Oh Lawa By: Yanie Baharom October 10, 2018 @ 6:00pm

Cuka Epal Bukan Sekadar Perisa Tambahan Dalam Makanan, Malah Bermanfaat Untuk Kecantikan

Pemahaman umum mengenai cuka epal, ia adalah salah satu bahan untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiat cuka epal.

Hakikatnya sudah beratus tahun, cuka epal merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah. Khasiat cuka epal untuk kesihatan dan kecantikan sangat mengagumkan!

Cuka epal diperbuat daripada proses penapaian Apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukarkan gula kepada alkohol kemudian asid asetik (asid organik).

Cuka epal berwarna emas pucat. Cuka ini kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Sebagai peringatan, sekiranya anda mengambil sebarang ubat, pastikan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tip yang dikongsikan.

Foto: Reader’s Digest

10 khasiat cuka epal untuk kesihatan dan kecantikan

1. Mengawal diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin)

Kajian mencadangkan bahan aktif dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan mengimbangkan gula dalam darah.

Sebagai hasilnya, khasiat cuka epal ini adalah dapat mengawal diabetes jenis 2.

Bagaimana: Tambah cuka epal ke dalam sos salad atau campurkan satu sudu di dalam air dan minum sebelum makan.

2. Menghapus kelemumur

Gatal kepala akibat kelemumur amatlah merimaskan. Lupakan seketika mengenai syampu anda dan cuba cuka epal untuk mengatasi masalah ini.

Pakar menerangkan cuka epal membantu menstabilkan pH kulit kepala anda, menghalang yis, iaitu salah satu punca kelemumur.

Bagaimana: Campurkan 2 sudu cuka epal dalam secawan air dan bilas rambut anda dengannya.

Untuk kelemumur yang lebih teruk, campurkan suku cawan cuka epal dengan suku cawan air, sapu campuran ke kulit kepala dan biarkan selama sekurang-kurangnya sejam sebelum membilasnya.

3. Melegakan sakit tekak

Ingin menghilangkan rasa sakit tekak tanpa ubat? Percayalah dengan khasiat cuka epal yang satu ini!

Campurkan cuka epal, madu dan serbuk lada cayenne. Ini adalah ubat batuk semula jadi. Ia mempunyai kandungan antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit.

Bagaimana: Campurkan 1 sudu cuka epal, 1 sudu serbuk lada cayenne (rempah Guinea) dan 3 sudu madu ke dalam air suam dan minum.

Jika sakit tekak akibat alergi, cuka epal sangat berkesan kerana ia mampu membantu memecahkan mukus.

Foto: About DoctorOnCall

4. Rambut sihat dan berkilat

Tidak perlu membazir membeli syampu yang mahal bagi masalah rambut kusam dan tidak bermaya.

Cuka epal boleh membantu anda mendapatkan rambut idaman ini.

Kata pakar, cuka epal ada asid asetik, apabila digunakan pada kulit kepala, ia membuang lebihan bahan yang digunakan seperti kesan minyak rambut atau syampu.

Bagaimana: 2 kali sebulan selepas syampu, tuang satu cawan cuka epal di kulit kepala dan rambut, urut dan bilas selepas beberapa minit. Rambut anda akan kelihatan cantik dan lembut.

5. Membantu masalah penghadaman

Refluks asid dan pedih ulu hati bukanlah pengalaman yang menyenangkan.

Ini berlaku akibat pH yang tidak seimbang di dalam perut dan kurangnya enzim dan probiotik.

Menurut pakar, cuka epal mempunyai enzim dan probiotik semula jadi boleh membantu masalah ini.

Bagaimana: Tambah satu sudu cuka epal di dalam air suam dan minum lima minit sebelum waktu makan.

Foto: Alodokter

6.  Menyahkan bau kaki dan ketiak

Mempunyai bau badan dan ketiak yang busuk, membuatkan sesiapapun di sini kamu berasa tidak selesa.

Cuka epal ialah penyelesaian yang efektif, murah dan semula jadi untuk kedua masalah kaki dan ketiak berbau.

Asid dalam cuka epal menukarkan pH kulit anda dan membantu menghentikan pembentukan bakteria.

Bagaimana: Untuk kaki, rendamkan kain lap dalam secawan cuka epal dalam bekas kedap udara sepanjang malam lalu simpan dalam peti sejuk dan gunakan ia untuk mengelap kaki bila perlu.

Juga boleh digunakan untuk mengelap ketiak. Hanya lap pada kulit yang kering dan bersih. Jangan risau dengan bau cuka kerana ia akan hilang setelah kering.

7.  Membersihkan berus makeup

Sangat penting untuk memastikan berus makeup anda bersih bagi mengelak terkumpulnya kekotoran yang akan memberi kesan kepada kulit anda.

Khasiat cuka epal bukan setakat pada kesihatan anda saja. Ia juga adalah pembersih berus makeup yang bagus kerana kandungan asid malik yang antibakterial!

Bagaimana: Pakar kecantikan mencadangkan untuk mencampur secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal.

Juga boleh tambah hirisan lemon dalam campuran ini. Kemudian rendam berus-berus anda di dalam campuran ini selama sejam dan bilas dengan air.

Keringkan sebelum menggunakan mereka lagi.

Foto: Groupon

8.  Membersihkan kulit

Jika anda mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal boleh membantu anda.

Pakar kulit menerangkan yang kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai toner, ia membantu menyeimbangkan tahap minyak kulit.

Bagaimana: Cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air sebelum menggunakan pada kulit muka dengan kapas muka.

Buat tiga hingga empat kali seminggu. Jika anda mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Featured Fri, 6 Dec 2019

Mungkin ada bakteria halus yang ‘membiak’ dalam beg kosmetik anda!

Ketahui produk mana yang menjadi ‘sarang’ terbesar!

Oh Lawa Sun, 1 Jul 2018

Penyanyi Kacak Harry Styles Dipilih Sebagai Wajah Kempen Gucci Pra-Luruh 2018

Nampaknya dia memang peminat setia jenama high end ini.

Oh Lawa Mon, 29 Jul 2019

7 panduan ketika membeli krim pelindung matahari

Yang mahal tak semestinya dwi efektif!

Featured Mon, 23 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 19 Mar 2019

Cara mudah menjaga aksesori berbatu, anda hanya memerlukan pengilat kuku! 

Pengilat kuku lutsinar bertindak sebagai gam, beri impak berkilau!  

Oh Lawa Thu, 17 Jan 2019

Mencari busana muslimah menepati syariat Islam namun masih kelihatan bergaya, Nur Aishah ada jawapannya!

Nur Aishah mengutamakan ciri-ciri kesopanan wanita muslimah, menutup aurat dan keselesaan yang abadi dalam beribadah.  

Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
Oh Lawa Tue, 30 Apr 2019
Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018

Bimbang Skrub Anda Ada Bahan Pengawet? Buat Skrub Anda Sendiri Dengan Menggunakan Bahan Dapur

Ia boleh menanggalkan sel kulit mati, menjana semula sel kulit baru dan menghaluskan kulit.