Oh Lawa By: Yanie Baharom November 21, 2018 @ 3:00pm

Jurusolek Saintis, Ciri Istimewa Nuex Rosli Berbanding MUA Malaysia Yang Lain

Segelintir pihak berpendapat, gelaran ‘guru’ makeup itu terlalu tinggi bagi jurumekap dengan pengalaman kurang 10 tahun di dalam industri solekan.

Pada pendapat Nuex Rosli, bagaimana mendapat gelaran itu?

“Bagi saya gelaran adalah amat peribadi dan berkait rapat dengan kredibiliti seseorang bagi masa hadapan. Pendek kata, visi dan misi seseorang makeup artis amat penting, saya mahu mendidik makeup artist supaya memberi inspirasi agar pekerjaan ini memberi punca pendapatan seseorang.

“Saya bertindak sebagai ‘guru’ dan memberi inspirasi kepada orang lain. Tanpa keyakinan yang tinggi saya tidak mampu merealisasikan objektif hidup saya. Sebenarnya tidak timbul isu layak atau tidak.

“Kalau saya tak layak, tak ramai datang ke kelas mekap saya. Tetapi sehingga kini, kelas mekap saya memang penuh. Pada saya ini semua mentaliti. Sebab itu saya tegaskan bahawa ilmu akademik ini sangat penting, ia bukan hanya membantu dari segi kematangan tetapi juga penyelesaian masalah,” katanya.

Muhammad Khairul Anwar bin Rosli, yang lebih dikenali sebagai Nuex Rosli, merupakan mekap artis profesional, usahawan dan genius sains. Dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana, anak ketiga daripada lapan adik beradik ini berkongsi ibu bapanya menerapkan semangat keusahawanan dan bekerja keras untuk membesarkan anak.

“Ibu saya seorang suri rumah manakala bapa saya bekerja di Petronas. Sedari kecil lagi saya sudah meniaga menjual kuih dan nasi lemak di kawasan Semenyih bagi membantu ibu, yang mencari pendapatan tambahan untuk pendidikan anak-anak dengan berniaga,” katanya.

Foto: NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik, Nuex juga pernah ditawarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) tetapi menolak tawaran tersebut kerana ingin menjadi jurusolek dan usahawan.

“Tanpa sokongan professor saya, hampir mustahil bagi saya untuk menyesuaikan antara kerja dan belajar,” katanya.

Minatnya di dalam bidang solekan di pupuk semenjak menyertai kumpulan teater universiti. Melalui pembabitan teater lah, dia terpaksa belajar cara mekap dan solekan teatrikal dramatik yang boleh mengubah penampilan seseorang menjadi sesuatu yang lain.

Sejurus itu, bersama rakan universiti juga sahabat baiknya Syed Dewa (Syedewa) mula memberi khidmat mekap kepada rakan-rakan di kampus dengan harga serendah RM30. Maklum balas baik yang diterima daripada pelanggan, menanamkan minat untuk terus mempertajamkan kemahiran dalam bidang mekap.

“Semasa peringkat Ijazah Sarjana, saya tidak lagi menerima biasiswa dan segala kos pengajian perlu ditanggung sendiri. Alhamdulillah dengan tempahan solekan yang diterima, dapatlah saya membiayai kos pengajian.

“Bercakap mengenai selebriti pertama yang saya dan Syed Dewa solek adalah Ainul Aishah. Bermula dari situ, kami terus dipanggil untuk menyolek selebriti yang lainnya.

“Kelebihan kami berbanding makeup artist yang lain masa itu, kami sebagai generasi baru menggunakan sosial media sebagai medium publisiti. Melalui sosial media juga saya membuat review mengenai produk-produk mekap tempatan,” kata pemilik akaun Instagram @nuex_rosli ini.

Foto: NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Hampir lapan tahun mencari rezeki di dalam bidang ini, Nuex Rosli kembali memanfaatkan ilmu dan kepakarannya sebagai saintis, dengan melancarkan NR Cosmetics tahun lalu.

Idea ini bermula apabila dia menyedari bahawa walaupun pertumbuhan industri kosmetik tempatan yang pesat, tidak banyak yang menghasilkan melalui ideologi, teori dan sains di sebalik produk kecantikan.

“Di tengah-tengah pasaran yang berkembang pesat, saya fikir ia akan menjadi baik untuk menanamkan kepakaran saya dan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang boleh memenuhi piawaian antarabangsa.

“Selain itu, terdapat hanya beberapa jenama tempatan yang memenuhi keperluan profesional. Saya sendiri suka jenama antarabangsa seperti Charlotte Tilbury, Giorgio Armani, Tom Ford, Dolce & Gabbana. Apabila beberapa jenama kosmetik tempatan meminta saya untuk mengkaji semula produk mereka, sejujurnya saya ragu-ragu.

“Malangnya, ia tidak memenuhi piawaian saya. Saya tidak mengatakan kesemuanya buruk. Ada yang benar-benar baik. Namun, hanya beberapa sahaja yang berjaya memasarkan produk mereka dengan baik dan menjadi virus di media sosial walaupun kualiti mereka biasa-biasa saja.

“Dan ia memberi idea kepada saya untuk mendidik orang ramai melalui mekap. Impian saya juga untuk mencipta jenama tempatan yang boleh dipercayai oleh jurumekap profesional,” katanya.

Dengan bersandarkan latar belakang saintifik dengan gabungan pengalaman di dalam bidang ini, Nuex Rosli memilih sebuah kilang tempatan untuk menghasilkan jenama kami sendiri. Adalah bukan kelaziman apabila seseorang usahawan untuk berjumpa jurukimia kilang tersebut tetapi ia adalah penting bagi produk kami. Kami bekerja rapat untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.

Matlamat bagi produk ini adalah harus sesuai dengan cuaca di Malaysia, keduanya ia memberi manfaat kepada newbies dan juga jurumekap profesional.

Ia juga sesuai dengan semua jenis kulit dan tona warna dari yang sangat kering sehingga sangat berminyak. Dan akhir sekali ia adalah sesuai dengan spektrum warna kulit kita.

“Matlamat saya agar NRC menjadi jenama pilihan, tempatan dan antarabangsa. Buat masa sekarang, kami sedang berusaha dalam memasarkan produk di Dubai, Turki dan sebagainya.

“Saya ingin menunjukkan adalah tidak mustahil bagi jenama tempatan yang berpatutan mendapat pilihan di peringkat antarabangsa. Di atas kepercayaan ke atas produk, ramai yang memohon untuk memulakan rangkaian penjagaan kulit. Tetapi itu masih dalam di dalam perancangan,” katanya.

Terdahulu, Nuex pernah menerima anugerah New Entrepreneur Award (Muslimah Fashion) pada 2017 dan Beauty Industry Entrepreneurship Icon Award (2018).

Foto:  NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Oh Lawa Fri, 9 Mar 2018

13 Top Model Antarabangsa Ini Buktikan Rupa Bukanlah Segalanya

Buktinya, ramai model yang berjaya mengukir nama di pentas dunia dengan rupa paras mereka yang langsung tak konvensional. 

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Thu, 16 Aug 2018

Rahsia Kecantikan Wanita Thailand Yang Perlu Anda Tahu

Wanita Thailand gunakan asam jawa untuk skrub wajah.

Oh Lawa Tue, 3 Apr 2018

Ini Cara Mudah Nak Buat Face Mist Daripada Timun. Sembur Saja, Terus Segar!

Setiap wanita pasti inginkan kulit wajah yang sentiasa cantik, sihat dan berseri-seri.

Oh Lawa Tue, 17 Jul 2018

Buat Kamu Si Mata Kecil, Cuba 5 Teknik Ini Untuk Miliki Mata Galak Persis Aishwarya Rai

Mata galak pesonanya cukup memukau namun standard mata bagi kebanyakan wanita Asia lazimnya bersaiz kecil.

Oh Lawa Wed, 11 Sep 2019

KFC 11 Finger Lickin’ Good Goods buat semua terliur!

Koleksi ‘streetwear’ KFC x Pestle Mortar Clothing tampil dengan cita rasa tempatan

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Featured Mon, 16 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 28 Sep 2018