Oh Lawa By: Yanie Baharom March 16, 2019 @ 10:00am

Lega dan mengasyikkan, urutan batu panas bantu turunkan berat badan

Siapa pernah cuba urutan batu panas? Memang melegakan, lebih-lebih lagi selepas menjalani rawatan tuam dan urutan selama satu jam.

Sebenarnya anda tidak perlu ke spa untuk mendapatkan urutan batu panas ini. Buat sendiri di rumah, asalkan anda tahu caranya.

Jurulatih di World SPA Theraphy & Consultancy, Sarifa Redzuan, berkongsi cara membuat terapi urutan batu panas itu dan manfaatnya bagi melegakan badan yang kepenatan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membeli batu sungai berwarna hitam. Tidak perlu mencarinya di lokasi air terjun, kerana anda boleh membeli batu itu di kedai yang menjual pokok. 

Pastikan anda memilih batu bersaiz agak besar dan leper supaya senang untuk diletakkan di atas badan. Selepas itu, susun 10 biji bersaiz besar pada bahagian belakang badan, manakala 10 lagi bersaiz kecil diselit pada celah kaki. 

 

Langkah-langkah terapi batu panas di rumah:

1. Langkah Pertama

Foto: freepik

Panaskan batu di dalam periuk berisikan air. Jangan guna periuk ini untuk masak makanan, sebaiknya beli periuk khas untuk tujuan terapi ini saja.

2. Langkah Kedua

Pastikan pasangan meniarap dengan selesa dan lapikkan tuala di atas badan pasangan.

3. Langkah Ketiga

Foto: High Canyon Adventures

Angkat batu dalam periuk dengan penyepit dan susun batu di atas badan pasangan di antara tulang belakang (rujuk gambar batu disusun ). Susun pada bahagian kaki. Biarkan 10 minit.

 

Foto: tripadvisor

4. Langkah Keempat

Angkat kesemua batu dan buka tuala serta susun kembali batu tadi di atas badan pasangan. Maksudnya batu secara terus diletakkan pada permukaan kulit (rujuk gambar batu disusun) Biarkan selama 10 hingga 15 minit.

5. Langkah Kelima

Foto: Massage & Fitness Idaho Falls

Selepas 15 minit, angkat semua batu dan sapukan badan dengan minyak zaitun yang dipanaskan dengan burner (Boleh dibeli di Hinode shop pada harga RM6). Kemudian urut perlahan-lahan menggunakan tapak tangan.

Kombinasi urutan tangan dengan batu panas mampu melegakan otot yang tegang dan memberi kepuasan yang maksimun. (rujuk rajah urutan back rubs). Ulang beberapa kali.

 

Urutan batu panas ini sekiranya kerap dilakukan dengan menggunakan teknik yang betul, dipercayai dapat membantu anda menurunkan berat badan secara mudah. 

Manfaat lain, haba yang dipindahkan dari batu ke badan membuatkan bahu yang ketat tadinya menjadi kendur dan sangat selesa.

Selamat mencuba dan menyayangi dirimu!

 

Sumber: Mingguan Wanita

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Bibir anda gelap? Ketahui puncanya

Dapatkan kembali bibir yang cerah!

Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Strawberi Mampu Buatkan Anda Cantik Dan Sihat!

Strawberi bukan sahaja sedap malah bermanfaat untuk kecantikan anda!

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Pakaian Dalam Serlah Bentuk Badan

Walaupun tidak kelihatan di pandangan mata kasar, pemilihan pakaian dalam yang tepat hakikatnya amat penting. Memakai coli yang tepat adalah langkah pertama untuk tampil fabulous . Ini saranan Pakar Pakaian Dalam, Tomima Edmark mengenai cara […]

Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

11 Of The Weirdest Fashion Moments Of 2018

You couldn’t have predicted most of these fashion trends.

Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018
Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
Oh Lawa Thu, 23 May 2019
Oh Lawa Mon, 1 Oct 2018

Huda Beauty Akan Lancarkan Produk Terbaru Yang Dikatakan Menampilkan Formula Luar Biasa!

Baca artikel ini untuk ketahui info tentang produk terbaru Huda Beauty.

Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Gadis ini tiru gaya Neelofa dengan helaian bundle sepenuhnya!

Berbelanja secara bajet pun boleh kelihatan seperti Neelofa.