Oleh: Syarifah Fatin Anisa
Sut direka untuk lelaki sejak puluhan tahun yang lalu, namun wanita mula berani menggayakannya setelah semangat memperkasakan wanita muncul dalam masyarakat sejak 1960-an.
Sejak itu, ia telah menjadi pakaian yang penting dalam menunjukkan imej bagi wanita bekerjaya.
Selebriti wanita tempatan juga tidak ketinggalan tampil menggayakan sut dalam majlis ternama tanah air.
Dengan sut yang berlainan jenis, mereka bijak memadankan pakaian tersebut dengan variasi corak tudung.
Berikut adalah gaya pemakaian sut oleh selebriti wanita tanah air.
1. Neelofa
Neelofa sememangnya ikon fesyen negara. Lihat sahaja pemilihan sut yang dipakai. Dia tidak kekok menggayakan sut yang berlainan corak. Ia memberikan sentuhan edgy kepada penampilan Neelofa.
Bagi sut yang bercorak kotak-kotak yang dipadankan bersama tudung merah jambu terang diselitkan juga kaca mata besar memberikan sentuhan nerdy, tapi pada masa sama, Neelofa tetap kelihatan bergaya.
Sut kosong berwarna biru muda pula membuatkan beliau kelihatan ayu dalam usaha menunjukkan sisi beraninya. Ia bersesuaian dengan imej korporat yang ingin ditonjolkan.

Foto: Instagram Neelofa

Foto: Instagram Neelofa

Foto: Instagram Neelofa
2. Mira Filzah
Pemakaian sut menampakkan sisi yang berlainan terhadap wajah ayu dimiliki pelakon wanita kesayangan ramai ini.Walaupun tidak ‘seberani’ Neelofa dalam menggayakan sut, dia tetap kelihatan cantik.

Instagram Mira Filzah

Foto: Instagram Mira Filzah

Foto: Instagram Mira Filzah
3. Sherry Ibrahim
Meskipun jarang dilihat di kaca televisyen, tetapi Sherry tetap menjaga penampilannya memandangkan statusnya sebagai ahli perniagaan.
Oleh itu, setiap pakaian yang dikenakan haruslah menarik perhatian dan memberikan aura wanita bekerjaya kepada pihak pelanggan.
Lihat saja penampilan Sherry ini!

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

Foto: Instagram Sherry Ibrahim
4. Bella Dally
Fesyen dan gayanya sering diikuti ramai sementelah dia bijak menyelaras pakaian dengan imej bertudungnya.

Foto: Instagram Bella Dally

Foto: Instagram Bella Dally

Foto: Instagram Bella Dally
5. Elfira Loy
Gadis kecil molek ini juga tidak ketinggalan dalam menggayakan sut.

Foto: Instagram Elfira Loy

Foto: Instagram Elfira Loy

Foto: Instagram Elfira Loy
Bagaimana? Sudah terinspirasi untuk mengenakan sut ke pejabat atau mana-mana majlis? Anda hanya perlu yakin dalam menggayakannya!