Oh Lawa By: Yanie Baharom February 8, 2018 @ 3:01pm

Idam Bulu Mata Lentik Dan Tebal Persis ‘Barbie Doll’? Anda Mesti Cuba 10 Tips Ini

Patung Barbie boleh dianggap sebagai ikonik bagi wanita yang mendambakan paras rupa jelita dan tubuh yang sempurna. Realitinya memang mustahil la untuk menjadi  perfect seperti patung Barbie! Apalagi fizikal wanita terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan ketinggian.

 

www.amazon.in

Mungkin satu-satunya kecantikan Barbie yang boleh anda manfaatkan kepada diri sendiri adalah dengan memiliki bulu mata selentik dan setebal patung yang diilhamkan hasil kreativiti, Ruth Handler.

Jangan tak tahu, terdapat bermacam tips untuk memastikan bulu mata kekal tebal, panjang dan lentik tanpa bantuan mascara, bulu mata palsu mahupun teknik lash extension.

1. Minyak Zaitun

 

Minyak zaitun yang kaya dengan vitamin E, sangat baik untuk tujuan kecantikan mahupun kesihatan termasuklah bagi penjagaan bulu mata. Cara menggunakannya mudah saja, cuma perlu menyapunya pada bulu mata menggunakan teknik yang sama seperti memakai maskara.

2. Lidah Buaya

Masker Lidah Buaya Untuk Menghilangkan Jerawat dan Bekasnya

Khasiat lidah buaya juga berupaya memanjangkan bulu mata secara efektif apalagi kalau mengamalkan setiap hari sebagai rutin setiap pagi. Tapi hati-hati tau jangan sampai terkena anak mata kerana amatlah pedih selain elak melekat pada kelopak mata kerana boleh menyebabkan gatal-gatal bagi sesetengah orang juga tuan punya kulit sensitif!

3. Air Kelapa

4. Kemiri/Buah Keras

Tahu apa itu kemiri atau buah keras? Buah keras biasanya digunakan dalam masakan sebagai pelengkap rempah ratus. Namun ada rahsia di sebaliknya, di mana ia boleh melebatkan bulu mata. Caranya mudah, tumbuk buah keras sehingga halus lalu oleskan pada bulu mata secara berhati-hati kerana ia boleh mengakibatkan pedih mata.

5. Telur Udang

Hah telur udang? Relaks jangan panik. Telur udang adalah makanan laut yang sangat enak dan kaya dengan protein. Selain boleh dimanfaatkan dagingnya dalam pelbagai menu masakan, telur udang juga boleh dijadikan ubat pelebat bulu mata. Caranya sama saja seperti buah keras, anda perlu menumbuknya terlebih dulu sehingga halus dan kemudian sapukan di bahagian akar serta bulu mata.

6. Teh Hijau

Teh hijau biasanya digunakan sebagai penyubur rambut. Tetapi ramai yang tidak tahu ia juga boleh menyuburkan bulu mata. Caranya rendam teh hijau yang masih segar. Tambahkan sedikit air panas. Kacau sehingga terbit warna teh tadi, lalu celupkan kapas dan tekapkan pada daerah sekitar bulu mata.

7. Daun Sirih

Tidak hanya melentikkan, penggunaan daun sirih berupaya membuatkan bulu mata terlihat lebih tebal dan cantik. Bagaimanapun bahagian yang digunakan hanyalah tangkainya saja. Potong tangkai daun sirih lalu dioles seperti memakai maskara. Untuk impak yang lebih drastik, celupkan batang daun sirih tadi pada gel lidah buaya atau tumbuk daun sirih ditambah sedikit lidah buaya dan aplikasikan pada bulu mata.

8. Minyak Kastor

 

Bertindak sama seperti minyak zaitun, minyak kastor juga membantu menebalkan bulu mata anda yang nipis. Cara memakainya, sapukan minyak ini di sebelah malam sebelum tidur dan bersihkan keesokan paginya dengan menggunakan air suam.

9. Susu Segar

Selain enak diminum, susu segar dapat memutih dan melembutkan kulit termasuk memanjang serta menebalkan bulu mata. Sapukan susu segar pada bulu mata dan biarkan seketika sebelum mencucinya.

10. Limau Nipis

Pati limau nipis jika di sapu pada bulu mata seperti memakai maskara dan dibiarkan semalam, juga salah satu alternatif untuk memperoleh bulu mata yang lebih panjang dan lebat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Featured Fri, 9 Nov 2018

Kylie & Kendall Jenner Lancarkan Rangkaian Beg Tangan, Harganya Boleh Tahan Murah!

Bolehlah dikira mampu milik untuk produk daripada selebriti antarabangsa.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Rawat Mata Panda Anda Dengan Minyak Kelapa Dara & Serbuk Kopi. Mujarab!

Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk skrub muka dan badan.

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Inilah sebabnya anda boleh simpan dan pakai untuk tahun-tahun akan datang.

Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Featured Tue, 4 Dec 2018

Gara-Gara Pewarna Rambut, Wajah Wanita Ini Bengkak Teruk!

Nak cantik punya pasal, muka sampai jadi bengkak!

Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019

Hangatkan penampilan anda dengan mencipta pelbagai gaya pemakaian skaf. Pasti menawan! 

 Momen menggayakan skaf wajib ada dalam ruangan Instagram kamu. Barulah tampil bergaya! 

| Live TV