Categories: Oh Lawa

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah sama ada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Foto: www.tinytouchups.com

Samalah macam berus; bila dah pakai berkali-kali, mestilah kena basuh. Kalau tak, bakteria akan terkumpul dan tak pasal-pasal tertempek pula di kulit apabila anda memakai span tersebut selepas itu.

Tapi kalau dah pakai berkali-kali, cuci dengan sabun sekuat mana pun mesti beauty blender anda takkan sebersih seperti dulu.

No problem! Ada satu “hack” terbaru di mana anda bukan saja boleh cuci beauty blender tu sebersih-bersihnya, tapi ia juga akan nampak macam baru.

Mudah pula tu! Letakkan span tersebut dalam sebuah cawan berisi air sabun. Kemudian, “panaskannya” dalam microwave selama seminit.

Itu saja! Nescaya haba dari microwave itu akan menyahkan segala kotoran yang melekat pada span beauty blender.

Ramai wanita sudah mencuba teknik ini dan mereka berjaya!

Awas! Pastikan cawan anda berisi air sebelum “panaskan” span anda di dalam microwave. Cair pula nanti beauty blender itu! Kena pula beli yang baru.

Pengguna Twitter ini tak mengikut arahan, dan ini berlaku. Kesian.

Dan anda kena ingat, bila baru keluar dari microwave, span dan air tersebut mestilah panas. Jadi berhati-hati ye bila nak pegang span tersebut. Tunggu sejuk dulu sebelum memerahnya.

Jom cuba!

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops