Oh Lawa By: Ad Ops January 16, 2018 @ 10:30am

Mengapa Pakai Tudung Jenama Tiruan Tak Cool

Kebanjiran tudung tiruan berjenama premium contohnya seperti dUCK scarf seakan sesuatu yang boleh diterima. Walhal, gejala ini amatlah tidak cool langsung! Ini kenapa tudung berjenama tiruan tidak boleh diterima atau layak digayakan:

1) If you can’t afford one, just don’t

Memang nampak cantik sekali melihat Instafamous melaram dengan tudung koleksi baru edisi terhad. Namun, jika anda tidak mampu memilikinya kerana merasakan ianya terlalu mahal, maka anda bukan sasaran pembelinya, tidak berjenama tidak semestinya anda tidak boleh bergaya, ingat tu.

2) Hanya jauhari yang mengenal manikam

Walaupun boleh dikatakan 90% sama dengan yang asli, pembeli barangan yang asli akan ada mata yang teliti untuk melihat mana yang asli, mana yang tidak. Misalnya, sesetengah tudung mempunyai jahitan tanda dagang sendiri selain logo dengan material sukar ditiru.

3) Mencuri hasil kerja orang lain

Walaupun anda membeli dengan duit yang halal, namun pembuatan tudung berkenaan yang menciplak hasil titik peluh dan ilham pereka, adalah sesuatu yang tidak wajar. Bayangkan anda bertungkus-lumus mereka pakaian untuk dijual, tiba-tiba ada yang meniru atas tiket ‘inspired’ dan mengaut keuntungan atas angin, mampukah anda kekal tenang?

4) Kualiti tak setanding asli

Sudah namanya tiruan, sudah pastinya kualiti tak mampu menandingi mutu asli. Anda mungkin boleh berjimat daripada segi harga, namun untuk jangka masa panjang, hampir pasti pembelian ini tidak akan bertahan lama. Biar alah membeli, menang memakai!

5) Mangsa fesyen

Tanpa anda sedar, membeli tudung palsu berjenama, memungkinkan anda jatuh kategori mangsa fesyen. Iyalah, seolahnya menyimpulkan hanya jenama itu yang penting, sedangkan dengan penggayaan tepat, tudung RM10 pun mampu terlihat cantik dan mahal.

Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Mar 2020

Dolce & Gabbana lancar himpunan abaya untuk Muslimah

Rekaan jenama antarabangsa dipuji!

Featured Thu, 5 Sep 2019
Featured Sun, 3 Feb 2019
Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019
Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

5 Kasut Tumit Tinggi Termahal Di Dunia, No. 1 Boleh Dapat 30 Buah Rumah Mewah!

Hijab & Heels ingin kongsi kepada anda senarai 5 kasut tumit tinggi wanita termahal di dunia di mana semuanya bernilai jutaan ringgit. 

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019
Oh Lawa Tue, 5 Mar 2019
Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

4 bahan bahaya dalam kosmetik

Kalau nak kulit sempurna, berhati-hati beli produk kecantikan!