Oh Lawa By: Shaidah Shafie May 29, 2019 @ 5:53pm

Konsep Fairy Forest jadi daya penarik kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue

Potongan kurung moden masih lagi diterima ramai dan ia diberi sentuhan lebih segar oleh MC Vogue yang mengadakan kolaborasi bersama artis penggiat sosial media berpengaruh, Elfira Loy.

Berkonsepkan pakaian moden untuk  wanita yang menitik beratkan cita rasa dengan nuansa sopan, anggun dan kekal bergaya, tidak hairan jenama MC Vogue ini sudah mampu membina kelompok aliran pengikutnya sendiri yang sentiasa mempercayai kualiti jahitannya.

Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri, Teff dan May sejak  2012 serta kini memiliki lebih 20 cawangan di seluruh Negara.

Kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue dihadirkan dalam empat rekaan unik untuk Hari Raya Aidilfitri, sekali gus melambangkan sentuhan feminin dan elegan yang sering menjadi pilihan Elfira.

Elfira menggayakan pakaian berkonsep Fairy Forest hasil kolaborasi dengan MC Vogue. Foto: Ihsan MC Vogue.

Hasil cetusan idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka pakaian MC Vogue sendiri, koleksi ini  ternyata menyerlahkan gaya dan karakter wanita yang baru bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar sejak awal ahun ini.

Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest.’

Koleksi ini menggunakan fabrik rona lembut, sejuk, berbulu, manik  berkilauan dan ditawarkan pada harga RM299 sepasang, juga sangat mampu milik.

Elfira berkata, kolaborasi ini adalah yang pertama diadakan dengan jenama fesyen MC Vogue kerana jenama berkenaan menawarkan koleksi pakaian mereka pada harga berpatutan kepada ramai orang.

Foto: Ihsan MC Vogue.

“Saya harap kerjasama ini akan dapat menarik minat ramai orang untuk bergaya lebih tetapi dengan harga yang berpatutan. Pendek kata ia memang mampu dimiliki semua golongan wanita,” katanya.

Pelakon drama Qaleesya ini sendiri sebenarnya ialah pelanggan setia MC Vogue kerana harganya amat berpatutan.

“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tidak sangka MC Vogue mahu mengadakan kolaborasi, memang terkejut pada awalnya, tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.

“MC Vogue mempunyai deretan perekanya sendiri, tapi kami masih berbincang untuk satu aliran yang sama. Kolaborasi ini untuk musim raya saja, tapi saya optimis dan yakin rekaannya yang tidak terlalu rumit dan tidak berlebihan menjadikan ia tidak dimamah usia,” katanya.

kolaborasi ini menyaksikan empat rekaan di mana setiap satunya mempunyai tiga warna dan terdiri daripada saiz S, M dan L.

Barisan model menggayakan koleksi Fairy Forest hasil kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue. Foto: Ihsan MC Vogue.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 16 Jan 2019

Teknik picit jerawat tanpa memudaratkan kulit wajah

Perasaan dapat memicit jerawat, kepuasannya sukar digambarkan! 

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018

Soya Bagus Untuk Kecantikan Kulit? Ini Antara Khasiatnya

Kalau nak kulit sentiasa cantik, selalulah makan makanan yang mengandungi kacang soya!

Featured Tue, 5 May 2020
Oh Lawa Wed, 30 May 2018

Pengaruh Kuat Bollywood Sedari Kecil, Asyu Pilih Saree Sebagai Fabrik Utama Dalam Rekaannya

Kecintaannya pada lagu dan filem Bollywood, kekagumannya terhadap kecantikan juga ketampanan aktres dan aktor negara itu, memberi pengaruh yang cukup besar pada pengenalan koleksi perdananya.

Oh Lawa Tue, 6 Feb 2018

Sneakers Setiap Hari?

Gelombang stail luxe sport atau suntikan elemen sukan dalam gaya harian menjadi trend sejak 5 tahun kebelakangan. Impak keselesaan dalam masa sama kekal stylish memungkinkan stail ini terus jadi pilihan sekurangnya 5 tahun lagi. Siapa tahu?

Oh Lawa Tue, 29 Jan 2019

Anting-anting dwiguna, sambil melaram boleh dengar lagu juga!

Dilengkapi sistem bluetooh yang boleh disambungkan kepada peranti peribadi.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Jom tampil ayu seperti Mira Filzah!

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!