Oh Lawa By: Yanie Baharom August 9, 2018 @ 3:30pm

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Dari saat Melissa Sin bertunang pada April 2017,  upacara perkahwinannya dinanti dan seperti dijangka akan menjadi satu memori yang diingati bila kita melihat kepada tuan punya diri yang  mempunyai jiwa dan semangat luar biasa.  Ia telah direalisasikan di The St. Regis Langkawi pada 2 Jun 2018 dalam suasana yang amat mempersonakan.

Selepas 8 tahun berpacaran bersama Eu-Jin Leow, pasangan itu akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan restu kedua-dua belah keluarga.

Foto: Malaysia Tatler

Setiap detik di dalam perkahwinan adalah pengalaman yang tidak terbanding untuk Pengarah Eksekutif  SKB Shutters Corporation Berhad yang juga pengasas jenama tas tangan, The Bag Atelier itu.

Di saat beliau mula menyarung pakaian perkahwinan dari Yefta Gunawan di pagi majlisnya, Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu, apalagi setelah berpeluang melihat penampilannya buat pertama kali di cermin, ternyata ia amat cantik, akui Melissa. 

Foto: Malaysia Tatler

Bermula dengan gaun duyung bersulam mutiara oleh Elaine of Red Lantern Studio untuk upacara minum teh Cina, gaun berhias manik oleh Yefta Gunawan yang menyerlahkan pesonanya semasa upacara akad sumpah dan majlis perkahwinan, gaun ‘French applique tulle’ oleh Brian Khoo (resepsi) serta diikuti pula dengan dua persalinan rekaan Khoon Hooi.

Soalan: Apa yang anda cari dalam reka bentuk pakaian perkahwinan anda?

Melissa: Tentu saja ia mempunyai unsur-unsur kegemaran saya. Dihiasi manik di tangan dan yang paling penting, penghasilan yang baik.

Soalan: Bagaimanakah bekerjasama dengan Yefta, pereka pakaian anda?

Melissa: Dia sangat mudah untuk bekerjasama, murah hati, kreatif, penuh semangat dan lebih dari itu, dia selalu membuat saya berasa selesa. Kami tidak mempunyai banyak kerumitan. Yang paling penting sepanjang lapan bulan ini, apa yang saya impikan menjadi kenyataan.

Soalan: Apa rutin kecantikan anda di dalam persediaan untuk majlis perkahwinan ini?

Melissa: Lapan  minggu sebelum majlis perkahwinan saya memulakan latihan kecergasan, mengambil diet sayur-sayuran.  Saya juga perlu memastikan agar kulit tidak terhidrasi. Keadaan jerawat saya bertambah baik dengan ketara.

Soalan: Berapa lama perancangan perkahwinan bermula selepas anda bertunang?

Melissa: Seminggu selepas itu. Saya terus menghubungi mereka yang terlibat kerana kami sudah tahu siapakah yang kami mahukan untuk menjadi sebahagian daripada perkahwinan ini. Selepas itu, ia menjadi agak mudah.

Sebelum menoktahkan artikel ini, tahniah Hijab & Heels ucapkan kepada Melissa Sin di atas perkahwinannya dan diharapkan terus sukses dalam perniagaan beliau.

Sumber: Malaysia Tatler

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 15 Nov 2018

Berus Makeup Ini Berharga RM105,000! Apa Yang Bagus Sangat? 

Bila pakai, adakah kulit kita akan bersinar macam berlian?

Oh Lawa Tue, 7 Aug 2018

Freckles Dulunya Dianggap Hodoh Tetapi Kini Jadi Kegilaan Dalam Solekan

Jeragat atau freckles pada wajah dianggap sebagai salah satu bentuk ketidaksempurnaan, bintik-bintik tersebut kini memiliki daya tarikan tersendiri bagi para wanita.

Featured Wed, 1 Apr 2020
Oh Lawa Tue, 25 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

MARA bantu usahawan fesyen ALIKE 2020

Semua pereka berbakat, miliki idea hebat!

Oh Lawa Mon, 3 Sep 2018

Kulit Sihat Tanpa Terjejas Dan Kekal Cantik Tatkala Melancong

Tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.

Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018
Featured Wed, 24 Jul 2019

Soul Matte, koleksi ideal untuk si gadis kulit berminyak

Selain berkualiti, jenama Alha Alfa Cosmetics juga berstatus halal!

Oh Lawa Fri, 14 Sep 2018

Episod Kegilaan Mixmaster Of Fashion, Madaew Dan Gaun Seliparnya. Stunning!

Barangan terpakai dan sumber alam, bisa diolah dan menjadi masterpiece di tangannya!