Oh Lawa By: Ad Ops January 11, 2018 @ 11:02am

Jenis Kasut Untuk Wanita Rendah

Terdapat banyak pilihan kasut di pasaran, namun tidak semua kasut sesuai untuk wanita yang memiliki saiz badan rendah. Tapi, ia bukan penghalang untuk seseorang wanita rendah itu dalam mengekspresikan fesyen serta tampil bergaya.

Apa yang penting, mereka perlulah bijak memilih jenis kasut yang sesuai dengan saiz badan mereka. Berikut merupakan antara jenis kasut yang sesuai untuk wanita rendah.

1. Kasut tumit tinggi

 

Ya, ini adalah tip yang paling klise. Biarpun memakai kasut tumit tinggi adalah cara paling mudah untuk kelihatan lebih tinggi, namun jika tersilap pilih, ia mungkin boleh membuatkan anda off-balance.

Tapi, jika anda yakin memakainya, pilih kasut tumit tinggi yang runcing kerana ia boleh membuatkan kaki terlihat lebih panjang dan anggun. Namun, percayalah untuk kelihatan tinggi seseorang itu tidak perlu menyakitkan badan dengan menggunakan kasut tumit tinggi, lebih-lebih lagi pemakaian kasut tumit tinggi tidak bagus untuk kesihatan.

2. Classic pump

Kasut jenis ini akan membuat kaki anda kelihatan lebih panjang dan langsing. Justeru ia adalah pilihan yang sangat baik untuk wanita rendah. Pilih jenis pointed-toes dan bentuk V kerana ia akan menampakkan seseorang itu tinggi.

3. Wedges

Kasut jenis ini juga sesuai untuk wanita rendah. Namun, sebaiknya pilih jenis yang mempunyai penutup (cover) yang pendek atau menutupi jari-jari kaki sahaja.

4. But

Jika anda menggemarkan gaya ranggi, pemakaian but boleh membantu. Namun, wanita rendah perlu memilih but paras betis supaya tidak terlihat rendah.

 

5. Slingback Sandal

Slingback sandal sangat sesuai untuk wanita rendah kerana ia tidak memberi elemen berat pada kaki. Namun, pastikan tali kasut tidak terlalu luas kerana ia akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih rendah.

6. Pointed-toe Flats

Kasut flats bukan tiket untuk menambah ketinggian, tapi anda boleh memilih gaya runcing, berbentuk V atau peep toes kerana ia memberi visual memanjangkan kaki, iaitu satu ciri yang baik untuk wanita pendek.

Apapun, elak menggunakan kasut jenis gladiator kerana ia akan membuatkan kaki seseorang itu nampak pendek daripada sepatutnya. Kasut dengan tali di pergelangan kaki (ankle strap) juga tidak sesuai untuk wanita rendah kerana tali pada kasut itu boleh memotong ilusi kaki menyebabkan ia nampak pendek.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 24 Apr 2018

Buat Si Gadis Manis Yang Stailo, 4 Gaya Moden Wanita Hijab Ini Pasti Kamu Suka

Berhijab bukan alasan untuk anda ketepikan penampilan yang kemas dan menarik.

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Oh Lawa Mon, 22 Jul 2019

Tous luaskan pengaruh di Asia menerusi kerjasama Habib Group

Jenama pengeluar barang kemas ini berasal dari Sepanyol.

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Lipstik perasa durian? Macam pelik tapi nampak menarik!