Oh Lawa By: Shaidah Shafie July 15, 2019 @ 4:30pm

MARA bantu usahawan fesyen ALIKE 2020

Pertunjukan Fesyen Musim Bunga/Panas 2020 ALIKE anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) jelas memperlihatkan kesungguhan agensi berkenaan dalam mengetengahkan pereka fesyen tempatan ke satu tahap yang lebih menjanjikan dalam dunia fesyen tanah air dan antarabangsa.

Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, Raja Sarimah Raja Jamaluddin, berkata projek Amali Latihan Keusahawan (ALIKE) diadakan bagi mendedahkan pereka fesyen baharu yang menyertai program Pembangunan Usahawan Fesyen, MARA in Fashion (MIF) untuk menceburi bidang keusahawanan secara lebih meluas.

“ALIKE ialah program untuk pereka dan peruncit fesyen anjuran MARA di bawah projek MIF yang mendedahkan peserta mengenai pelbagai ilmu berkaitan industri fesyen dan juga keusahawanan supaya mereka dapat membangunkan perniagaan yang lebih mapan.

“Sepanjang program ini, 10 pereka terpilih ini ditempatkan di MARA Wilayah Persekutuan selama enam bulan dan berpeluang mengikuti bengkel bersama-sama beberapa mentor bagi membolehkan mereka pergi lebih jauh dalam industri ini,” katanya  ketika ditemui pada acara berkenaan yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini. 

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman dan beberapa pengarang majalah serta portal yang membuat penilaian bagi projek akhir peserta program.

Koleksi Wan & Mary antara rekaan yang mencuri perhatian juri dan penonton pada pertunjukkan fesyen Alike Spring Summer 2020 di Istana Budaya. -NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Pada majlis itu, setiap peserta ALIKE mempersembahkan lima rekaan berdasarkan konsep sedia untuk dipakai atau Ready to Wear (RTW) dengan tema rekaan fesyen untuk musim bunga/panas 2020 sebagai penilaian akhir sebelum mereka menamatkan kursus terbabit.

Pertunjukan fesyen itu diharap bukan saja dapat mengetengahkan jenama yang dibina dalam industri, tetapi juga menjual idea dan rekaan setiap peserta kepada peruncit yang sentiasa mencari rekaan baharu.

Raja Sarimah berkata, bagi memastikan peserta mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dalam industri berkenaan, peserta turut dibawa bertemu dengan pihak industri supaya dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, membentuk imej dan penjenamaan, selain melonjakkan keupayaan serta jati diri mereka.

“Pendedahan ilmu fesyen sahaja tidak mencukupi, jadi dalam tempoh enam bulan latihan itu, kami mengadakan kerjasama dengan Livin Loka Malaysia yang mengatur aktiviti membabitkan pertemuan usahawan ini dengan individu dalam industri.

“Mereka perlu berani untuk ‘bercakap’ di khalayak dan sebab itulah kami membuat lawatan ke beberapa agensi media serta mendedahkan mereka dengan pelbagai perbincangan berkaitan fesyen selain mempelajari cara memasarkan rekaan melalui dalam talian,” katanya.

Sementara itu, antara pereka fesyen yang ditemui, Siti Fairus Zainuddin Syah yang menggunakan label Fyrose Kuala Lumpur, berkata bagi penilaian akhir itu beliau mengangkat tema ‘laut’ sebagai asas rekaannya bersesuaian dengan tema musim bunga/panas 2020.

Siti Fairus Zainuddin Shah (tengah) pada pertunjukkan fesyen Musim Bunga/Panas ALIKE 2020  di Istana Budaya. FOTO: NSTP/Nurul Syazana Rose Razman.

“Saya memilih warna Aqua dan Tiffany untuk rekaan Musim Bunga/Panas ALIKE 2020 ini menerusi keindahan jatuhan linen dan kapas pada setiap rekaan yang saya hasilkan.

“Aisyah Sinclair dipilih untuk figura rekaan saya kerana dia seorang yang ceria dan mudah dibawa berbincang,  personaliti dimilikinya serasi dengan warna, potongan selain fabrik yang saya pilih untuk menghasilkan koleksi ini,” katanya.

Mohd Muhaimin Edrus (Emin Madrosa) pula yang menghasilkan pakaian lelaki (kot dan jaket) memilih motif kapal sebagai simbolik ‘perjalanannya’ dalam dunia fesyen yang diceburi.

Mohd Muhaimin Idrus (tiga dari kiri) bersama-sama model yang menggayakan rekaannya pada Pertunjukkan Fesyen Musim Bunga/Panas Alike Spring Summer 2020 di Istana Budaya. FOTO: NSTP/Nurul Syazana Rose RAZMAN

“Motif kapal dipilih sebagai kesinambungan kerjaya saya dan rekaan ini saya hasilkan dengan menyasarkan golongan muda, sebab itulah warnanya pun menjurus kepada warna orang muda.

“Dalam rekaan ini, saya memilih fabrik jersi kerana ia lembut dan sejuk, memberi keselesaan kepada pemakai walaupun ia direka dalam potongan jaket atau kot,” katanya.

Datuk Syafinaz Selamat, figura kepada pereka Nurul Syuhada Mastari pada Pertunjukkan Fesyen Musim Bunga/Panas ALIKE  2020 di Istana Budaya. FOTO: NSTP/Nurul Syazana Rose Razman.

Selain Fyrose KL dan Emin Madrosa, lapan lagi pereka yang mempamerkan rekaan masing-masing ialah Mohd Hazeerwan Mohd Hazzlee dan Siti Mariam Musa (Wan & Mary), Hazizul Abdul Aziz ( Hazizul Aziz), Siti Zayanah Mohammad Yazed (Zayana Yazed Creations), Azura Shaawi (Ummiriaz International), Nurul Syuhada Masrani (Syuhada Masrani), Helmi Hamdan (Helhams), Mohd Salleh Abd Hamid (Salleh Hamid) dan duo Khairul Amar Ahmad Shafie dan Mohd Yazid Mohd Jamil (Amaze).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 19 Sep 2018

2 Jenama Produk Kecantikan & Kesihatan Ratusan Ribu Yang Menjadi Pilihan Golongan Elit

Pasti anda tertanya-tanya, agaknya apakah jenis produk yang mahal ‘gila’ itu kan?

Oh Lawa Thu, 5 Jul 2018

Jangan Main Pakai Sahaja, Ikuti Kaedah Memakai Lip Matte Dengan Cara Yang Betul

Kalau nak tahan lama, ikuti teknik memakai lip matte ini.

Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Mon, 16 Mar 2020

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Aksesori Kristal Swarovski untuk lelaki juga ada!

Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Oh Lawa Tue, 13 Nov 2018

6 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat Sehingga Hujung Rambut Bercabang

Salah satu kesilapannya adalah menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap.

Featured Fri, 26 Apr 2019
Featured Fri, 23 Feb 2018

Lipstick Anda Patah Dua? Ini Cara Mudah Untuk ‘Cantumkan’ Semula Guna Lighter

Nak pilih lipstick yang perfect punyalah susah! Jadi kalau ia patah, mesti anda akan fikir dua tiga kali untuk buang atau simpan; lebih-lebih lagi kalau anda telah mengeluarkan wang yang banyak untuknya.

Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Ini Cara Betul Pakai Shawl Bersama Subang. Barulah Stailo!

Tidak kiralah tudung bawal ataupun shawl, kedua-dua jenis tudung ini memang cantik dipadankan dengan subang.