Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh
Iklim panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini kadangkala menyebabkan kita berasa tidak selesa untuk melakukan aktiviti luar rumah.
Kegiatan riadah juga mungkin terganggu kerana badan cepat berpeluh.
Dalam hal ini, pasti anda akan memilih untuk memakai pakaian yang nipis, tetapi masih lagi patuh syariah.
Pilihan yang paling tepat adalah dengan mengenakan gaun panjang. Sesetengah gaun labuh diperbuat daripada fabrik yang nipis dan sesuai untuk digayakan ketika cuaca panas.
Berikut antara fesyen gaun yang boleh anda gayakan ketika cuaca panas!