Oh Lawa By: Yanie Baharom June 21, 2018 @ 11:00am

Tambah Ketinggian Dengan Ilusi Pemakaian. Ini Panduannya Yang Perlu Anda Rujuk

Mana wanita yang tidak mengimpikan susuk tubuh lampai. Kata orang, dengan tubuh begini bukan saja tampak cantik persis supermodel, bahkan bentuk fizikal yang cukup ideal dengan apa juga jenis fesyen.

Kalau pakai baju itu ibarat cantik terletak. Justeru itu, buat gadis yang memiliki ketinggian yang tak berapa nak tinggi itu, boleh ikuti trick ini untuk kelihatan lebih tinggi.

1. Perincian seluar

Memilih untuk memakai seluar high waist dan baju dikemaskan di dalam seluar dapat memberikan ilusi kaki panjang. Sama juga dengan skirt yang memiliki perincian high waist.

Foto : kyrzscloset.com

2. Pilihan rona hitam putih

Memadankan pakaian dari rona hitam dan putih dapat memberikan efek tubuh lebih tinggi dan langsing. Kadang-kadang padanan pakaian dari rona yang pelbagai boleh buatkan anda tampak lebih pendek.

Foto : thetrendspotter.com

3. Padanan jaket

Memadankan jaket dengan pelbagai gaya berpakaian dapat membuatkan kamu kelihatan bergaya. Namun, elakkan daripada membutang jaket atau kardingan yang dipakai untuk mencipta ilusi garisan menegak yang langsing. Serta elakkan daripada memakai jaket atau kardingan yang labuh kerana ia dapat membuatkan kamu kelihatan lebih pendek.

Foto : asos.com

4. Baju berkolar

Pakai baju berkolar V dapat memberikan ilusi tubuh lebih tinggi. Padankan bersama seluar high waist untuk sempurnakan gaya santai hujung minggu kamu. 

Foto : zumeet.com

5. Aksesori rantai panjang

Tambah rantai panjang dengan rekaan ringkas untuk mencipta garisan menegak bagi trick mata yang memandang.

Foto : hobbs.co.uk

6. Cetakan minimalis

Elakkan dari memakai pakaian yang sarat dengan cetakan terlalu besar. Pakai pakaian bercetak ringkas dan kecil. Ini untuk mencipta gaya yang seimbang supaya kamu tidak akan kelihatan terlalu sarat dan pendek.

Foto : runwaycutie

7. Tali pinggang

Ya, aksesori yang satu ini juga turut memainkan peranan penting untuk buat kamu kelihatan tinggi. Elakkan dari memakai tali pinggang yang lebar dan besar. Jadi jika perlu mengenakan tali pinggang, pilih yang bersaiz halus dan kecil.

Foto : lurchoundloves

8. Panjang seluar atau skirt

Pastikan seluar atau skirt yang dipakai adalah panjang melebihi buku lali. Elakkan daripada memakai seluar atau skirt paras betis yang dapat membuatkan kamu kelihatan lebih pendek.

Foto : uniqistic.com

9. Pemilihan tas tangan

Pastikan kamu memadankan tas tangan bersaiz kecil atau sederhana. Ini kerana tas tangan bersaiz besar akan menambah kelebaran tubuh dan menampakkan kamu lebih pendek. Jadi pilih tas tangan yang sesuai dengan saiz tubuh kamu.

foto : pinterest

10. Elak mengenakan saiz besar

Selain itu elakkan memakai pakaian yang mempunyai potongan terlalu longgar dan besar. Pakai pakaian yang lebih sesuai dengan saiz tubuh supaya dapat mengelakkan anda nampak bantut.

Foto : pinterest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

8 Tip Paling Mudah Untuk Dapatkan Rambut Selembut Sutera

Memang senang tapi mungkin ramai yang tak tahu.

Oh Lawa Mon, 4 Mar 2019
Featured Thu, 23 Jan 2020
Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Di Antara 5 Selebriti Terkenal Ini, Yang Mana Satukah Barbie Pilihan Anda?

Kylie Jenner bukanlah selebriti pertama yang menjelmakan diri sebagai Barbie.

Featured Wed, 25 Sep 2019
Oh Lawa Fri, 18 Jan 2019

Gigi Hadid wore a chic fashion item for her flights that frequent flyers recommend

The next time you’re travelling, you know what to bring.

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Oh Lawa Fri, 21 Dec 2018
Featured Thu, 3 Jan 2019
Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

9 Puteri Raja Moden Yang Paling Cantik Di Dunia, Dari Malaysia Pun Ada!

Masa kecil dulu mesti pernah berangan nak jadi puteri raja kan? Kalau masa zaman dahulu, mendiang Puteri Diana yang menjadi pujaan ramai wanita dan lelaki dunia kan? Mana tidaknya, cantik, berkarisma, baik hati dan pemurah […]