Oh Lawa By: Ad Ops March 12, 2020 @ 9:00am

Miliki kulit cantik dan licin dengan kos yang murah, guna air basuhan beras saja

Beras mempunyai banyak khasiat yang tersendiri antaranya kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin D, riboflavin, niasin, kalsium, zat besi, fiber serta tiamina.

khasiat air basuhan beras

Kredit gambar: GST Station

Jika anda membasuh beras, jangan buang airnya kerana air basuhan beras mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kecantikan wajah.

Selain menjimatkan, air basuhan beras juga mampu membuatkan kulit wajah licin, segar dan cerah. Berikut merupakan kebaikan air basuhan beras yang ramai tidak tahu.

1. Air basuhan beras boleh dijadikan sebagai penyegar muka. Rendam kapas di dalam bekas air basuhan beras dan lapkan pada kulit muka.

manfaat air basuhan beras

Kredit gambar: Merdeka.com

Air basuhan beras mampu menghilangkan kotoran dan sebum berlebihan yang terdapat pada kulit muka. Amalkan rutin ini untuk mendapatkan kulit yang bersih, lembut dan segar.

2. Air basuhan beras juga boleh dijadikan sebagai pupur muka. Ambil kapas muka atau kain nipis yang sesuai dan rendam dalam bekas air basuhan beras selama 10 minit. Letakkan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kulit terasa lebih segar dan anda tidak perlu lagi menghabiskan wang untuk membeli topeng muka yang dijual di pasaran.

3. Gunakan air basuhan beras untuk membilas muka setiap kali selepas anda menggunakan pencuci wajah. Jika kulit anda sensitif dengan produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia, air basuhan beras adalah pengganti pencuci muka yang semula jadi dan selamat digunakan.

khasiat air beras

Kredit gambar: Dailyhunt

Jadikan amalan mencuci muka dengan air basuhan beras sebagai rutin untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah.

4. Air basuhan beras bagus untuk mengecilkan liang pori. Rendam kapas dalam bekas air basuhan beras, lap dan urut muka secara perlahan-lahan setiap pagi serta malam. Ia juga dapat mengurangkan lebihan minyak di muka.

khasiat air beras untuk kecantikan

Kredit gambar: Siakap Keli News

5. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan alah kepada produk bahan kimia, boleh menggunakan air basuhan beras untuk menghilangkan jerawat dan jeragat secara alami.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 23 Jun 2018

Satu-Satunya Kecacatan Yang Semua Orang Mahu, Tentulah Lesung Pipit!

Namun, ternyata ia satu kecacatan ciptaan Tuhan yang indah, kerana ia dianggap sebagai penambah seri dan pemanis wajah tidak kira buat si lelaki ataupun perempuan.

Oh Lawa Wed, 6 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 14 Aug 2018
Featured Tue, 27 Aug 2019
Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian. Tips asas untuk mereka […]

Oh Lawa Mon, 15 Apr 2019
Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Wed, 17 Oct 2018

5 Tip Pemilihan Fabrik Busana Perkahwinan Ikut Bentuk Badan. Barulah Selesa!

Kalau silap pilih fabrik boleh buat anda rasa tak selesa atas pelamin!

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018