Oh Lawa By: Yanie Baharom February 28, 2019 @ 3:00pm

Jom hasilkan aksesori comel buat si cilik. ‘No budget, no problem!’

Rambang mata tatkala memilih aksesori, adalah dilema biasa bagi setiap wanita. Kalau boleh semua benda dia berminat!

Lebih-lebih lagi, kalau aksesori yang terbentang depan mata cantik-cantik belaka dan setiap rekaan cuma ada satu unit saja atau erti kata lain ekslusif!

‘Penyakit’ keliru memilih, kadang-kadang itu terbawa-bawa hingga saat memilih perhiasan untuk anak perempuan mereka.

Jika penulis ada anak perempuan, rasanya aksesori untuk anak lebih meriah dan banyak daripada ibunya!

Bagi golongan ibu yang gemar membeli aksesori untuk si kecil, apa kata ubah tabiat suka membazir dengan menjadikan aktiviti kraftangan buatan sendiri atau do it yourself sebagai hobi baharu anda.

Mungkin pada mulanya sekadar menghasilkan aksesori untuk anak, lama-lama siapa tahu kreativiti si ibu berkembang dan boleh menjana pendapatan melaluinya. 

Melihat paparan video di laman YouTube berjudul  11 Cute DIY Accessories For Girls, tidak susah sebenarnya untuk menghasilkan aksesori buat si kecil.

Paling seronok sekali, tak perlu keluar modal besar, malah cukup dengan hanya menggunakan barangan terpakai yang ada rumah anda, bahkan ada antaranya boleh disiapkan dalam masa lima minit!

Tidak percaya, jom kita saksikan video kreatif di bawah ini.

 

 

Sumber: YouTube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jun 2020
Featured Mon, 16 Mar 2020

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Aksesori Kristal Swarovski untuk lelaki juga ada!

Featured Thu, 16 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 31 May 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Featured Fri, 6 Dec 2019

Mungkin ada bakteria halus yang ‘membiak’ dalam beg kosmetik anda!

Ketahui produk mana yang menjadi ‘sarang’ terbesar!

Oh Lawa Sat, 6 Jul 2019

Sudahlah jimat, kesannya sama seperti mandi bunga di spa mahal!

Anda akan rasa sangat lega selepas melakukannya!

| Live TV