Oh Lawa By: Ad Ops July 25, 2018 @ 4:00pm

Jom Belajar Teknik Solekan Mata ‘Smokey Eye’ Yang Tepat Dan Gerenti Perfect

Teknik makeup mata Smokey Eye memang seksi! Tapi jika ia tak dipakai dengan betul, nanti nampak macam panda pula. Kalau bukan panda, orang akan kata yang mata anda nampak lebam sebab kena tumbuh. Aduh!

Jadi macam mana nak dapatkan rupa Smokey Eye yang flawless dan perfect? Ikuti 9 teknik di bawah ini.

Tip:

Smokey Eye tak semestinya berwarna hitam. Sebaliknya, anda boleh saja gunakan warna lain seperti kelabu, biru gelap, coklat, plum atau hijau gelap.

Bukan saja ia boleh matching dengan pakaian anda, warna lain ini akan tingkatkan lagi elemen seksi bagi rupa keseluruhan anda.

Jom belajar!

1. Pakai primer

Paling tak best jika Smokey Eye anda comot ataupun cair hingga garisan-garisan halus terbentuk di keliling mata. Supaya ia maintain, pakaikan primer di atas kelopak dan di bahagian bawah mata.

2. Pakai concealer

Dark circle di keliling mata boleh spoil rupa Smokey Eye anda. Nanti nampak macam vampire bermata lebam pula. Jadi dengan hujung jari manis, letakkan concealer yang pekat di bahagian bawah mata.

3. Sapukan bedak

Lepas anda dah blend in produk concealer anda, gunakan berus fluffy untuk tepekkan bedak translucent (yang sesuai dengan warna kulit anda) ke bahagian bawah mata anda. Nanti akan anda butiran bedak yang loose, jadi bila Smokey Eye makeup anda dah siap, sapu perlahan-lahan dengan tisu.

4. Sapukan eyeshadow gelap

Dah pilih warna yang anda nak? Gunakan eyeshadow warna tersebut tapi pilih shade yang paling gelap. Sapukan di antara garisan bulu mata dan lipatan kelopak mata. Kemudian, gunakan berus bersudut (angled brush) untuk betul-betul sapukan eyeshadow itu sepanjang garisan bulu mata anda. Jangan biarkan ada kawasan kulit anda yang tak terkena eyeshadow!

5. Comotkan

Smokey Eye tak sepatutnya ada lukisan garisan yang ketara. Sebaliknya, anda perlu blend atau lembutkan bahagian tepinya. Dengan menggunakan cotton bud atau smudger brush, perlahan-lahan sapukan eyeshadow ke lipatan kelopak mata. Gunakan warna eyeshadow yang sama di garisan bulu mata bawah juga.

6. Serlahkan mata

Bila eyeshadow dah dipakai, tajamkan lagi mata anda dengan eyeliner hitam yang berkrim dan kalis air. Sapukannya di garisan bulu mata bawah dan atas. Pastikan tak ada kulit yang tak disapu dengan produk mata! Untuk effect yang lebih menarik, sapukan eyeliner di garisan dalam bulu mata bawah anda.

7. Highlight

Memandangkan mata anda dah nampak gelap kerana eyeshadow tadi, anda boleh serikan mata anda dengan menyapu highlighter bersinar (shimmery) di sepanjang tulang mata dan bucu mata di sebelah batang hidung.

8. Lentik bulu mata

Untuk mantapkan lagi warna gelap eyeshadow anda, anda mesti lengkapkan rupa Smokey Eye anda dengan bulu mata lentik. Gunakan eyelash curler dan tekankannya di bahagian alis bulu mata selama 3 saat. Ulang hingga anda sampai ke hujung bulu mata anda.

9. Pakai maskara

Bila dah lentik, kenalah sapukan dengan maskara! Pakaikan sampai bulu mata anda nampak tebal.

Dah siap! Selamat mencuba!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Featured Mon, 16 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Jangan Gunakan 7 Produk Kecantikan Ini Secara Berlebihan Kerana Ia Boleh Memudaratkan!

Sebaiknya amalkan penggunaan produk kecantikan dalam kadar yang dibenarkan.

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Featured Fri, 3 Apr 2020

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Selesa walau apa sahaja kegiatan dilakukan

Oh Lawa Mon, 17 Dec 2018

Rating Victoria’s Secret Fashion Show Jatuh Merudum!

Hanya mencatatkan jumlah tontonan 3.3 juta berbanding 5 juta tahun lalu.

Featured Fri, 3 Apr 2020
Oh Lawa Tue, 28 Aug 2018

Awas! Produk Kecantikan Yang Mengandungi Bahan Ini Akan Buat Wajah Anda Cepat Tua

Adakah kandungan produk kecantikan anda selamat 100% apabila dipakai?