Oh Lawa By: Ad Ops January 17, 2018 @ 7:18am

Pakaian Dalam Serlah Bentuk Badan

Walaupun tidak kelihatan di pandangan mata kasar, pemilihan pakaian dalam yang tepat hakikatnya amat penting. Memakai coli yang tepat adalah langkah pertama untuk tampil fabulous . Ini saranan Pakar Pakaian Dalam, Tomima Edmark mengenai cara mengenalpasti pakaian dalam yang tepat mengikut ciri badan anda:

* Untuk yang berpayudara kecil

Mereka yang berpayudara kecil sebenarnya agak bertuah kerana kebanyakan jenama coli di pasaran dicipta untuk memenuhi permintaan mereka bersaiz cup A-D, jadi, tidak susah mencari coli yang seksi mengikut kemahuanmu.

Untuk menyerlahkan keyakinan dengan aset anda, jangan teragak-agak  untuk memilih stail push-up atau padded bra. Kedua-dua jenis bra ini pasti menambahkan pesona anda sebagai wanita anggun dan bergaya.

* Jika anda berpinggang lebar

Berbanggalah dan tunjukkan pada dunia! Kini, masyarakat lebih terbuka, kecantikan tidak hanya didefinisikan pada mereka bertubuh ramping semata. Lihat sahaja keyakinan Adele ataupun America Fererra yang selesa dengan tubuh masing-masing.

Mereka berfigura sebegini disarankan memilih thong atau bikini, yakni, lebih terdedah, makanya lebih seksi, apalagi bila bercakap soal pinggang.

* Jika anda tinggi lampai

Elakkan bodysuits. Siluet bodysuits direka untuk wanita berketinggian sederhana dan akan membuatkan batang tubuh kelihatan lebih panjang.

Mereka yang memiliki tubuh tinggi lampai paling sesuai menyarungkan helaian seluar dalam dan coli secara berasingan. Jika memilih pakaian tidur, pilih item tanpa penekanan pada pinggang atau empire line betul-betul di bawah payudara.

* Jika anda ada perut dan garis pinggang penuh

Juga dikenali sebagai berbentuk epal, wanita bertubuh sebegini akan tambah anggun dengan bodysuits berleher potongan dalam yang memanjangkan menimbulkan ilusi susuk tubuh lebih panjang dan memfokuskan kepada cleavage. Pakaian dalam yang meratakan dan menyokong struktur aset anda juga patut jadi teman baik selepas ini.

* Jika anda berpayudara besar

Kesesuaian coli anda sepatutnya bergantung kepada kepejalan aset anda itu. Lagi montok, lagi seksi keduanya apabila disokong coli sukan. Ramai wanita yang dianugerahkan tubuh badan sebegini menyukai minimizer bra dengan litupan penuh yang memberikan bentuk bulat secara semujadi.

Seperti coli jenis lain, minimizer boleh didapati dalam pelbagai warna, cetakan dan material seksi mengikut selera fesyen anda.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Dihiasi dengan selendang batik dan aksesori bermotif tradisional

Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Oh Lawa Mon, 16 Jul 2018
Featured Thu, 5 Sep 2019
Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Inilah Tip Paling Berkesan Untuk Menanggalkan Makeup, Menurut Pakar Kecantikan Patrick Starr

Genius! Anda mesti tak pernah terfikir nak gunakan cara ini.

Featured Fri, 21 Feb 2020
Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

Oh Lawa Thu, 15 Feb 2018

Dambakan Mata Sihat Dan Cantik, Jom Baca Tips Ini!

Mata merupakan antara pancaindera yang penting pada tubuh kita.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!

Featured Mon, 9 Mar 2020