Oh Lawa By: Yanie Baharom October 31, 2018 @ 7:00pm

Irisa Cosmetics, Gincu Flux Matte Diperbuat Daripada Bahan Organik Dan Bebas Kimia

Gincu ibarat best friend kepada wanita. Peranannya adalah untuk melengkapi penampilan, menjadikan wanita lebih menawan sekaligus membangkitkan keyakinan diri mereka.

Bagaimana untuk mengetahui penggunaan sesuatu gincu atau lipstick itu memberi nilai tambah kepada penampilan kamu?

Pertamanya pemilihan warna haruslah sesuai dengan tona kulit, agar dapat membangkitkan keserian wajah.

Keduanya, sekalipun kamu obses untuk kelihatan cantik pastikan kandungan bahan yang terdapat dalam gincu bebas bahan kimia dan selamat dipakai.

Foto: Irisa

Ketiganya, pilihlah jenama gincu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi kerana ia dapat memelihara kecantikan asli bibirmu. Jangan warna saja yang mengancam tetapi membuatkan bibirmu kering dan merekah sesudah memakainya!

Irisa Cosmetics, jenama gincu terbaru di pasaran memiliki kesemua ciri-ciri yang disebutkan. Malah tona warna yang diperkenalkan sangat sesuai untuk orang Asia yang kebanyakannya berkulit sawo matang dan kuning langsat!

Anda juga pasti tidak percaya, produk kecantikan milik Bumiputera ini diusahakan pasangan adik-beradik, Iman,  yang baru saja berusia 17 tahun manakala Irisa pula, 15.

Foto: Irisa

Mencipta rekod sebagai usahawan kosmetik termuda di negara ini, kedua-duanya serius untuk membangunkan empayar Irisa Cosmetics sekaligus membina kepercayaan di kalangan pelanggan.

“Kami mungkin masih muda tetapi dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang asing kerana ibu bapa kami sendiri adalah usahawan produk kecantikan.

“Mungkin minat berniaga ini diwarisi oleh orang tua kami. Untuk mengeluarkan produk gincu Irisa Flux Matte, saya dan kakak terbabit secara menyeluruh, bermula perancangan awal, pemilihan warna, kandungan bahan, pembungkusan sehinggalah final product.

Foto: Irisa

“Irisa Cosmetics merupakan produk bebas paraben, sesuai untuk kulit yang sensitif dan ia mudah dibawa ke mana-mana. Gincu bibir Irisa Cosmetics mudah menyerap, bebas daripada cecair, pemakaian yang tahan lama, mesra wuduk dan dijamin halal.

“Kami mahu wanita terutamanya remaja yang menggunakannya berasa selamat. Paling best sekali, gincu keluaran kami sangat bertepatan dengan kulit wanita Asia yang kebanyakannya sawo matang dan kuning langsat.

“Justeru tiada sebab untuk mereka melakukan kesilapan dalam memilih pewarna bibir yang boleh menyebabkan solekan mereka tampak aneh. Irisa Flux Matte ada untuk melengkapi penampilan mereka,” kata Irisa yang mengagumi, Kylie Jenner.

Foto: Irisa

Menyuntik mesej women’s empowerment, lima jenis pewarna bibir yang diperkenalkan memperkenankan nama-nama yang cukup menarik dan unik seperti Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses.

Dijual dalam bungkusan cukup menarik memuatkan kelima-lima jenis pewarna bibir ini, ia boleh didapatkan melalui www.irisacosmetics.com dengan harga RM188 untuk tempoh terhad sahaja. Manakala harga asalnya adalah RM210.

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Irisa Cosmetics yang diadakan di Black Box, Publika, 20 Oktober lalu, adalah pelakon meningkat naik Aprena Rose, Fadlun Abas, Arenaliena, Nourul Depp, Emma Shazleen dan Cilibling.

Foto: Irisa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019
Oh Lawa Wed, 10 Oct 2018

Tip Pemilihan Warna Busana Mengikut Tona Kulit Anda

Kalau salah pilih warna, boleh hambar penampilan anda!

Oh Lawa Fri, 28 Sep 2018
Featured Thu, 8 Nov 2018

Bercuti Tanpa Giant Over-Sized Sun Hat Ini, Bermakna Anda Belum Cukup Fashionista!

Stail topi besar ini dicetuskan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017.

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah samada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Sentuhan Magis Raffiey Nasir Jadi Pilihan Selebriti Hollywood

Raffiey Nasir tak menang tangan siapkan tempahan!

Oh Lawa Tue, 5 Feb 2019

Etika pemakaian denim di pejabat yang perlu anda tahu

Elak denim berwarna luntur atau koyak!