagaimana nak cuci barang kemas emas dan perak dengan mudah.

Emas

1. Sapu setiap kali selepas pakai

Sama juga dengan apa yang anda patut lakukan dengan rantai mutiara. Gunakan bebola kapas ataupun kain yang tak berbulu (lint-free), untuk menanggalkan segala minyak yang terlekat.

Kembalikan sinar dengan jewelry cloth

Anda tahu kan, kain lembut yang anda gunakan untuk mencuci kanta cermin mata? Gunakan kain itu dan sapu apabila barang kemas anda nampak kusam.

Jika ia terlalu kotor, sediakan campuran air sabun

Kalau setelah disapu pun kotoran tak hilang, inilah masanya untuk betul-betul bersihkannya. Campurkan air suam dengan sabun lembut. Nota: jauhi barang kemas anda daripada sabun anti-bakteria atau pencuci barang kemas yang kasar.

Rendam di dalam campuran tersebut, kemudia bersih dengan berus lembut

Langkah ini sangat mudah. Sambil ia berendam, gunakan berus lembut dan gosok perlahan-lahan untuk tanggalkan kotoran dan kembalikan sinar.

Foto: WikiHow

Perak

1. Sediakan campuran air sabun

Gabungkan air suam dengan sabun cuci pinggan untuk menghasilkan campuran berbuih.

2. Rendam barang kemas

Bila campuran air sabun dah ready, rendam barang kemas anda untuk beberapa minit untuk lembutkan kotoran.

3. Gunakan kain lint-free untuk polish

Setelah direndam, gosok perlahan-lahan untuk menanggalkan kesemua kotoran. Pastikan anda tackle bahagian permukaan yang berlekuk juga, ya!

4. Bilas dan keringkan

Bila dengan air sederhana panas dan keringkan dengan kain lint-free yang bersih.

Senang saja, kan?

Sumber: WhoWhatWear

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 26 Apr 2019
Oh Lawa Tue, 29 Jan 2019

5 sebab anda perlu guna produk penjagaan kulit yang mengandungi Squalane

Bahan ini sangat versatil dan berkuasa tinggi!

Featured Thu, 27 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 11 Feb 2019

Miley Cyrus tampil bersahaja ke Grammy Awards, tetapi kasutnya memang luar biasa!

Kasut juga boleh tambahkan seri kepada penampilan anda.

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Featured Sat, 9 Nov 2019

Dapatkan Kotak Bertuah Botaneco Garden, hanya pada 11 November sahaja!

Produk penjagaan diri yang sangat mengujakan menunggu anda!

Featured Mon, 12 Nov 2018

Stail Hariannya Diabadikan Seorang Jurugambar Setiap Hari, Pakcik Ali Memang Stailo!

Di usia 86 tahun bukanlah penghalang untuk beliau tampil bergaya.

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Boy De Chanel, Produk Solekan Untuk Jejaka Yang Obses Dengan Penampilan!

Ia sudahpun dilancarkan di Korea Selatan dan seterusnya di serata dunia November lalu secara atas talian.

Featured Fri, 9 Aug 2019

| Live TV