Oh Lawa By: Ad Ops November 4, 2019 @ 11:02am

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Aksesori emas bukanlah sesuatu yang kita boleh membelinya selalu, melainkan kita berduit, setuju atau tidak? Kalau mahu memilikinya sekali pun, mungkin kena tunggu bila ada jualan dengan harga istimewa. 

Pameran dan jualan barang kemas berjenama Kumpulan Habib menerusi acara Habib International Brand Showcase yang berlangsung di Center Court, The Curve baru-baru ini menyaksikan pelbagai rekabentuk barang kemas ditawarkan..

Selain produk Habib, ada juga promosi untuk jenama Hearts On Fire (yang berasal dari Amerika Syarikat), Stephen Webster (Britain), Pandora (Denmark), Les Georgettes (Perancis) dan Tous (Sepanyol).

“Pada tahun-tahun sebelum ini, acara yang sama hanya menawarkan barangan Habib sahaja. Tetapi untuk kali ini, kami turut mempamerkan jenama-jenama luar negara kami,” kata Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Habib Yasheeda Yashaiya.

“Kami berbesar hati untuk menayangkan semua koleksi barang kemas yang kami telah keluarkan pada tahun ini sebelum kita menyambut tahun baharu. Inilah peluang terbaik untuk sesiapa yang ingin membeli hadiah ataupun menambah kepada koleksi mereka sendiri.”

Acara ini mempamerkan kesemua barangan di bawah Kumpulan Habib. Sumber: Facebook Habib

Bagi anda yang sedang mencari set barang kemas untuk acara perkahwinan atau pertunangan, ataupun ingin membeli emas demi pelaburan, anda boleh dapatkannya di sini.

Hanya di Showcase ini, koleksi set perkahwinan dijual dengan harga mampu milik. Contohnya, set berlian perkahwinan berharga serendah RM3,000, lengkap dengan cincin, loket, rantai dan juga rantai tangan.

Ada macam-macam jenis aksesori yang pastinya menepati cita rasa anda, daripada cincin ke gelang atau rantai. Pilih sahaja gaya yang anda ingini.

Stephen Webster menawarkan aksesori unik. Sumber: NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Yang menariknya, pameran ini bukan sahaja menawarkan barang kemas semata-mata. “Contohnya, jenama Tous ada menawarkan beg tangan dan skarf selain aksesori menarik,” kata Yasheeda.

Selain itu, di Showcase ini Kumpulan Habib juga mempromosikan butik jam tangannya Time Zone yang menyediakan jenama-jenama eksklusif seperti Ice Watch, William L. 1985, Techne Instruments, Greyhours, Corniche, Bravur dan Marathon Watch.

Aksesori jam pun ada! Sumber: NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Golongan Adam, janganlah bermuram durja, kerana di sini aksesori dan jam tangan lelaki pun ada!

Nak tahu apa yang ada dijual di Showcase ini? Jom tonton video Instagram yang sempat Hijab & Heels rakam ketika di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

Pada acara sama juga, pelbagai jenis promosi disediakan untuk pengunjung. Pandora umpamanya menyediakan potongan harga sebanyak 40 peratus  untuk produk tertentu manakala Habib pula menawarkan harga serendah RM799 sahaja untuk rantai tangan bertatahkan berlian 1 karat.

Lebih meriah, Kumpulan Habib turut menjemput pemenang rancangan realiti Big Stage, Jang Hanbyul yang sebenarnya seorang peminat aksesori.

Hanbyul dijemput untuk memeriahkan majlis. Sumber: NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

“Kepada semua Twinklers di luar sana, mari datang dan tinjau semua koleksi aksesori yang ditawarkan di Showcase ini,” kata Hanbyul.

“Bukan selalu Kumpulan Habib mempamerkan semua jenama barangannya di bawah satu bumbung, dan tidak banyak masa lagi yang tinggal,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Wajah Polos Tidak Bermaya? Ini Tutorial Solekan Paling Mudah & Jimat Untuk Beginner

Solekan juga dapat membantu untuk menutupi cela pada wajah selain mengelakkan kulit muka nampak suram atau pucat.

Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman

Featured Sun, 29 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Suntikan retro ‘dihidupkan’ kembali sebagai ‘DNA’ rekaan fesyen 2019

Baju jala kembali sebagai trend paling hangat dan wajib ada dalam almari anda!

Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Label Norish Kareem Couture Bakal Membuka Rumah Fesyennya Di London November Ini

Norish Kareem tawar peluang kepada pereka fesyen tempatan untuk menempatkan koleksi mereka di London.