Oh Lawa By: Yanie Baharom December 19, 2018 @ 3:00pm

Nak Cantik Macam Selebriti? Jom Ke FABUlash!

Wanita dan kecantikan, satu topik yang tak akan pernah ada habisnya.

Saban tahun, ada saja penemuan baru, teknologi dan rawatan terkini yang mendorong pada perkembangan pesat industri kecantikan di negara ini.

Bagi wanita yang terlalu obses untuk kelihatan cantik, mereka sanggup menderita bagi mencapai matlamat itu.

Manakala kelompok yang menghargai kecantikan asli, sudah memadai dengan pengambilan makanan tambahan termasuk penjagaan luaran saja.

Salah satu rawatan yang tidak menyakitkan namun memberi impak luar biasa kepada wajah seseorang adalah penggunaan bulu mata extension atau eyelash extensions yang cukup popular sejak kebelakangan ini.

Foto: Nik Ahmad Fahmi

Foto: Nik Ahmad Fahmi

Bercakap mengenai rawatan ini, nama FABUlash cukup sinonim dengannya selain menjadi pilihan ramai wanita terutamanya di kalangan selebriti wanita tempatan. Sebagaimana dapat dilihat menerusi akaun Instagram @fabulash.my.

Antara selebriti tempatan popular yang merupakan pelanggan tetap FABUlash adalah penyanyi Nabila Razali, Zara Zya, Datin Nina Juren, Noryn Aziz, Bella Astillah, Shila Amzah, Nina Iskandar, Ernie Zakri, Tiz Zaqyah dan ramai lagi termasuk influencer media sosial terkenal. 

Foto: Nik Ahmad Fahmi (dari kiri: Tracy, Nabila Razali dan Pink)

“Salah satu faktor mengapa FABUlash menjadi pilihan ramai, ini kerana spa kecantikan kami satu-satu di Malaysia yang mempunyai sijil yang diiktiraf oleh Persatuan Nailist Jepun.

“Malah kesemua produk dan barangan yang digunakan kami, bermula dari bulu mata, pewarna kuku sehinggalah kelengkapan membuat rawatan ini diimport dari Jepun yang sangat berkualiti tinggi.

“Jika anda mendengar isu seperti penyambungan bulu mata membuatkan mata gatal, bengkak dan sebagainya, semua itu tidak berlaku di sini.

“Ini kerana kami menggunakan bulu mata extension yang berkualiti diperbuat daripada bahan yang tidak memudaratkan mata malah bila dipakai terasa seperti bulu mata asli,” kata Pengarah Pemasaran FABUlash, Cik Hi Yin Pink.

Pink (tengah) bersama Tracy dan Shiha. Foto: Nik Ahmad Fahmi

Memperkasakan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua yang berpengkalan di lot 25A, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, ia sebagai satu usaha merealisasikan misi dan visi syarikat untuk menjadikan FABUlash satu jenama pilihan wanita di Malaysia. Selain permintaan tinggi dari pelanggan.

Terdahulu, cawangan pertamanya beroperasi di Desa Park City, Kuala Lumpur jam 1 Jun 2017.

“Mengapa kecantikan menjadi modul perniagaan kami, sebab utamanya adalah untuk mempromosikan keyakinan diri terhadap wanita dengan menyediakan perkhidmatan penyambungan bulu mata dengan pengalaman luar biasa.

“Selain ingin menyampaikan mesej kepada golongan hawa bahawa mereka boleh kelihatan cantik dan menyerlah tanpa solekan berlebihan. Cukup hanya dengan sentuhan yang minimal.

“Kepakaran kami tidak terbatas pada sambungan eyelash extensions saja tetapi juga, manicure, pedicure, waxing, lash perming dan henna. Pelanggan juga tidak perlu bimbang atau khuatir, kerana perkhidmatan kami dijamin selamat untuk digunakan,” katanya. 

Foto: Nik Ahmad Fahmi

Ujar wanita cantik itu lagi, servis bagi setiap perkhidmatan yang disediakan adalah berpatutan, bagi memastikan semua pelanggan dari segenap peringkat umur dan bangsa dapat merasai pengalaman bersama kami.

Bersama-sama Pink menggerakkan FABUlash untuk cawangan Taman Tun Dr Ismail, adalah Tengku Ab Hadi Tengku Mustapha selaku Pengarah Urusan dan Tracy Wan sebagai Pengarah Kreatif. 

Pada majlis pembukaan FABUlash cawangan Taman Tun Dr Ismail, penyanyi Shiha Zikir, Nabila Razali, Cassidy dan Mimie Fly antara artis yang menyerikan majlis. Manakala barisan influencer adalah Norreen, Ekin Kamarudin, Lianna Nurdin, Ayunie Harris dan Ayu Harris. 

Pink diapit oleh Mimy Fly dan Cassidy Foto: Nik Ahmad Fahmi

Pink dan Tracy bersama beautician FABUlash Foto: Nik Ahmad Fahmi

Pink dan Tracy bersama Shiha serta barisan influencer yang hadir di majlis perlancaran cawangan ke-2 FABUlash Foto: Nik Ahmad Fahmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019
Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018
Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Featured Thu, 23 Apr 2020

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Potongan sesuai untuk semua acara

Featured Sat, 21 Mar 2020

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Kongsi 4 langkah kecantikan semula jadi

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

Oh Lawa Thu, 18 Jan 2018

Pilih Warna Pakaian Untuk Mood Berbeza

Setiap kali membuka almari, pasti anda pening mahu memilih pakaian apa untuk dipakai. Namun, tahukah anda warna pakaian mampu mempengaruhi emosi atau mood seseorang? Malah, kuasa warna juga secara tidak langsung melambangkan personaliti diri. Justeru, […]

Oh Lawa Thu, 3 Jan 2019

Be Bold, Daring And Unique, Deskripsi Terbaik Tentang Trend Sepatu 2019!

Adakah kamu sudah sedia melangkah penuh gaya?

Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Ini 4 Cara Pakai Foundation Cecair Mengikut Jenis Kulit Anda

Sama ada kulit anda kering atau berminyak, ada alat aplikasi serta cara yang sesuai untuk memakai foundation.

Oh Lawa Fri, 10 Jan 2020

Video tutorial solekan natural untuk wajah tampak cantik dan berseri

Sesuai untuk mereka yang tidak suka solekan tebal