Oh Lawa By: Yanie Baharom June 16, 2018 @ 5:00pm

Penggayaan Turban Buat Si Manis Berhijab Tampil Elegan

Seiring dengan perkembangan fesyen, penggayaan tudung juga tidak terlepas daripada mengelami pelbagai revolusi. Namun, berbeza dengan penggayaan turban kerana tidak dianggap sebagai alternatif kepada pemakaian hijab apabila ia dikatakan tidak menepati syarak.
 
Namun bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengenakan hijab atau belum sedia bertudung litup sepenuhnya, barangkali pemakaian turban ini satu permulaan yang baik dalam menampilkan gaya sopan.

Penggayaannya juga tidak terhad, malah boleh digunakan sebagai headgear atau aksesori kepala. Pada Minggu Fesyen New York, tahun lalu, jenama terkemuka Marc Jacobs mengimplementasikan penggunaan turban dalam penataan gaya model yang melakukan ‘catwalk’ bagi sesi penutupan acara gilang-gemilang itu.

www.hollywoodreporter.com

 
Hijab & Heels memaparkan inovasi pemakaian turban melalui dwi cara iaitu elegan dan sopan manakala satu lagi styling, edge dan funky. Kedua-dua model, Fieza Jolie dan Asyu Vianaa menterjemahkan pemakaian turban keluaran IonaScarf melalui gaya personal masing-masing.
 
 
 
Turban instant keluaran IonaScarf ini terdapat dalam pelbagai warna vibrant yang sangat sesuai dengan personaliti saya yang periang. Bagi wanita yang tidak berhijab seperti saya, pemakaian turban ini boleh digunakan sebagai headgear atau aksesori rambut yang membuatkan penampilan seseorang kelihatan ‘boring to something’.
 
“Selain itu, turban juga  penyelamat sekiranya tidak mempunyai masa untuk mendandan rambut. Tali ikatannya yang panjang, boleh menghasilkan empat gaya yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. “Ikatan reben besar dibahagian sisi turban ini, pada saya tampak stylo dan berani,” katanya.
 
 
Asyu Vianaa pula berpendapat, penggayaan turban membuatkan penampilan seseorang kelihatan elegan apatah lagi menggayakan koleksi turban Ionascarf yang menggunakan fabrik sutera Thailand dan Jepun berkualiti tinggi.
 
“Saya memang berhijab. Tetapi adakalanya saya berturban sekiranya diundang ke majlis-majlis keramaian atau minggu fesyen yang berlangsung sekitar ibu kota. 
 
“Mengapa saya memilih untuk  berturban, ia bukan saja membuatkan penampilan seseorang nampak stylish dan elegan dalam gaya ringkas. Tetapi juga dapat menyerlahkan pakaian seseorang yang mungkin terdapat banyak perincian dibahagian dada.
 
“Bagi saya tiada masalah bagi mereka yang berhijab untuk memakai turban kerana aurat wanita masih boleh dipelihara dengan memakai inner turtle neck dipadan dengan pakaian yang sopan,”  katanya. 
 

www.pinterest.co.uk

 
IonaScraf adalah sebuah jenama muslimah di mana asas perniagaannya menumpukan  penjualan turban dan shawl. Dimiliki oleh Datin Syalwana Mohammed selaku pengasas, galeri butik Ionasacrf beroperasi di No. 38-2F Jln Setia Perdana BB U13/BB Setia Alam 40120 Shah Alam Selangor.
 
Syalwana berkata, koleksi tudung dan turban Ionascarf diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi dan dijual pada harga mampu milik iaitu sekitar RM79 hingga RM89.
 
“Keunikan jenama Ionascarf bukan saja diukur melalui kualiti fabrik tetapi juga pemilihan warna-warna terang bagi meraka yang sukakan gaya berani. Satu lagi keistimewaannya semestinya jahitan yang digunakan iaitu ‘eyelash hemming and bb seam’. Jahitan ini sulit dan perlu dilakukan secara teliti untuk memastikan kain tidak rosak. Tetapi jatihan itu membuatkan shawl  kelihatan kemas dan cantik.
 
“Bercakap mengenai turban pula, kelainan turban Ionascarf selain menggunakan sutera Thailand dan Jepun, ia dihadirkan dalam himpunan warna vibrant. Gaya ikatannya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan tiada siapa akan menyangka anda mengulang tayang turban yang sama,” katanya.
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 8 Feb 2018

Idam Bulu Mata Lentik Dan Tebal Persis ‘Barbie Doll’? Anda Mesti Cuba 10 Tips Ini

Patung Barbie boleh dianggap sebagai ikonik bagi wanita yang mendambakan paras rupa jelita dan tubuh yang sempurna.

Featured Fri, 22 May 2020
Oh Lawa Mon, 7 May 2018

10 Selebriti Wanita Hollywood Sudah “Serik Dan Cuci Tangan” Daripada Pengambilan Suntikan Wajah

Kecantikan fizikal memainkan peranan besar dalam menentukan kerjaya kebanyakan wanita di sana sehingga memberikan tekanan kepada mereka untuk mendapatkan botox atau filler.

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Oh Lawa Sun, 1 Jul 2018

Mariah Carey Tak Mandi Macam Orang Biasa, Patutlah Digelar Diva!

Ketahui caranya untuk mendapatkan kulitnya yang flawless itu.

Featured Wed, 31 Jul 2019
Featured Fri, 4 May 2018

12 Foto Hasil Pembedahan Plastik Warga Korea Yang Mengejutkan, No. 11 Paling Ketara!

Ada prosedur yang tak berapa nak jadi. Tapi kalau berjaya, transformasinya memang amazing!

Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019