Oh Lawa By: tex_admin April 27, 2018 @ 3:00pm

Bukan Sekadar Sedap, Strawberi Juga Manfaat Untuk Cantik & Sihat

Anda mesti suka makan buah strawberi kan? Bukan sahaja sedap tapi buah ini juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Nak tahu antara khasiat strawberi ini? Nah! Penulis senaraikan:

1. Membantu menurunkan kadar kolestrol.

2. Mengandungi zat anti alergi dan anti radang.

3. Kandungan gula yang sedikit sangat sesuai untuk dijadikan bahan diet bagi penghidap diabetes.

4. Air rebusan daun strawberi berkesan untuk menjaga kesihatan mulut.

5. Jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman juga berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.

6. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi dan mampu melindungi badan daripada penyakit barah.

7. Masker strawberi dapat melambatkan proses penuaan, melindungi sel tubuh daripada kanser dan menyihatkan kulit.

Banyak kan khasiat strawberi ini? Kalau anda nak tahu, buah ini bukan sahaja bagus untuk dimakan, tapi boleh mencantikan kulit kita ya! Mungkin bagi anda yang nak tambahkan lagi kecantikan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki itu, penulis sarankan anda perlu mencuba tip cantik menggunakan buah strawberi ini.

1. Masker rambut

Foto: Banjarnegara Jawa Tengah

Strawberi juga boleh dijadikan sebagai masker untuk rambut! Sangat mudah nak buat, anda perlu melumatkan buah strawberi dengan mayonis menggunakan garpu sehingga hancur dan sebati. Cuci bersih terlebih dahulu rambut anda, dan sapukan masker tersebut pada selurih rambut anda. 

Kemudian, tutup rambut dengan shower cap, dan lapikkan dengan tuala hangat di atasnya. Kalau anda nak tahu, haba panas daripada tuala tersebut akan menudahkan ramuan masker menyerap dan menembusi rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas rambut anda sehingga bersih dengan syampu dan perapi.

2. Lulur strawberi

Wah! Strawberi juga boleh dijadikan sebagai lulur badan, bestnya! Sebenarnya, buah ini amat berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati. Anda boleh luangkan masa mandi anda dengan berendam di dalam air yang dicampurkan dengan hirisan strawberi, campuran susu dan minyak zaitun. Gosokkan pada seluruh badan. Jika anda amalkan selalu, kulit akan menjadi lebih halus dan tidak kusam. 

3. Masker wajah

Foto: Pusatkosmetik

Kalau anda nak kulit wajah lebih gebu dan cantik, anda boleh mencuba masker strawberi ini. Mudah sahaja iaitu dengan mengambil beberapa biji buah strawberi dan basuh bersih. Kemudian, kisar sehingga lumat. Seterusnya, anda boleh sapukan pada seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam. 

Kalau anda nak dapatkan kesan yang lebih menakjubkan, anda boleh menambahkan sedikit putih telur, satu senduk air mawar dan beberapa titis minyak ke dalam masker strawberi tersebut. Amalkan penggunaan masker ini dua kali seminggu. Pasti anda akan puas hati! Selamat mencuba!

Sumber: Intrend

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018

Nak Cantik Macam Selebriti? Jom Ke FABUlash!

Penyambungan bulu mata menyerlah kecantikan wanita hanya dengan sentuhan yang minimal.

Oh Lawa Wed, 14 Nov 2018

Variasi Penggunaan Bedak Bayi, No. 4 Bikin Rambutmu Kelihatan Segar Sepanjang Hari

Bedak bayi bukan sekadar digunakan pada badan, malah boleh dipelbagai guna.

Oh Lawa Sun, 27 May 2018

Berikan Nafas Baru Kepada Baju Raya Lama Anda Supaya Nampak Baru

Jangan buang baju lama anda! Mereka boleh digunakan lagi jika anda tahu cara-cara untuk memperbaharuinya.

Featured Thu, 7 May 2020
Oh Lawa Thu, 10 Oct 2019

Berapa kerap perlu anda potong rambut? Ini jawapan pakar

Jika tak potong langsung, rambut bercabang boleh jadi lebih teruk.

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Jom tampil ayu seperti Mira Filzah!

Featured Thu, 23 Apr 2020

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Potongan sesuai untuk semua acara

Featured Thu, 19 Mar 2020