Oh Lawa By: Ad Ops December 11, 2019 @ 5:59pm

Kulit anda sensitif? Cubalah produk rangkaian terbaharu Hada Labo

Masalah kulit tidak hanya membabitkan jerawat yang berlaku kerana ketidakseimbangan hormon, tetapi ada juga yang sememangnya mempunyai kulit sensitif dan sewajarnya diambil serius.

Menurut kajian, kira-kira 50 peratus daripada populasi dunia melaporkan bahawa mereka mengalami masalah kulit sensitif dan separuh daripadanya terdiri daripada wanita.

Antara punca biasa bagi masalah ini ialah masalah genetik seperti alahan, ekzema, tekanan hidup dan pencemaran udara.

Selain itu, penggunaan kosmetik dan kelengkapan peribadi yang tidak sesuai juga antara punca yang menyebabkan kulit wajah mengalami keradangan.

Ketua Bahagian Dermatologi Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya, Dr Tan Leng Leng, berkata beliau pernah merawat pesakit yang mengalami masalah kulit kerana menggunakan produk kecantikan yang dibeli secara dalam talian.

“Pada mulanya kulit pesakit berkenaan tidak menunjukkan sebarang masalah, tetapi lama-kelamaan, dia terpaksa bergantung pada produk ini. Jika tidak dipakai, kulitnya menjadi merah, berjerawat dan pedih.”

“Keadaan itu berlaku kerana bahan kosmetik berkenaan mengandungi steroid, sejenis ramuan yang tidak sepatutnya digunakan dalam pembuatan produk kosmetik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara simptom kulit sensitif adalah kemerahan dan keradangan. Gambar hiasan/Sumber Shutterstock

Yang turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ratu Pelancongan Malaysia, Weena Marcus yang turut berkongsi pengalamannya menggunakan produk berkenaan. 

Selain itu, Dr Tan berkata, masalah kulit sensitif juga boleh timbul akibat pencucian muka yang terlalu kerap boleh menyebabkan kulit menjadi kering, sekali gus berisiko mengalami masalah kulit.

Sehubungan itu, katanya, pengguna perlu bijak membeli produk penjagaan kecantikan yang keberkesanannya sudah terbukti secara klinikal.

“Selain mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul, pengguna perlu berhati-hati ketika memilih barangan solekan atau penjagaan kulit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Jenis Ramuan Kosmetik Yang Boleh Menyebabkan Alahan Pada Kulit

Efektif dalam masa empat jam

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif dan tidak tahu produk mana yang sesuai untuk digunakan, jenama barangan penjagaan kulit dari Jepun, Hada Labo boleh membantu.

Rangkaian terbaharunya, Hada Labo+ Sensitive Hydrating merangkumi pencuci muka, losen, krim dan susu yang diperkaya dengan formula perlindungan bagi menenangkan kulit supaya bahagian dalamannya kukuh dan kembali seimbang.

Weena yang kini aktif dalam bidang peragaan, berkata sebagai seorang yang sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja, beliau mempunyai pelbagai aktiviti yang secara tidak langsung mendedahkan dirinya pada cahaya matahari dan persekitaran luar. 

“Hidup di bandar raya seperti di Kuala Lumpur menyebabkan kulit saya lebih sensitif daripada biasa berikutan pencemaran udara misalnya asap daripada kenderaan. Setelah menggunakan  Hada Labo+ Sensitive Hydrating, saya gembira kerana ia memang berkesan dalam memulihkan kulit.

“Saya juga menggemari produk ini  kerana rangkaian ini kaya dengan ramuan semula jadi dan bebas daripada wangian, pewarna dan minyak mineral sesuai untuk pengguna yang berkulit sensitif seperti saya,” katanya.

Inilah rangkaian terbaharu daripada Hada Labo. Sumber: NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria

Tiga fungsi utama produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating adalah:

  • Melindungi – Ramuan Lecithin, Squalene dan Shea Butter di dalam produk membentuk kristal cair bionik iaitu lapisan pelindung daripada pencemaran alam sekitar dan sebarang tekanan
  • Menguatkan dan merawatPhytosterols dan Ceramide membantu melicinkan, melembutkan dan merawat perintang kulit
  • Melegakan kemerahanAlpha Bisabolol dan Gingerol menenangkan dan melegakan kerengsaan pada permukaan kulit

Sama seperti produk Hada Labo yang lain, rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating juga mengandungi asid hyaluronik, sejenis ramuan yang sinonim dengan jenama terkemuka ini.

Asid ituberfungsi dengan  menyerap ke dalam kulit untuk menghidrat secara intensif dan secara tidak langsung mengembalikan kelembapannya. Kadar pH asid ini juga seimbang dan ia bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral.

Gambar rajah di bawah menunjukkan kesan penggunaan produk rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang menunjukkan sejauh mana produk berkenaan boleh membantu menghilangkan kemerahan dan menguatkan semula kulit dalam masa empat jam.

Kesan merah boleh hilang dalam masa empat jam! Sumber: Hada Labo

 

Dapatkannya di pasaran!

Jika anda mengalami masalah yang sama dengan Weena, bolehlah cuba produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang boleh didapati di cawangan Watsons Malaysia pada harga berikut:

  • Face Wash (100g) – RM29.90

  • Lotion (170ml) – RM69.90

  • Milk (90ml) – RM59.90

  • Cream (50g) – RM78.90

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

Oh Lawa Mon, 10 Dec 2018

Jejaka Korea Menang Gelaran Mr Tourism Langkawi 2018. Memang Kacak Orangnya!

Kim Min Kyu menewaskan 40 peserta dari Lubnan, Jepun, Sri Lanka, Pakistan dan Ukraine termasuk Malaysia.

Oh Lawa Mon, 23 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Selena Gomez Memakai Loket Batu Kerikil Ke Majlis Keramaian, Cuba Teka Berapa Harganya

Batu kerikil yang kita boleh jumpa di tepi jalan pun boleh dijadikan loket?

Oh Lawa Mon, 29 Apr 2019

Penampilan Neelofa semasa di Milan Fashion Show ini berharga RM14,109.07! Anda sanggup?

Dia memang berani dalam memperagakan sesebuah gaya yang berbeza.

Featured Tue, 14 Apr 2020
Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

5 Fashion Trends That You Can Expect To See Shaping Up In 2019

It’s never too early to learn about what’s cool.

Oh Lawa Wed, 31 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

MARA bantu usahawan fesyen ALIKE 2020

Semua pereka berbakat, miliki idea hebat!