Oh Lawa By: tex_admin August 24, 2018 @ 11:00am

Hanya Guna Buah Betik Untuk Hilangkan Kesan Hitam Pada Leher

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak mementingkan penjagaan kulit leher sehingga menyebabkan kawasan tersebut kehitaman akibat lipatan kulit. Pernahkah anda terfikir cara untuk menghilangkan kehitaman tersebut? 

Jangan risau, bagi anda yang mempunyai masalah kulit leher yang hitam, boleh mencuba cara semula jadi ini. Yang pasti, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak!

Hanya menggunakan buah betik sahaja, masalah anda boleh diatasi. Kalau anda nak tahu nutrisi betik baik untuk kesihatan kulit. Betik juga kaya dengan vitamin dan mineral yang berguna untuk mencerahkan kulit, seperti enzim papain.

Enzim ini sangat baik untuk penjagaan kulit kerana ia boleh membantu mencerahkan kulit, memulihkan wajah, menghilangkan noda hitam dan mencegah kedut.

Jom semak cara nak buat puri betik untuk menghilangkan kesan hitam pada leher.

Foto: Diari Mama

1. Hiriskan betik ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit jus lemon. Kacau sehingga rata.

2. Sapukan pada kulit leher dan urut secara perlahan-lahan. 

3. Biarkan selama 1 jam, kemudian bilas dengan air bersih.

4. Lakukan rawatan ini dua kali seminggu.

Mudah sangat kan? Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif tidak perlu risau kerana tip ini berasaskan bahan semulajadi. Selamat mencuba!

Sumber: Aliffchannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Inilah Tip Paling Berkesan Untuk Menanggalkan Makeup, Menurut Pakar Kecantikan Patrick Starr

Genius! Anda mesti tak pernah terfikir nak gunakan cara ini.

Oh Lawa Thu, 4 Apr 2019

Swiss Image tembusi pasaran Malaysia, kini boleh didapati di Watsons!

Swiss Image produk yang diformulasi daripada sumber mineral Alpine Swiss iaitu Alpine Glacier Melt.

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Mon, 22 Jun 2020

Merkuri dikesan dalam 3 produk penjagaan kecantikan buatan tempatan

Pengguna boleh alami kerosakan buah pinggang

Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Dambakan Kulit Wajah Flawless? Ketahuilah 5 Jenis Vitamin Ini!

Mahu kulit wajah cantik berseri, ketahui jenis vitamin ini.

Featured Fri, 4 May 2018

5 Jenis Fabrik Perlu Dihindari Wanita Bertubuh Gempal, Elak Nampak Ekstra Gemuk

Bagi si pemilik tubuh gempal, bootylicious, wanita sado dan seangkatan dengannya, mungkin anda perlu membuat sedikit kajian tambahan mengenai jenis tata gaya yang sesuai mengikut ukuran badan.

Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Wed, 11 Apr 2018

Buntu Dengan Warna Tema Raya Tahun Ini? Ultra Violet Pasti Mengancam

Menerusi kajian Pantone, Ultra Voilet membawa pengertian harapan dan optimisme yakni dapat memberi semangat baru di tengah kekalutan dunia yang dicemari pelbagai agenda dan propaganda.

Featured Mon, 18 Jun 2018

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Lengkapkan gaya raya anda dengan koleksi jenama ALDO yang super elegant dan classy!