Oh Lawa By: Bibi Ramli February 21, 2018 @ 3:35pm

Kulit Tumit Anda Selalu Kering Dan Merekah? Cuba Teknik Rendaman Kaki Ini, Mudah Je!

Leceh betulkan kalau kulit tumit kering? Yelah, orang lain bukannya nampak bahagian kaki kita itu, tapi yang tak syoknya kita akan rasa sakit dan tak selesa!

www.bioped.com

Untuk kekalkan kelembapan, kaki manusia sebenarnya bergantung kepada peluh tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan kaki anda kering. Antaranya diabetes, jangkitan bakteria, kekurangan vitamin serta masalah tiroid.

Sekarang ini ada banyak produk di pasaran yang boleh melembapkan kulit kaki tapi sebagai pengguna anda kena tengok dulu senarai bahan kandungannya. Kalau bahan utama ialah air, maknanya produk tersebut tak sebagus yang dipromosikan kerana air akan keringkan lagi kulit anda.

Tak apa, daripada beli mana-mana produk itu, anda juga boleh try teknik rendaman kaki. Macam pergi spa! Bahan-bahannya pun senang je nak cari.

Ni ada 4 “resipi” yang anda boleh try:

  • 7.5 liter air suam + 1 cawan cuka putih
  • 3.8 liter air suam + setengah cawan baking soda (kacau hingga larut)
  • 3.8 – 7.5 liter air suam + beberapa titik tea tree oil (teknik ini mujarab untuk membasmi bakteria atau fungus)
  • 3.8 – 7.5 liter air suam + 2 atau 3 sudu besar jus lemon

www.wikihow.com

Rendamkan kaki anda selama 30 ke 45 minit. Perlahan-lahan, kulit kering di kaki anda tercabut, membolehkan kulit baru dan sihat untuk tumbuh.

Apabila dah cukup masa, bilas dan keringkan kaki sebelum memakai pelembap kulit dan stokin.

Untuk hasil yang lebih baik, ulang teknik ini sekali seminggu.

Bonus!

Kalau anda rasa teknik rendam-rendam ni leceh dan nak juga pakai lotion, no problem! Tapi daripada beli produk di pasaran, cuba sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa ke kulit.

Kalau nak wangi, letakkan sekali essential oil favourite anda. Bukan minyak wangi tau! Kebanyakan minyak wangi mengandungi ramuan tambahan yang tak bagus untuk kulit.

Satu ramuan yang disyorkan ialah satu sudu besar minyak zaitun dan beberapa titis jus lemon. Campurkan dan sapukan pada kulit kaki. Kemudian pakai stokin cotton bersih supaya kaki anda dapat bernafas.

Selamat mencuba!

Sumber: positivemed.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Featured Thu, 5 Sep 2019
Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

4 Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Sesuai Dengan Kulit Anda

Tidak semua produk kecantikan yang anda ingin gunakan atau sudah digunakan itu bagus untuk kulit wajah anda.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

Video Tutorial Makeup Rihanna Menggunakan Produk Fenty Beauty, Jom Tengok!

Dalam video menarik ini, dia ajar macam mana nak pakai highlighter.

Oh Lawa Tue, 5 Feb 2019

Etika pemakaian denim di pejabat yang perlu anda tahu

Elak denim berwarna luntur atau koyak! 

Oh Lawa Fri, 31 May 2019

10 panduan supaya solekan Hari Raya anda tahan lebih lama

Insya-Allah solekan anda akan berkekalan.

Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

| Live TV