Oh Lawa By: Ad Ops October 9, 2018 @ 3:00pm

Ikuti 11 Tip Fesyen Ini Supaya Anda Nampak ‘Mewah’

Kalau nak nampak “mahal” (kononnya anda macam seorang yang ‘ada-ada’), tak semestinya anda kena pakai pakaian berjenama Chanel atau jinjit beg tangan Coach. 

Sebaliknya dengan pakaian atau aksesori yang tak berjenama pun anda boleh wujudkan ilusi mewah itu. Anda cuma perlu tahu pilih yang mana yang sesuai.

Tak pasti bagaimana caranya? Ikuti tip-tip di bawah, okay?

Gunakan beg tangan yang berstruktur

Beg tangan yang berkualiti gerenti merupakan sebuah pelaburan yang berbaloi. Cari sesuatu yang mempunyai reka bentuk klasik dan berstruktur dan datang dalam warna neutral. Bila dah beli, pastikan ia kekal berkilat. Untuk kekalkan bentuknya yang berstruktur, isikan dengan surat khabar sebelum menyimpannya.

Pakai minyak wangi

Tiada outfit yang lengkap tanpa wangian yang mahal. Cari sejenis bau yang anda suka dan sapu pada kulit (bukan di baju atau rambut) di titik nadi penting. “Haba makin naik, jadi adalah penting untuk anda pakai perfume di titik-titik di bahagian bawah badan anda selain di pergelangan tangan, siku dan leher,” kata pakar minyak wangi Sue Phillips. Untuk pastikan wangian itu tahan lama, spray di buku lali, di belakang lutut dan di celah peha. Untuk mengelakkan daripada banyak sangat bau bercampur-aduk, sapukan pelembap tanpa bau atau minyak badam sebelum memakai minyak wangi.

Pakai aksesori yang betul

Foto: iStock/lechatnoir

Tak salah kalau anda nak beli barang kemas yang murah tapi anda kena pandai pilih dan menggayakannya kerana ia boleh menambah seri kepada outfit anda. Pilih kristal jernih daripada berlian plastik. Pilih aksesori besi berwarna gelap daripada yang bersinar. Yang paling penting, pilih aksesori yang nampak berat, bukannya yang nampak ringan macam mainan. Untuk rupa klasik, pakai jam besi atau bertali kulit. Jangan rasa takut untuk mencuba pakai aksesori yang nampak etnik atau vintage.

Pakai kot klasik

Tak kiralah apa yang anda pakai di dalam, jaket yang sesuai boleh menaiktarafkan sesebuah outfit itu. Pilih satu kot berkualiti yang boleh tahan lama dan mudah dipadankan dengan pelbagai jenis baju. Kot trench yang datang dengan tali pinggang, jaket kulit hitam, jaket denim serta pea coat berwarna biru gelap, coklat dan hitam takkan pernah tak bergaya. 

Beri perhatian kepada detail

Foto: Instructables

Tak ke rasa turn off bila lihat seseorang yang berpakaian serabai? Itu sebabnya anda kena pastikan rupa anda serba sempurna. Jika anda perasan ada benang terkeluar dari baju anda, potong dengan alat pencukur atau gunting. Kalau benang tertarik, perlahan-lahan tarik balik dan betulkan. Yang paling penting, jangan pakai baju yang ada kotoran, lubang atau kehilangan butang.

Hantar kepada tukang jahit

Anda akan nampak lebih menarik jika pakaian anda betul-betul sesuai dengan potongan badan anda. Jadi jika seluar atau lengan baju anda terlebih panjang, pergi jumpa tukang jahit dan pendekkan.

Gunakan steamer

Sebuah steamer lagi senang digunakan daripada seterika. Supaya baju anda bebas wrinkle, lipat atau gantung sebaik saja ia keluar daripada mesin basuh atau dryer. Steam pada malam sebelum anda nak pakai.

Elakkan memakai warna tanah

Foto: iStock/OlgaPink

Tona coklat atau hijau gelap boleh membuatkan anda nampak tua. Untuk memeriahkan lagi rupa wardrobe anda, penuhkannya dengan warna pastel atau yang terang dan bertenaga. Dari segi corak dan print pula, tompok-tompok harimau bintang adalah sesuatu corak yang klasik.

Pilih warna makeup neutral

Bila bercakap mengenai makeup, anda takkan salah dengan concealer, pipi merah, maskara dan bibir bertona buah beri. Untuk rambut yang nampak mahal, gunakan stail rambut lurus. Untuk tudung pula, pakai tudung satin berkilat.

Padankan warna beg tangan dengan kasut

Kerana ia sentiasa menghentak lantai, mungkin anda tak patut berbelanja sangat untuk kasut yang anda pakai seharian. Namun memang penting untuk pastikan ia berada dalam top shape. Untuk mencuci kotoran pada banyak jenis kasut, gunakan saja sabun cuci pinggan dan air suam. Untuk betulkan calar pada kasut kulit, sapukan petroleum jelly. Untuk nampak lebih menawan, padankan kasut dengan beg tangan anda.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 13 Oct 2018
Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Koleksi Lebaran Selebriti Cilik Yusuf Iskandar & Lara Alana Comel Sungguh!

Koleksi lebaran si cilik ini memang cantik dan bergaya. Sesuai untuk anak anda!

Oh Lawa Wed, 10 Oct 2018

Cuka Epal Bukan Sekadar Perisa Tambahan Dalam Makanan, Malah Bermanfaat Untuk Kecantikan

Cuka epal kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Oh Lawa Thu, 3 May 2018

Nak Cantik Seperti Dia? Ikuti Rutin Kecantikan Si Natural Beauty Siti Saleha

Pemilik senyuman manis tidak pernah lekang daripada bibirnya, wanita ini antara bintang muda yang lengkap pakej, cantik dan berbakat.

Sejenak perbualan dengan wanita jelita berdarah kacukan Inggeris ini, sempat bertanyakan apakah rutin harian Siti Saleha dalam menjaga kecantikan.

Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

Featured Mon, 23 Jul 2018

Koleksi Kasut Paling Pelik Dari Serata Dunia. Ada Yang Sanggup Pakai?

Koleksi kasut paling pelik dari seluruh dunia.

Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

Video Tutorial Makeup Rihanna Menggunakan Produk Fenty Beauty, Jom Tengok!

Dalam video menarik ini, dia ajar macam mana nak pakai highlighter.