Oh Lawa By: Ad Ops July 3, 2018 @ 6:00pm

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan Muka. Jimat, Tak Perlu Kos Tinggi

Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, malah juga untuk kecantikan. Selain merupakan sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi dan bagus untuk merawat pelbagai masalah.

Kaya dengan vitamin A, C, E dan K, betik juga mempunyai ciri-ciri antioksida. Jom semak apa kebaikan buah yang digelar ‘The Fruit of the Angels’ ini untuk kecantikan wanita.

Foto: Humid Garden

1. Mencerahkan kulit muka

Mengandungi ciri-ciri pemutihan yang semula jadi, betik mampu mencerahkan kulit muka. Vitamin C yang terkandung di dalamnya juga membantu melindungi sel-sel kulit daripada sinaran matahari.

Foto: News Medical

2. Menghidrat kulit

Betik juga kaya dengan kandungan air yang membantu mengekalkan kulit yang lembut, licin dan lembap.

3. Mengurangkan jerawat dan jeragat

Enzim papain yang terkandung dalam betik mempunyai sifat-sifat pembersihan kulit yang membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat sekaligus membantu mencegah jerawat dan jeragat. Kesan pengelupasan pada betik juga membantu membuang sel-sel kulit mati untuk menghalang liang daripada tersumbat.

Foto: Livestrong.com

4. Menghilangkan tanda-tanda penuaan

Vitamin A dalam betik mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengekalkan kulit yang lembut dan gebu. Asid alfa hidroksil yang terkandung dalam betik juga membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedut dan garis-garis halus. Bukan itu sahaja, Vitamin C dan E dalam betik juga membantu meremajakan kulit anda untuk kelihatan lebih muda.

Selain itu, betik juga bagus untuk merawat bintik hitam di muka, memperbaiki kulit serta meratakan ton warna kulit. Jadi, apa tunggu lagi, jom makan betik untuk cantik!

Sumber: Cun.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018
Featured Fri, 27 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 12 Oct 2018
Featured Tue, 12 May 2020
Oh Lawa Thu, 10 Oct 2019

Berapa kerap perlu anda potong rambut? Ini jawapan pakar

Jika tak potong langsung, rambut bercabang boleh jadi lebih teruk.

Featured Tue, 20 Feb 2018

20 Foto Evolusi Fesyen Rihanna Dari 2005 Hingga Kini, Memang ‘Wow’!

Sejak muncul dengan lagunya Pon de Replay pada tahun 2005, Rihanna telah melakar namanya di arena seni bukan saja dengan lagu-lagu yang meletup, suara yang mantap, stage presence yang ikonik malah dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya […]

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Dihiasi dengan selendang batik dan aksesori bermotif tradisional

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Ceritakan kisah hidup anda menerusi ‘charm’ mini daripada koleksi Pandora Me

Serlahkan identiti mengikut pilihan micro-charm yang anda suka.

Oh Lawa Thu, 26 Sep 2019

Butik pop-up Fred Perry dibuka di RexKL

Sasar pelancong asing di Petaling Street