Oh Lawa By: Ad Ops April 18, 2018 @ 10:21pm

Fikir Dulu Sebelum Beli Alat Makeup Tiruan, Memanglah Murah Tapi Jijik!

Bila tengok harga barangan makeup antarabangsa macam Kylie Cosmetics atau Fenty Beauty, kadang-kadang memang rasa macam nak pitam. Mahal sangat!

Kerana nak juga, segelintir orang sanggup berpaling kepada versi tiruan. Memanglah harganya berpatutan, tapi mereka perlu fikir juga, kenapa ia jauh lebih murah daripada biasa?

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) ada jawapannya. Minggu lepas, ia telah merampas barangan kosmetik tiruan yang berharga lebih US$700,000 dari 21 lokasi di bandar itu.

Foto: Twitter Captain Marc Reina

Lebih mengejutkan daripada perbezaan harga pembikinan alat-alat solek tersebut ialah bahan yang terkandung di dalamnya.

Menurut Captain Marc Reina dari LAPD, “bakteria dan najis manusia” telah dijumpai di dalamnya. Ewww!

Dia juga menulis di akaun Twitternya, “the best price is not always the best deal! (harga murah tak semestinya berbaloi!)”

Foto: Twitter Captain Marc Reina

Jenama barangan tiruan yang dirampas termasuk Urban Decay, NARS, MAC dan Kylie Cosmetics by Kylie Jenner.

Penyiasatan ini dijalankan ekoran aduan yang dibuat oleh pelanggan jenama-jenama tersebut. Mereka mendakwa kulit mereka ada benjolan dan ruam setelah menggunakan produk tiruan ini.

Apabila unit anti-cetak rompak di LAPD mendapat tahu yang pelanggan-pelanggan ini kesemuanya membeli barangan makeup di tempat yang sama, para detektif berpakat untuk meninjau kawasan tersebut.

Foto: Twitter Captain Marc Reina

Salah satu sebab kenapa produk kegemaran anda mahal sangat ialah kerana pengeluarnya telah mengikut piawaian kesihatan yang telah ditentukan. Ini bermakna mereka telah bayar lebih untuk mendapatkan ramuan-ramuan yang selamat untuk pelanggan mereka pakai.

Bagaimanapun Detektif Rick Ishitani berkata, syarikat-syarikat penipu tidak mengikut peraturan itu langsung. Ini boleh menyebabkan bahan-bahan yang kotor seperti najis turut tercampur dengan ramuan makeup.

Jadi ingat, pilih yang original! Kalau tak mampu, Malaysia pun ada jenama kosmetik yang bagus.

Sumber: PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Aug 2019

Tip bergaya buat mereka yang ‘plus size,’ memang cun habis!

Tiada lagi alasan untuk tidak cantik selepas ini

Featured Fri, 8 May 2020
Featured Fri, 19 Oct 2018
Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Featured Tue, 28 Jan 2020
Featured Fri, 25 Oct 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 6 Mar 2018

Anda Tahu Tak Sebutan Sebenar Untuk Nama Jenama Antarabangsa Seperti Versace, Louis Vuitton Dan Yves Saint Laurent ?

Kalau anda pakai kasut, pakaian atau handbag berjenama antarabangsa macam Versace, Prada dan Louis Vuitton, gerenti orang lain akan rasa jealous.

Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

7 Kelebihan Menggunakan Krim Mata Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda? Kesan penuaan yang paling ketara berlaku di bahagian mata.