Oh Lawa By: Ad Ops July 13, 2018 @ 9:00am

Kate Middleton Tak Pernah Pecah Tradisi Ini Ketika Memilih Outfit Ke Majlis Pembaptisan Anaknya

Bagi sesetengah orang yang sentiasa berada di mata media, mereka tak gemar untuk tampil dalam outfit yang dah dipakai sebelum ini. Kalau boleh, sesuatu outfit itu sekali saja pakai.

Kate Middleton, isteri kepada salah seorang putera yang paling terkenal di dunia, bukan seperti itu. Walaupun dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya yang chic dan sophisticated, dia tak kisah langsung bila dia tampil dalam outfit yang dia dah pernah pakai.

Salah satu pakaian favourite Duchess of Cambridge ini adalah dress coat putih daripada jenama Alexander McQueen. Dia dah pakai outfit yang sama ke 4 acara berlainan! Suka sangat!

Foto: Getty

Tapi tak apalah, dia nak pakai 10 kali pun tak apa, kan? Dah cantik. Apa salahnya?

Dan walaupun dia suka bergaya, Kate juga nampaknya sukakan tradisi. 

Di majlis pembaptisan anak bongsunya Putera Louis baru-baru ini, Kate dilihat memperagakan satu lagi coat dress putih oleh Alexander McQueen.

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Eh? Bila kita tengok balik, sebelum ini pun, di majlis pembaptisan anak-anaknya yang lain iaitu Putera George dan Puteri Charlotte, Kate juga memakai dress putih oleh Alexander McQueen!

Tengok gambar di bawah ini, di mana Kate menghadiri majlis christening Putera George pada tahun 2013.

Foto: Getty

Foto: Getty

Di dalam gambar di bawah ini pula, Kate sedang menghadiri majlis christening Puteri Charlotte pada tahun 2015.

Foto: Getty

Foto: Getty

Nota: Inilah outfit yang Kate pakai sebanyak 4 kali itu!

Nampaknya Kate telah memulakan satu tradisi yang orang lain tak perasan pun, iaitu memakai outfit berwarna putih.

Buat masa ini, tak ada lagi peraturan diraja tentang wajibnya seseorang ibu itu memakai warna putih ke majlis pembaptisan anaknya.

Tapi mungkin Kate telah mulakan tradisi ini kerana warna tersebut melambangkan kesucian dan permulaan baru. So sweet!

Sumber: PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Suntikan retro ‘dihidupkan’ kembali sebagai ‘DNA’ rekaan fesyen 2019

Baju jala kembali sebagai trend paling hangat dan wajib ada dalam almari anda!

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

Mengapa Bedak Merupakan Barangan Wajib Perlu Ada Dalam Handbag Wanita? Ini Alasannya!

Penggunaan bedak memang sudah wujud dari zaman China kuno beberapa abad sebelum Masihi lagi.

Oh Lawa Wed, 28 Nov 2018
Featured Thu, 23 Jan 2020
Oh Lawa Sat, 8 Sep 2018

The White Label Collection Dedikasi Kasih Najla Sarbini Buat Allahyarham Bapanya

Najla Sarbinie mengabadikan nama Allahyarham bapanya itu menerusi rekaan terbaru beliau.

Featured Sun, 20 May 2018

Benarkah Gaun Perkahwinan Meghan Markle Khabarnya Lebih Mahal Dari Kate Middleton?

Pada hari bersejarahnya bergelar isteri kepada waris kedua takhta England itu, Markle memberi kepercayaan kepada Clare Waight Keller juga Pengarah Artistik wanita pertama Givenchy  yang dilantik tahun lalu untuk mereka cipta gaun perkahwinannya.

Oh Lawa Mon, 1 Oct 2018

Huda Beauty Akan Lancarkan Produk Terbaru Yang Dikatakan Menampilkan Formula Luar Biasa!

Baca artikel ini untuk ketahui info tentang produk terbaru Huda Beauty.

Featured Thu, 28 May 2020
Oh Lawa Mon, 15 Apr 2019