Oh Lawa By: Bibi Ramli March 25, 2019 @ 10:00am

Kulit anda jenis berminyak? Elakkan daripada melakukan 9 kesilapan ini!

Kulit jenis berminyak memang menyusahkan kerana ia menjadi penyebab kepada masalah seperti bintik hitam dan jerawat yang agak sukar untuk dikawal.

Walaupun sudah ada pelbagai produk khas untuk menanganinya di pasaran, ia tidak semestinya mampu membanteras gejala kulit berminyak.

Anda perlu ingat bahawa ada beberapa perkara yang anda rasa tidak akan mendatangkan masalah, tetapi sebenarnya ia boleh membuatkan kulit anda jadi lebih teruk.

Untuk itu, ketahui apa yang anda perlu elak berdasarkan saranan pakar kulit yang bertauliah.

1. Jangan cuci terlalu kerap

Inilah kesilapan paling biasa yang sering dilakukan oleh pelanggan Dr Inessa Fishman, iaitu sama ada mereka mencuci muka terlalu kerap ataupun menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia terlalu banyak.

“Pencucian berlebihan akan menanggalkan pelindung semula jadi terhadap kulit. Ini akan menyebabkan kemerahan, inflamasi dan jerawat serta kulit menjadi sensitif,” katanya yang juga doktor pembedahan plastik 

2. Jangan jadikan rutin penjagaan kulit anda terlalu rumit

Foto: iStock

Memandangkan kini ada pelbagai produk yang menjanjikan hasil yang menarik, berkemungkinan besar anda rambang mata memilih produk penjagaan yang sesuai dengan kulit wajah. Sebenarnya menurut pakar kulit, lebih baik anda pilih rutin yang ringkas.

“Rutin penjagaan kulit pada waktu pagi saya melibatkan pencuci, serum vitamin C, pelembap (jika kulit saya rasa kering) dan bedak pelindung matahari,” kata Inessa.

3. Jangan gunakan produk yang kasar

Dr Lisa A Carroll dari Brinton Lake Dermatology pula mengingatkan pelanggannya bahawa penggunaan produk yang kasar boleh menjadikan kulit mereka terlalu kering.

Jika kulit anda berminyak, mestilah anda ingin menghapuskan sebanyak mungkin minyak yang ada, bukan?

Sebenarnya jika ia dilakukan secara berlebihan, lebih banyak minyak akan terhasil dan akhirnya kulit anda akan menjadi lebih berminyak daripada sebelum ini.

4. Jangan gunakan produk berasaskan alkohol

Foto: The Skin Cancer Foundation

Jika anda mengalami masalah kulit berminyak atau berjerawat, anda mungkin akan terpanggil untuk menggunakan produk yang mengandungi alkohol.

Lisa menasihatkan supaya anda jangan menggunakan produk sebegitu kerana ia boleh mengeringkan kulit. Sama seperti produk kasar, kelenjar di bawah kulit anda akan menghasilkan lebih banyak minyak.

5. Jangan gunakan pencuci yang terlalu lembut

Walaupun anda tidak patut gunakan produk yang bersifat kasar, produk yang terlalu lembut pun tidak bagus. Sepatutnya ada keseimbangan.

“Elakkan daripada mengguna pencuci yang terlalu lembut kerana anda masih perlu menanggalkan minyak daripada kulit, terutamanya pada waktu malam,” kata pakar kulit,  Dr Anna Guanche.

6. Jangan elak daripada berjumpa dengan pakar kulit

Dr Fayne Frey menyarankan individu yang mengalami masalah kulit berminyak atau berjerawat yang kronik supaya merujuk nasihat doktor pakar kulit.

Ubat retinoid mampu untuk mengurangkan penghasilkan minyak dan doktor pakar kulit juga boleh memberi nasihat mengenai produk yang mana paling sesuai untuk anda.

7. Jangan gunakan krim pelindung matahari dengan SPF yang rendah

Foto: cushyspa.com/Flickr

“Mereka yang memiliki kulit berminyak patut menyapu krim pelindung matahari yang berciri broad-spectrum serta mempunyai SPF 30 atau lebih, dengan banyak pada kulit mereka setiap hari,” kata Dr Fayne.

Anda juga disarankan untuk memakai sesuatu produk itu sekurangnya selama lima hari  untuk menilai keberkesanannya.

8. Jangan gunakan produk primer yang berciri hidrat

Pakar kulit Dr Debra Jaliman menasihatkan individu kulit berminyak untuk menggunakan produk primer yang memberi kesan matte.

Jangan gunakan primer yang memberi kelembapan! Jika tidak, kulit mereka akan tampak lebih berminyak

9. Jangan gunakan produk penjagaan kulit yang berminyak

Elak daripada gunakan pelembap atau bedak asas cecair yang terlalu berat. Sebaliknya gunakan losyen daripada krim, memandangkan losyen berciri lebih ringan.

Ingat, ya! Elakkan daripada melakukan sembilan perkara ini untuk memiliki kulit yang sihat!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 21 Jun 2018

Raya Sakan Dengan Beg Jenama ALDO

Jom bergaya sakan dengan koleksi tas tangan daripada jenama ALDO!

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 11 Jan 2018

Jenis Kasut Untuk Wanita Rendah

Terdapat banyak pilihan kasut di pasaran, namun tidak semua kasut sesuai untuk wanita yang memiliki saiz badan rendah. Tapi, ia bukan penghalang untuk seseorang wanita rendah itu dalam mengekspresikan fesyen serta tampil bergaya. Apa yang […]

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018
Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. Dia adalah Fyza Kadir.

Oh Lawa Mon, 9 Apr 2018

Jennifer Lopez Bakal Keluarkan Koleksi Makeup Yang Mengandungi 70 Jenis Alat Solek

Tidak kira di dalam television, atau di majlis-majlis keramaian, Jennifer Lopez pastinya sentiasa kelihatan cantik dan ayu.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Featured Fri, 15 May 2020

| Live TV