Mempunyai bibir seksi sememangnya menjadi impian wanita dan kerana itu ramai daripada kaum hawa sanggup mengambil risiko untuk menjalani suntikan semata-mata mahu mempunyai bibir yang lebih sensual.
Sedangkan terdapat pelbagai cara alternatif lagi kreatif untuk mereka mendapatkan bentuk bibir yang mungil. Tinggal lagi hanya perlu mempelajari teknik solekan yang betul.
Apa kata anda cuba dan praktikkan enam cara ini untuk mendapat bentuk bibir seksi atau full lips sehangat Kylie Jenner!
1. Exfoliator
Untuk membuat bibir lebih halus dan lembut, kamu boleh menggunakan sikat kecil lembut (atau sikat gigi) lalu tambahkan petroleum jelly di atasnya. Kemudian, sikat perlahan dengan gerakan memutar pada bibir. Kulit-kulit mati di bibir akan terangkat. Jika mahu lebih ringkas, gunakan masker bibir atau exfoliator lipstick.
2. Lip gloss
Sesudah menggunakan gincu, sapukan lip gloss untuk membuat bibir tampak lebih berisi. Warna lip gloss yang berkilat akan menambah dimensi bibir sehingga akan memberikan kesan seksi dan tampak penuh.
3. Concealer
Oles concealer tidak hanya pada bibir namun juga pada garis luar bibir sebelum menggunakan gincu. Sapukan concealer menggunakan jari ataupun brush. Concelear mempunyai fungsi selain membuat lipstick tahan lama, ia juga akan memberi effect bibir lebih tebal sekiranmya gincu dipakai di bahagian garisan bibir.
4. Overdraw Garis Bibir
Selain concealer, anda juga boleh menggunakan lip liner hingga melebihi garisan bibir. Disarankan memilih lip liner dengan warna yang natural, cerah dan terang. Setelah melukis bibir, gunakan concealer untuk menutupi garis bibirmu yang asli. Sesudah itu barulah anda memakai lipstick untuk hasil bentuk bibir yang sempurna.
5. Elak Memakai Gincu Gelap
Memakai warna lipstik yang gelap akan membuat bibir tidak terlihat mungil. Sebaiknya pilihlah warna lipstick yang terang untuk memberikan kesan penuh dan berisi pada bibir.
6. Lip Plumper
Lip plumper adalah sebuah produk khusus yang digunakan untuk mencipta ilusi ketebalan pada bibir. Caranya adalah bersihkan dulu bibir anda, lalu gunakan alat ini sampai kamu mendapatkan tebal bibir yang anda mahu. Hasilnya bisa membuat bibir anda terlihat lebih penuh.