Oh Lawa By: Yanie Baharom June 13, 2018 @ 8:00pm

Dulu Pelarian Syria, Kini Lancar Jenama Kasut Mewah Di Perancis

Apabila Daniel Essa melarikan diri dari Syria pada 2014, masa depannya di Perancis sungguh tidak menentu. Tidak ramai yang dikenalinya, apatah lagi bertutur dalam bahasa Perancis dengan fasih.

Sungguhpun demikian, beliau kini menjual jenama kasut mewah karyanya sendiri kepada golongan mewah dan hartawan Perancis serta Hollywood.

Lelaki berusia 30 tahun itu yang menuntut dalam jurusan fesyen di Damsyik, terpaksa mengorbankan kerjaya yang diimpikannya di tanah airnya sendiri dan melarikan diri dari peperangan ke Lille, berdekatan dengan sempadan Belgium.

Kasutnya yang kelihatan ringkas tapi bergaya dijual secara purata pada harga 330 euro (RM1,459) setiap pasang.

Foto: PressFrom

Pelakon Whoopi Goldberg adalah antara mereka yang sudah membuat tempahan, Essa memberitahu Reuters.

Kedai pertamanya dijadual dibuka dalam masa kurang dua minggu. Kasut-kasut beliau sudahpun dijual di kawasan orang kaya seperti Beverly Hills, Paris dan Ajaccio, Corsica.

Essa mula belajar menjahit daripada neneknya, tetapi terpaksa meyakinkan ibu bapanya bahawa bidang fesyen bukan hanya untuk wanita saja.

“Semua ahli keluarga saya yang lain membantah, kerana ia bukan kerja lelaki, ia kerja wanita. Jadi ia merupakan rahsia antara nenek dan saya, tanpa pengetahuan keluarga,” kongsi Essa.

Foto: France Bleu

Hati Essa berbelah bagi untuk meninggalkan Damsyik, yang tidak terjejas teruk akibat peperangan berbanding tempat asalnya di Homs.

Ketika itu Essa sudahpun membuka sebuah bengkel dan kedai di ibu kota Syria itu. Setiap pasang kasut rekaan Daniel Essa dilengkapi dengan perkataan ‘Kebebasan’ , ‘Ciuman’ atau ‘Keamanan’.

“Setiap orang bercakap tentang keamanan dunia, tapi saya benar-benar berharap kita akan dapat mengecapi keamanan di dunia ini,” Essa meluahkan harapannya. 

Sumber: CNA 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Oh Lawa Tue, 13 Nov 2018

6 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat Sehingga Hujung Rambut Bercabang

Salah satu kesilapannya adalah menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Oh Lawa Tue, 22 Jan 2019

Pelajari teknik menggosok kain linen tanpa perlu menghantarnya ke dobi

Memelihara kulit di sebalik sifatnya yang mudah renyuk!

Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019

Empat jenis sikat untuk rambut berbeza. Nombor 4 paling berguna!

Sikat penting untuk memastikan rambut tampak bermaya dan segar

Oh Lawa Tue, 29 May 2018

6 Bahan Yang Boleh Merawat Bibir Kering Selain ‘Lip Balm’

Tak ada lip balm? No problem. Gunakan saja 6 bahan alternatif ini.

Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 19 Apr 2018

Selepas Bulu Kening, Trend Seni Hidung Pula Viral Di Instagram, No. 4 Paling Unik

Macam dah tak ada tempat lain nak melukis. Muka pula dijadikan kanvas!

Oh Lawa Thu, 13 Dec 2018

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!