Oh Lawa By: tex_admin November 30, 2018 @ 3:00pm

Ini Cara Merawat Kulit Tangan Kering Yang Paling Efektif

Wanita sememangnya tidak boleh lari daripada masalah kulit tangan yang kasar dan kering. Ini kerana, wanita kerap melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh baju dan sebagainya. 

Lagi-lagi pada mereka yang mempunyai alahan pada sabun cuci pinggan ataupun baju, pastinya tangan akan mudah kering dan merekah! Kekeringan juga boleh menyebabkan kulit tangan mula menggelupas dan terjadinya luka. Memang pedih! 

Jadi, penulis kongsikan tip bagaimana untuk merawat kulit tangan yang kering. Tolong praktikkan setiap hari ya!

1. Elak menggunakan sabun buku

Foto: Keluarga

Sebaiknya, elakkan formula sabun yang mengandungi haruman sintetik, bahan pengawet serta bahan sulfat. Kesemua ini mampu mengeringkan lagi kulit tangan anda. Untuk pengetahuan anda, buih-buih berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering lagi. Jadi, pilih pencuci yang memiliki formula pelembap.

2. Elakkan menggunakan pengering tangan terlalu lama

Foto: Kompas Lifestyle

Jika anda pergi ke tandas shopping mall, pasti akan nampak mesin pengering tangan kan? Adakah anda sering menggunakan mesin tersebut? Jika ya, selepas ini jangan gunakan mesin pengering tangan dengan terlalu lama keranan ia akan membuatkan kulit tangan menjadi lebih kering. Lap saja tangan anda dengan tisu!

3. Guna sarung tangan

Foto: Sinar Harian

Tidak kiralah memasak, bercucuk tanam, atau mencuci rumah, anda boleh menggunakan sarung tangan untuk melindung kulit tangan daripada rosak. Mungkin anda tidak akan nampak kesannya sekarang, akan tetapi jika anda kerap melakukan kerja rumah tanpa melindungi tangan, lambat-laun anda akan nampak kesannya juga. Jaga-jaga!

4. Sentiasa melembapkan tangan

Foto: NurseBuff

Pastikan selepas mencuci tangan, anda sapu lotion pelembap pada tangan. Lagi bagus, selepas mandi, sapukan lotion pada seluruh badan agar kulit kekal lembap dan licin. Anda juga perlu menggunakan lotion pelembap tangan yang sesuai dengan jenis kulit anda. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Stail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sun, 3 Jun 2018

Muka Anda Pucat Ketika Berpuasa? Cuba Teknik Solekan Ini Untuk Tampak Fresh!

Jangan biarkan muka anda pucat ketika berpuasa. Gunakan teknik solekan ini.

Featured Sat, 21 Mar 2020

Baju kurung dan abaya tetap bergaya merentas masa

Persalinan malar segar sepanjang zaman

Oh Lawa Mon, 10 Dec 2018

2018’s Most Creative & Unique Celebrity Makeup Looks To Draw Inspiration From

Coloured eyeliners, bold lipsticks, vibrant eye shadow… the possibility is limitless!

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 16 Aug 2018

Hilangkan Lingkaran Mata Yang Membuatkan Anda Kelihatan Tua Dengan Gincu Merah!

Mengoles lipstik warna merah sebelum memakai bedak asas boleh bantu menutup eye bags.

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Agar Gincu Bibir Kekal Lama

Satu masalah dengan gincu bibir ialah jika ia tidak tahan lama. Kadang-kadang rasa leceh apabila perlu reapply beberapa kali dalam sehari. Jadi bagaimana cara untuk pastikan warna gincu bibir kekal sepanjang hari?

Oh Lawa Tue, 14 May 2019
Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Oh Lawa Sun, 27 May 2018

Berikan Nafas Baru Kepada Baju Raya Lama Anda Supaya Nampak Baru

Jangan buang baju lama anda! Mereka boleh digunakan lagi jika anda tahu cara-cara untuk memperbaharuinya.

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

| Live TV