Oh Lawa By: Ad Ops November 22, 2018 @ 3:00pm

Inilah Cara Gigi Hadid Dapatkan Bulu Mata Yang Nampak Perfect, Menurut Jurusoleknya

Rasanya semua wanita tahu yang pemakaian makeup takkan lengkap tanpa maskara. Maklumlah, cara penggunaannya yang betul boleh membuatkan anda nampak lebih segar dengan mudah.

Pada masa yang sama, memakai maskara ini sedikit annoying kerana kadangkala formulanya menjadi kering (clumping) ataupun bahagian mata anda nampak comot.

Jika perkara ini selalu terjadi kepada anda, jangan risau. Erin Parsons, makeup artist untuk Maybelline Global yang sering bekerja dengan Gigi Hadid, kongsikan 6 peraturan yang selalu dia amalkan untuk pemakaian maskara yang berjaya.

1. Selalu gunakan lash curler

Foto: Shiseido

“Kesilapan terbesar yang orang lakukan adalah tidak melentikkan bulu mata terlebih dahulu. Saya rasa ia berikan perbezaan yang ketara. Banyak maskara akan memberatkan bulu mata anda,” kata Erin. 

“Saya selalu mengetip sedikit di bahagian hujung bulu mata, sedikit di bahagian tengah dan mengetip kuat sedikit di pangkal. Dengan cara ini, anda akan dapatkan bentuk curl yang lentik.”

2. Biarkan satu lapisan maskara kering dulu sebelum memakai satu lagi lapisan

Erin berkata, “Mula-mula saya lentikkan bulu mata, lepas itu saya memakai maskara dan biarkannya kering. Jika bulu mata saya mencondong ke bawah, saya akan lentikkannya semula dan pakai lagi satu lapisan maskara.

“Kemudian baru saya sikat. Saya akan ulangi proses ini bergantung kepada berapa panjang saya inginkan bulu mata ini.”

3. Cuba gunakan sikat bulu mata

Foto: Tweezerman

Walaupun Erin menekankan yang anda patut mengikut citarasa sendiri, dia menasihati, “Salah satu alat terbaik yang anda patut ada untuk maskara anda adalah sikat bulu mata besi. Bulu mata anda akan nampak berjarak dari satu sama lain.

4.Hanya pakai maskara pada bulu mata atas

Selalunya bila Erin menyolek selebriti untuk acara red carpet, dia akan skip bulu mata bawah. “Rupa ini nampak lagi chic,” katanya. “Jika saya apply maskara pada bulu mata bawah, kadangkala ia akan terkena pula pada concealer di bawah mata. 

“Jika saya apply pada bulu mata bawah, saya hanya pakai di bahagian pangkalnya.”

5. Tak payah pakai primer

Foto: Maybelline

“Saya memang tak menggunakan produk primer,” kata Erin tentang maskara putih yang kadangkala dipakai supaya bulu mata nampak lebih tebal.

Sebaliknya dia bergantung kepada formula maskara yang kuat seperti Maybelline Snapscara.

6. Pakai maskara dulu sebelum memakai bulu mata palsu

“Saya hanya gunakan bulu mata palsu untuk dapatkan extra oomph. Sempurnakan bulu mata semula jadi anda dulu sampai perfect; kemudian baru tengok jika anda perlukan bulu mata tiruan atau tidak,” kata Erin.

Dia selalunya gunakan bulu mata individu atau separuh-separuh daripada menggunakan bulu mata penuh. Bila anda dah jadikan bulu mata semula jadi anda se-perfect yang mungkin, orang yang lihat akan rasa ‘Wow!'”

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Kekal elegan dengan kasut ‘streetwear’ Court Slam

Oh Lawa Thu, 13 Dec 2018

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!

Featured Wed, 24 Jul 2019

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Yang terakhir paling tak sangka!

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Ceritakan kisah hidup anda menerusi ‘charm’ mini daripada koleksi Pandora Me

Serlahkan identiti mengikut pilihan micro-charm yang anda suka.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Rawat Mata Panda Anda Dengan Minyak Kelapa Dara & Serbuk Kopi. Mujarab!

Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk skrub muka dan badan.

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Mon, 18 Jun 2018

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Lengkapkan gaya raya anda dengan koleksi jenama ALDO yang super elegant dan classy!

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Featured Fri, 9 Aug 2019
Oh Lawa Tue, 13 Aug 2019

Sebut kemenyan pun sudah seram, apatah lagi sapu di muka, agak-agak berani tak?

Pati kemenyan mempunyai ciri-ciri antiseptik, berupaya membaiki kulit wajah.