Oh Lawa By: tex_admin May 16, 2019 @ 6:17pm

Masih tercari-cari baju raya yang sesuai? Ikuti panduan pereka fesyen untuk kekal menawan ketika cuaca panas di desa

Beraya di kampung adalah suatu kemestian apabila tiba bulan Syawal. Pada waktu inilah kebanyakan wanita akan tampil melaram dengan persalinan yang indah dan menarik.

Begitupun, cuaca yang panas kadangkala membantutkan semangat untuk berhari raya.

Dalam hal ini, pemilihan busana memainkan peranan yang penting dalam memastikan hari raya tidak terganggu dek cuaca panas yang membahang di kampung.

Pereka fesyen tempatan, Wan Huzaidi Wan Hussein, berkata pemilihan fabrik yang bersesuaian dengan cuaca panas seperti di Malaysia amat penting bagi memastikan keselesaan si pemakai sepanjang berkunjung ke rumah sanak-saudara.

“Pemilihan bahan adalah aspek yang paling penting dalam pemakaian seseorang terutamanya ketika sambutan hari raya di desa. Walaupun tampak cantik, tetapi tidak selesa digayakan boleh menjejaskan sambutan hari raya anda.

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

“Oleh itu, keselesaan adalah kunci utama ketika berhari raya. Jangan tampak cantik bergaya, tetapi anda rasa kurang selesa sepanjang hari,” katanya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau menekankan aspek keselesaan dan keunikan rekaan busana itu sendiri. 

Semua persalinan yang dipaparkan adalah daripada koleksi yang direka dan dijahit oleh Wan Huzaidi sendiri yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang fesyen! 

Tidak lokek dalam berkongsi ilmu dalam pemilihan baju yang menarik , beliau sempat memberikan panduan yang berguna untuk anda rujuk ketika membeli-belah baju raya nanti. 

Warna

Warna memainkan peranan yang penting. Rona yang gelap seperti hitam dan biru gelap merupakan warna penyerap haba.

Ini menyebabkan anda akan mudah berpeluh dan tidak selesa ketika beraya nanti.

Begitupun, bagi yang berbadan gempal, warna hitam adalah teman sejati anda jika ingin kelihatan sedikit langsing daripada biasa.

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Kain alas

Baju yang jarang kadangkala memerlukan kain alas atau lining. Meskipun ia penting, tetapi kadangkala ia agak merimaskan terutamanya ketika cuaca yang panas.

Untuk mengelakkan rasa panas yang membahang, gunakan kain alas daripada bahan aritachi.

Bahan ini adalah amat bagus untuk dijadikan sebagai kain alas kerana teksturnya yang lembut, sejuk dan menyerap peluh.

Kain renda

Kebanyakan fesyen baju raya pada tahun ini banyak mengetengahkan konsep lace atau kain renda yang unik.

Begitupun, sukar untuk mencari kain renda yang selesa untuk dipakai, bukan?

Apa kata anda cuba bahan jenis fresh lace kerana harganya agak mahal, tetapi kualitinya sangat bersesuaian untuk dijadikan sebagai kain renda.

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Ukur baju di badan sendiri

Ini adalah yang paling penting!

Cari busana yang bertepatan dengan selera dan bajet anda. Jangan hanya mengikut aliran fesyen terkini semata-mata. Beri ruang kepada tubuh anda untuk bernafas dengan mencari persalinan yang tidak terlalu ketat, tetapi masih mampu mempersonakan mata yang memandang.

Maklumlah, waktu hari raya nanti, pasti anda akan menjamu pelbagai juadah yang enak-enak bukan?

Pastikan anda tidak terlalu memikirkan pandangan orang dan bergaya mengikut keselesaan!

Selamat membeli-belah!

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi dari Wan Huzaidi, hubungi beliau di talian 013-9380713. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

MARA bantu usahawan fesyen ALIKE 2020

Semua pereka berbakat, miliki idea hebat!

Oh Lawa Mon, 29 Apr 2019

Penampilan Neelofa semasa di Milan Fashion Show ini berharga RM14,109.07! Anda sanggup?

Dia memang berani dalam memperagakan sesebuah gaya yang berbeza.

Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

Oh Lawa Tue, 26 Jun 2018

11 Gaya Ikatan Tudung Yang Boleh Di Gayakan Pada Hari Bahagia Anda

11 gaya ikatan tudung ini pastinya menjadikan anda kelihatan luar biasa pada hari bahagia.

Oh Lawa Tue, 25 Sep 2018

Nak Tahu Kenapa Anda Mudah Tertarik Pada Satu-Satu Bentuk Cincin Perkahwinan? Ini Jawapannya

Wahai bakal suami, pastikan cincin buat bakal isteri kamu menepati personalitinya. Pasti si dia suka!

Featured Sun, 4 Aug 2019

Tip bergaya buat mereka yang ‘plus size,’ memang cun habis!

Tiada lagi alasan untuk tidak cantik selepas ini

Featured Wed, 10 Jan 2018

1st Date: Apa Perlu Pakai

Temu janji pertama merupakan satu perkara yang sangat mengujakan bagi setiap wanita. Namun, pada masa sama mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak tahu apa yang hendak dipakai sewaktu pertemuan pertama dengan si dia. First impression memainkan […]

Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

Tip Untuk Hilangkan Jerawat ‘Komedo’ Di Bahagian Bawah Bibir

Jenis jerawat ini sukar untuk dihilangkan!

Oh Lawa Fri, 17 Aug 2018

Azhar Zainal Pecah Tembok Diskriminasi Fesyen Untuk Golongan Plus Size

Fashion for all satu statement yang jelas membuktikan bahawa tiada limitasi saiz tubuh dalam berfesyen dan tidak seharusnya wujud diskriminasi terhadap golongan plus size.

Featured Mon, 23 Mar 2020