Oh Lawa By: Ad Ops August 15, 2018 @ 11:00am

Kedai Barangan Penjagaan Kulit UK, LUSH Cosmetics Akan Buka Cawangan Di Malaysia!

Akhirnya sampai juga jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang popular ini ke tanah air kita. Tak sabar nak pergi shopping!

Jika anda tak familiar dengannya, tak apa! Lebih popular di negara-negara barat, LUSH adalah pengeluar barangan penjagaan kulit yang terkenal kerana ia menggunakan ramuan-ramuan asli. 

Ia merupakan 100% vegan, dibuat dengan tangan, mesra-alam dan yang paling penting, produk-produk LUSH tak diuji pada haiwan. Ini bermakna semua produknya adalah sesuai untuk pengguna Muslim juga! 

Berita tentang kemasukan jenama ini ke dalam negara kita timbul apabila sebuah Tweet yang mengatakan LUSH sedang mencari pekerja di Malaysia, telah menjadi viral. 

Salah seorang wakil syarikat ini daripada UK pun cepat-cepat confirm yang LUSH memang akan membuka cawangan di Malaysia. Yay! 

Foto: Facebook Lush Cosmetics North America

Malangnya, itu sajalah info yang ada buat masa ini. Sekarang belum ada lagi apa-apa pengumuman tentang tarikh pembukaan dan lokasi cawangan tersebut, ataupun. harga barangannya. Tapi besar kemungkinan ia akan dibuka di tengah KL. 

Untuk ramai peminat jenama ini, bukan saja polisinya yang mengagumkan. Produk-produknya juga unik, berupa menarik dan penuh aroma sedap hinggakan anda rasa tak puas dan ingin beli lagi. 

Buat masa ini, kita belum boleh tahu lagi apa yang akan dijual tapi harap-harap, barangan di bawah ini ada sekali:

1. Mask muka

Di mana-mana pun ada produk ini, dan macam-macam jenama ada tawarkan. Tapi apa yang membuatkan mask LUSH berbeza? Ia diperbuat daripada ramuan buah-buahan, mentega istimewa dan minyak essential. Wow! Jadi lupakan produk-produk berkimia dan tukar kepada yang organik! 

2. Shower jelly

Ini bukan jeli yang boleh dimakan, okay? Sebaliknya, ia lebih kepada gel untuk badan yang berdasarkan carrageenan seaweed. Ia kaya dengan ramuan yang berkhasiat dan melembapkan seperti buah-buahan. Boleh bayangkan tak baunya? Produk ini popular sangat sampai stok selalu tinggal sikit!

3. Bath bombs

Jika anda ada bath tub di rumah, bolehlah beli produk ini. Untuk anda yang tak tahu, bath bomb adalah sejenis produk spa yang akan berbuih dan larut apabila basah atau direndam di dalam air.

Jadi memang syok bila tengah berendam dan tiba-tiba ada buih-buih fizzy di dalam kolam anda. Tengoklah dalam video ini!

 

A post shared by emily (@_lushfairies_) on

Ini sebenarnya adalah produk LUSH yang paling popular kerana ia 100% buatan tangan dan datang dalam pelbagai warna, bau-bauan dan reka bentuk!

Jadi, amacam? Ada produk yang menarik perhatian anda? Itu baru 3 produk. Ada banyak lagi yang LUSH tawarkan!

Sesiapa yang minat barangan penjagaan kulit mesti akan rambang mata di kedai LUSH. Harap-harap ia akan dibuka tak lama lagi!

Untuk mendapatkan idea bagaimana rupanya kedai LUSH, jom tengok video di bawah ini:

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 21 Feb 2018

‘Powder Makeup’ Anda Hancur Berkecai? Ini Cara Mudah Untuk Selamatkannya & Guna Semula

Kalau powder makeup anda terjatuh ke lantai dan terus hancur berkecai, gerenti anda akan rasa seperti hati anda yang hancur sekali, bukan?

Featured Tue, 1 Oct 2019

Sniker botol plastik, inisiatif Aldo selamatkan bumi

Dua penyelesaian masalah alam sekitar dalam satu kasut RPPL

Featured Thu, 5 Sep 2019
Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018
Featured Tue, 24 Mar 2020
Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Featured Tue, 27 Aug 2019
Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019