Categories: Oh Lawa

Episod Kegilaan Mixmaster Of Fashion, Madaew Dan Gaun Seliparnya. Stunning!

Penulis sudah lama mengikuti perkembangan remaja ini di laman sosial Instagram, sejak 2015 lagi dan ketika itu dia baru berusia 16 tahun.

Pada usia yang sedemikian, Madaew menerusi entri @madaew99 menjadi perhatian dunia kerana kreativiti dan daya imaaginasi hebatnya dalam mereka cipta adi busana yang diperbuat dari barang-barang terpakai juga sumber alam.

Seperti kain kelambu, raga ayam, daun pisang, bakul nipah, jala ikan, rumput, periuk, kuali, plastik, hanger baju, tisu, daun betik, sayur-sayuran, belon dan macam-macam lagi.

Pokoknya apa saja yang ada di hadapan mata dan boleh di apa-apakan, pasti Madaew akan menjadikan ia satu rekaan masterpiece!

Pada awalnya anda pasti akan berkata, “gila budak ni tapi dia kreatif!” dan lama-kelamaan anda akan menyukai kreativiti remaja ini dan akhirnya anda akan memberikannya respect!

Tidak dapat dinafikan dia antara insan-insan kreatif di dalam industri fesyen dunia, kerana itu pihak media antarabangsa juga menggelarkan Madaew sebagai The Mixmaster of Fashion.

Bakat luar biasa dimiliki Madaew yang berasal dari Khon Kaen, Thailand, menarik minat kerajaan negara itu untuk menawarkan scholarship bagi membiayai pengajiannya di Bunka Fashion College, Thailand, supaya dia dapat mencapai impiannya menjadi pereka fesyen terkenal suatu hari nanti.

Rekaan terbaru Madaew yang cukup menarik perhatian, adalah koleksi slippers dress yang dihasilkan dalam pelbagai potongan, warna dan ragam. Jom kita layan!

Foto: Instagram Madaew

Foto: Instagram Madaew

Foto: Instagram Madaew

Foto: Instagram Madaew

Foto: Instagram Madaew

Yanie Baharom