Oh Lawa By: Yanie Baharom October 25, 2018 @ 2:00pm

Enam Penerbangan Dengan Uniform Super Stylish, Bikin Penumpang Starstruck!

Babe! Kau tahu tak sebab apa aku nak sangat jadi stewardess since i was a kid lagi! Sebab aku suka style dia orang, uniform dia orang selain stewardess nie kehidupan mereka glamor dan kebanyakannya cantik.

“Tak sangka tau, doa aku dimakbul Tuhan,” kata Che Radziah atau lebih dikenali sebagai Azie.

Azie adalah salah seorang teman penulis yang berkerjaya sebagai pramugari (stewardess) di Air Asia X. Perbualan di atas antara topik personal dibualkan kami seawal perkenalan beberapa tahun lalu.

Apa kaitan cerita Azie dan coretan artikel yang ingin dipaparkan ini?

Penulis percaya, bukan Azie seorang saja yang pernah menanam impian untuk menjadi pramugari hanya kerana jatuh cinta dengan uniform yang digayakan krew kabin penerbangan. Pasti ramai lagi yang sepertinya!

By the way, anda mungkin sudah terbiasa melihat uniform pramugari MAS (Sistem Penerbangan Malaysia) yang menyerlahkan kesopanan wanita Malaysia melalui persalinan kebayanya. Begitu juga Air Asia dengan uniform merah menyala sarat ciri moden dan edge.

Tapi tahukah anda, ada lagi uniform pramugari termasuk pramugara yang lebih stylish daripada apa yang pernah anda lihat sebelum ini. Tak percaya? Let’s check it out enam penerbangan yang tampil dengan rekaan uniform yang unik, super stylish dan kemas.

1. Norwegian

Foto: The Independent

It looks so fun, classic with vintage vibes and super cool! Walaupun ia hanyalah penerbangan kos rendah, penampilan krew kabin tetap diutamakan. Krew wanita tampil dengan skirt dan cape jackets. Manakala krew lelaki berpakaian kot checkered warna hitam putih.

2. Turkish

Foto: sozcu.com

Rekaan uniform terbaru ini dilancarkan dengan inspirasi Istanbul yang bersempena dengan pembukaan lapangan terbang terbaru di sana. Menggabungkan sentuhan Timur dan Barat, Turkish Airlines memilih pereka fesyen dari Milan – Ettore Bilotta. Pilihan warna kelabu dan merah serta aksesori seperti skraf di leher dan topi beret menjadikan uniform krew kelihatan chic!.

3. Etihad Airways

Foto: weekendhk.com

Etihad sendiri merupakan penerbangan kelas A jadi untuk mengekalkan statusnya, rekaan uniform juga perlu gah setanding reputasinya. Merupakan antara penerbangan terbaik dunia, Etihad tampil dengan uniform yang disifatkan oleh syarikat itu sebagai “represent timeless sophistication, glamour and elegance”.

4. Hainan Air

Foto: Business Traveller

Tahun 2017, penerbangan dari China ini berkolaborasi dengan pereka fesyen, Laurence Xu dengan mereka uniform high-couture yang lebih elegan dan kemas. Diinpirasikan oleh pakaian tradisional Cina – Cheongsam, stail terbaru itu dilancarkan di pertunjukan fesyen di Paris.

5. Wizz Air

Foto: The Independent

Penerbangan kos rendah dari negara Hungary ini dilancarkan pada tahun 2003 dan pihak pengurusan tampil dengan uniform berwarna sangat terang – bright pink. Penumpang rata-rata memberikan komen positif kerana krew kabin memberikan tenaga positif dengan memakai warna terang seperti itu. Pada tahun 2015, pihak pengurusan Wizz Air membenarkan pekerjanya melakukan undian stail terbaru uniform dan akhirnya tampil dengan beberapa pilihan stail seperti skirt, seluar panjang dan kot.

6. Wow Air

Foto: independent.co.uk

Dilancarkan pada tahun 2012, penerbangan Wow Air dari Iceland mendapat perhatian dengan nama yang gah serta rekaan uniform yang menyerlah. Penerbangan kos rendah ini juga memilih warna pink cerah untuk krew wanita dan sut hitam/kemeja putih dan tali leher berwarna pink untuk lelaki. 

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 May 2018

Minyak Argan Penting Untuk Kulit Muka, Tapi Anda Tahukah Apa Fungsinya?

Minyak ini adalah kandungan penting di dalam banyak produk kecantikan sekarang.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Evolusi Solekan Era Merdeka Hingga Kini

Memang beza betul setiap zaman!

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Gaya Fesyen Tun Dr Siti Hasmah Yang Klasik, Simple & Sopan, Memang Patut Direspek

Jom ketahui item atau gaya fesyen yang kini sudah menjadi signature look baginya.

Oh Lawa Thu, 10 Oct 2019

Berapa kerap perlu anda potong rambut? Ini jawapan pakar

Jika tak potong langsung, rambut bercabang boleh jadi lebih teruk.

Featured Tue, 16 Jun 2020
Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019
Oh Lawa Tue, 23 Oct 2018

6 Trick Fesyen Yang Meghan Markle Mungkin Telah Guna Untuk Menyorok Kehamilannya

Kita dapat tahu pun bila dia sudah hamil selama 12 minggu.

Featured Fri, 25 Oct 2019