Oh Lawa By: tex_admin September 28, 2018 @ 10:00am

Ini Rahsianya Kalau Nak Wajah Sentiasa Cantik Dan Berseri-Seri

Pastinya, ramai wanita yang nak sangat wajahnya sentiasa terjaga, cantik dan mulus tanpa cela. Kalau dah memiliki wajah yang cantik, tak perlu pakai makeup pun takpe! 

Tapi, tidak semua wanita mampu memilikinya. Terdapat pelbagai masalah wajah yang timbul, seperti jerawat, masalah minyak berlebihan, parut, wajah kusam dan sebagainya. Ada juga wanita yang sanggup bersolek tebal semata-mata nak tutup cela-cela pada wajah. Sampaikan kulit tak dapat bernafas!

Jadi, macam mana nak dapatkan kulit wajah yang sentiasa sihat, cantik dan berseri-seri ya? Jangan risau, Hijab & Heels bongkarkan rahsia tentang rutin yang perlu anda patuhi kalau nak kulit sentiasa cantik. Yang penting jangan malas!

1. Cuci wajah 2 kali sehari

Foto: Adore Beauty

Perkara ini penting ya! Anda perlu cuci wajah 2 kali sehari. Waktu yang betul adalah pagi dan malam. Pastikan sebelum tidur wajah anda bersih daripada sebarang kotoran. 

Anda perlu guna pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Anda juga disarankan supaya tidak kerap mencuci muka kerana ia akan menyebabkan wajah anda menjadi terlalu kering sekaligus kehilangan lembapan semulajadi pada wajah.

2. Pelembap wajah

Foto: Cossma

Selepas mencuci wajah, jangan lupa untuk oles pelembap pada seluruh wajah dan leher anda. Pada waktu siang pula, gunakan pelembap wajah yang mempunyai SPF yang bertindak untuk melindungi wajah dari sinaran matahari sekaligus membantu kulit anda sentiasa lembap. Sapuan pelembap haruslah nipis dan rata.

3. Skrub wajah

Foto: Healthy Options

Anda juga boleh mengamalkan rutin skrub wajah pada setiap minggu. Bagi anda yang mempunyai kulit normal dan tidak berdepan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. 

Untuk pengetahuan anda, skrub membantu untuk membuang sel-sel kulit mati. Tapi, bagi anda yang mempunyai kulit yang sensitif, anda boleh rendamkan tuala kecil dalam air suam, kemudian lap pada wajah secara perlahan-lahan. Lakukan 2 kali seminggu, kulit anda akan kembali menawan!

4. Penyegar bebas alkohol

Foto: Today Show

Sebaiknya, selepas membersihkan wajah, gunalah penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat mengembalikan kelembapan kulit. Pilihlah penyegar yang bebas alkohol kerana ia lebih mesra dan akan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori.

5. Bersihkan solekan

Foto: WomensOK.com

Amaran keras! Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermakeup! Pastikan anda bersihkan solekan pada wajah menggunakan makeup remover. Anda juga perlu menggunakan jenis makeup remover yang sesuai dengan kulit wajah anda. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Hati-hati!

6. Hentikan tabiat memicit jerawat

Foto: Wanista.com

Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, jangan gatal tangan memicit jerawat tersebut. Ini akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi lebih teruk dan akan meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah!

Dah tahu kan rahsia untuk dapatkan kulit wajah yang cantik berseri? Jangan malas untuk lakukan rutin ini ya! Anda juga disarankan untuk mengambil makanan yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dalaman pula. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Kalau nak jadi macam hijabista famous anda boleh tiru 3 stail ini.

Featured Wed, 29 Jan 2020
Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018

Ikuti 11 Tip Fesyen Ini Supaya Anda Nampak ‘Mewah’

Tak semestinya anda perlu beli pakaian atau aksesori mahal-mahal.

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Lipstik perasa durian? Macam pelik tapi nampak menarik!

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

Berhenti guna produk kosmetik untuk tutup jerawat!

Beri peluang kepada kulit untuk bernafas.

Oh Lawa Sun, 21 Jan 2018

Tip Pilih Jam Tangan Ikut Acara

Terdapat banyak jenis serta pilihan rekaan jam tangan di pasaran yang boleh dimiliki mengikut citarasa masing-masing. Namun, pemilihan jam yang betul sangat penting agar tidak mencacatkan penampilan si pemakai.

Oh Lawa Mon, 8 Apr 2019
Featured Mon, 10 Jun 2019