Oh Lawa By: tex_admin September 28, 2019 @ 2:11pm

Enam amalan kecantikan yang pasti buat anda garu kepala

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Amalan kecantikan yang diamalkan oleh golongan wanita dalam budaya tertentu kadang kala tampak aneh dan menyakitkan meskipun ia tidaklah mendatangkan penderitaan kepada kelompok yang mengamalkannya.

Amalan menindik telinga dalam kalangan masyarakat Melayu umpamanya mungkin dianggap mendatangkan kesakitan ketika telinga ditindik dengan jarum atau alat yang tajam, namun ia dipandang cantik apabila dikenakan sepasang anting-anting atau subang di telinga.

Merenung lebih jauh, ritual kecantikan  yang wujud dalam kalangan masyarakat seluruh dunia adalah produk interaksi sosial yang terhasil daripada nilai-nilai setempat, amalan keagamaan, kepercayaan masyarakat serta keadaan geografi sesebuah tempat.

Sebelum kewujudan media massa seperti surat khabar dan televisyen, rata-rata masyarakat di seluruh dunia mengamalkan kepercayaan dan amalan kecantikan yang pelbagai, sesuai dengan kepercayaan dan keunikan tradisi masyarakat tersebut.

Walaupun banyak nilai dan budaya masyarakat di seluruh dunia telah diubah sesuai selaras dengan perkembangan teknologi yang dialami, masih terdapat segelintir golongan mahupun suku kaum yang mengamalkan amalan kecantikan diklasifikasikan sebagai pelik

Berikut disenaraikan beberapa amalan kecantikan pelik yang pernah dan masih diamalkan oleh masyarakat dari seluruh dunia.

1. Gigi bertindih

Foto: latest.com

Jika di Malaysia, rata-rata anak muda yang mempunyai gigi bertindih pastinya akan pergi ke klinik gigi yang menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi bagi mencantikkan susunan gigi mereka.

Malahan, pemakaian pendakap gigi juga seakan-akan satu gaya dalam kalangan anak muda di Malaysia kini, namun perkara sebaliknya pula berlaku di kalangan wanita muda di Jepun apabila kebanyakan daripada mereka berbangga memiliki gigi yang berlapis. 

Amalan yang juga dikenali sebagai yaeba ini amat berleluasa sehiggakan wanita muda Jepun sanggup berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan pendakap gigi yang direka khusus bagi menjadikan gigi bertindih.

Apa yang lebih pelik, tujuan gaya ini dilakukan dalam kalangan wanita adalah bagi memastikan mereka tampil kurang sempurna dan menarik dalam penampilan mereka. Gaya kecantikan sebegini juga mula mendapat perhatian wanita muda di Amerika Syarikat.

2. Gemuk itu cantik

Foto: en.brilio.net

Memiliki tubuh badan yang langsing dan kurus merupakan idaman dan cita-cita bagi kebanyakan wanita di seluruh dunia, namun bagi wanita di negara Afrika, Mauritinia, kegemukan merupakan lambang kecantikan seseorang wanita.

Kepercayaan yang berakar daripada amalan lampau masyarakat di situ kebiasaanya dibuat sebagai cara untuk menjadikan seseorang bakal pengantin itu lebih menarik pada hari perkahwinan mereka.

Untuk mencapai bentuk tubuh badan itu, ahli keluarga akan menempatkan wanita berkenaan di suatu tempat yang dikenali sebagai fat farms supaya mereka boleh dijamu dengan makanan tinggi lemak seperti kuskus dan kurma.

Seiring dengan perkembangan semasa, amalan ini semakin berkurangan disebabkan impak kesihatan yang sangat teruk, terdedah kepada penyakit jantung dan diabetes.

Tetapi sehingga kini, masyarakat di negara berkenaan masih menganggap kegemukan sebagai antara faktor penting dalam menentukan kecantikan seseorang.

3. Aksesori pembalut hidung

Foto: dailyforest.com

Kebiasaanya, wanita akan berasa tidak yakin apabila terdapat pembalut luka digunakan untuk menutupi luka di wajah mereka. Perkara ini dianggap mencacatkan kesempurnaan wajah seseorang.

Bagaimanapun, wanita di Iran lain pula kisahnya kerana mereka menjadikan pembalut luka di hidung sebagai simbol status kekayaan mereka. Hal ini kebiasaaanya dilakukan oleh wanita yang melakukan pembedahan plastik di wajah mereka. 

Lebih pelik, obsesi terhadap pemakaian pembalut luka di hidung turut mendorong wanita yang tidak melakukan pembedahan plastik untuk bergaya dengan aksesori berkenaan.

4. Memahat gigi

Foto: noisebreak.com

Bagi wanita yang merasakan mereka sudah bersusah payah untuk mencapai kecantikan yang diidamkan, mereka pastinya akan terkedu apabila mengetahui kesakitan yang perlu ditempuhi oleh kelompok wanita daripada satu kaum tertentu di Indonesia bagi memenuhi status wanita yang disegani dalam masyarakat mereka.

Sebagai usaha untuk meninggikan status sosial dalam kalangan mereka, wanita berkenaan perlu memahat gigi mereka untuk mendapatkan bentuk gigi yang tajam kerana mengikut kepercayaan masyarakat berkenaan, amalan ini boleh menghilangkan emosi negatif dalam kehidupan mereka.

 

5. Dekorasi pada lubang hidung

Foto: dailymail.co.uk

Wanita daripada suku kaum Apatani ini pernah dinobatkan sebagai memiliki wajah yang paling cantik di India. Akibatnya, kampung mereka sering diserang oleh suku kaum sekitar bagi menculik wanita Apatani untuk dijadikan sebagai pasangan mereka.

Bagi mengatasi perkara itu, wanita Apatani telah mengambil inisiatif aneh dengan memasukkan aksesori pelik ke dalam lubang hidung dengan anggapan ianya mampu mengurangkan daya tarik mereka terhadap lelaki.

Ternyata, usaha memburukkan wajah mereka dengan aksesori pelik di lubang hidung telah berjaya untuk melindungi wanita Apatani daripada diculik dan amalan ini dianggap sebagai tradisi suku kaum Apatani sehingga kini.

6. Bibir pinggan

Foto: medicalbag.com

Dalam usaha untuk menarik perhatian lelaki yang diidamkan sebagai pasangan hidup, wanita suku kamu Mursi di Ethiopia akan berusaha menyerlahkan kecantikan mereka dengan menggayakan pinggan pada bibir mereka.

Proses memasukkan pinggan pada bibir mula dilakukan apabila wanita berkenaan mencapai usia baligh.

Pinggan tersebut akan dimasukkan sedikit demi sedikit pada bahagian bawah bibir wanita berkenaan yang ditarik sehingga memuatkan keseluruhan pinggan itu.

Pinggan yang digunakan lazimnya dihiasi oleh wanita itu sendiri untuk menunjukkan skil, personaliti mereka kepada bakal suami.

Apa yang lebih menarik ataupun boleh juga dianggap sebagai mengerikan, semakin tinggi darjat seseorang lelaki yang mahu dipikat, semakin besar pinggan yang perlu digunakan seseorang wanita untuk dihiaskan pada bibir mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Oh Lawa Fri, 27 Apr 2018

Bukan Sekadar Sedap, Strawberi Juga Manfaat Untuk Cantik & Sihat

Buah strawberi boleh buat kulit anda bertambah cantik. Tapi bagaimana ya?

Oh Lawa Tue, 18 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

Oh Lawa Tue, 5 Mar 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Thu, 27 Feb 2020
Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019
Featured Sun, 18 Nov 2018
Acara Wed, 18 Jul 2018

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Lensa kamera turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.