Oh Lawa By: Ad Ops December 13, 2018 @ 3:00pm

Kini Ada Serum Khas Untuk Panjangkan Bulu Mata, Tapi Adakah Ia Selamat?

Orang yang dikurniakan dengan bulu mata yang panjang memang bertuah kerana bila dipakaikan maskara, ternyata gorgeous.

Dulu, mereka yang tak bernasib baik akan bergantung kepada maskara untuk buat bulu mata mereka nampak panjang.

Memandangkan teknologi dah bertambah moden, sekarang ini mereka yang berbulu mata pendek boleh “panjangkannya” dengan serum khas. Bukan ilusi saja, ia betul-betul boleh dipanjangkan!

Produk ini memang membuahkan hasil, tapi mereka yang tak pernah guna atau baru first time nak try mesti rasa was-was. Yalah, macam tak masuk akal saja.

Tapi rasa takut atau ketidakpercayaan ini akan berkurangan jika anda memahami bagaimana formula ini berfungsi.

Foto: Xlash Eyelash Serum

Menurut pakar kulit Shereene Idriss, serum ini menghalang serat bulu mata anda daripada menjadi rapuh. “Ia melembapkan bulu mata dan memanjangkan hayatnya.

“Serum yang dijual di atas kaunter diperbuat daripada biotin yang menguatkan rambut, manakala peptid atau minyak kastor pula menyuburkannya.”

Serum bulu mata preskripsi, seperti Latisse, lain sikit. “Serum ini telah dibuktikan secara saintifik boleh meningkatkan fasa penumbuhan dan pemanjangan bulu mata si pemakai.”

Foto: PopnChic

Jika formula ini berfungsi dengan mengelakkan kerapuhan dan memanjangkan serat bulu mata, kita boleh buat kesimpulan yang kita takkan kehilangan bulu mata. Tapi apakah risikonya?

Menurut pakar kimia kosmetik Ni’Kita Wilson, jawapannya adalah keradangan di mata seperti kegatalan, kemerahan dan mata berair.

Dia mengesyorkan anda untuk check jika ramuan seperti phenoxyethanol atau chlorphenesin terkandung dalam serum yang anda pakai. Bahan kimia ini memelihara daya tahan formula tersebut tapi ia juga boleh mengakibatkan iritasi.

Doktor pakar mata Ilyse Haberman pula berkata kesan sampingan lain adalah perubahan warna iris mata.

Foto: Nutronics Health

Kajian terhadap serum bulu mata preskripsi adalah terhad, tapi satu kajian oleh University of Michigan telah melaporkan kesan sampingan di atas (berserta dengan kegelapan kelopak mata dan lemak yang berkumpul di sekeliling mata) dengan penggunaan ramuah bimatoprost, iaitu ramuan aktif bagi produk Latisse.

Risiko-risiko yang diterangkan di atas adalah minimal tapi jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan di atas, anda patut hentikan penggunaannya.

Jika mana-mana bahagian luar bulu mata anda mula bertukar selepas anda menggunakan serum ini, anda patut buang saja produk itu. Sebaliknya, pakai saja bulu mata palsu, ataupun gunakan maskara!

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019
Featured Wed, 21 Feb 2018

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Oh Lawa Tue, 3 Jul 2018

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan Muka. Jimat, Tak Perlu Kos Tinggi

Kaya dengan vitamin A, C, E dan K, betik juga mempunyai ciri-ciri antioksida.

Oh Lawa Thu, 10 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018
Featured Thu, 3 Jan 2019
Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018

Bimbang Skrub Anda Ada Bahan Pengawet? Buat Skrub Anda Sendiri Dengan Menggunakan Bahan Dapur

Ia boleh menanggalkan sel kulit mati, menjana semula sel kulit baru dan menghaluskan kulit.

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Oh Lawa Thu, 21 Jun 2018

Raya Sakan Dengan Beg Jenama ALDO

Jom bergaya sakan dengan koleksi tas tangan daripada jenama ALDO!