Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Oh Lawa By: Yanie Baharom September 27, 2018 @ 11:00am

Pelanduk Dua Serupa Memang Wujud Dan Ini Kembar Supermodel Kendall Jenner!

Namanya tiba-tiba meledak dan menjadi perbincangan di kalangan netizen di seluruh dunia. Siapakah Kate Bogucharskaia sehingga dirinya mendapat perhatian sebegitu rupa?

Kate mula menarik perhatian netizen apabila foto-foto yang dikongsikannya menerusi Instagram telah mengelirukan ramai pihak yang menyangkakan dirinya adalah supermodel, Kendall Jenner.

Foto: Instagram Kate Bogucharskaia

Selain wajah seiras Kendall, Kate juga berkongsi kerjaya sama seperti bintang Keeping Up With Kardashian itu.

Malah persamaan mereka boleh diukur melalui warna rambut yang gelap, tulang pipi yang tinggi dan bentuk mata termasuk ketinggian.

Foto: Instagram Kate Bogucharskaia

Kate mempunyai ketinggian 180 cm, iaitu 1 sentimeter lebih tinggi dari Kendall. Selebihnya untuk ukuran baju dan sepatu, mereka berkongsi ukuran yang sama.

Yang membezakan pelanduk dua serupa ini hanyalah warna mata mereka. Kate memiliki warna mata hazel atau coklat muda. Sedangkan mata Kendall berwarna coklat gelap.

Foto: Instagram Kate Bogucharskaia

Untuk pengetahun umum, Kate yang berasal Rusia itu pernah tampil di lookbook bagi memperagakan koleksi Kendall + Kylie Spring 2017. Kate menjadi model untuk beberapa busana hasil kolaborasi adik-beranik Jenner itu.

Di arena pentas peragaan, nama Kate belum begitu popular sebagaimana Kendall. Dia pernah tampil di fashion show Chloe dan Louis Vuitton pada 2013. Sedangkan Kendall, sejak tampil di fashion show Marc Jacobs pada 2014, tak terhitung sudah berapa banyak catwalk dijayakannya.

Foto: Instagram Kate Bogucharskaia

Cuma kebelakangan ini, populariti Kate di media sosial naik mendadak di mana jumlah followers meningkat dengan cepat. Namun begitu, tidak semua pengguna Instagram sependapat.

Ada yang merasakan wajahnya Kate lebih mirip Bella Hadid jika dibandingkan Kendall. Bagaimana menurut anda, apakah Kate lebih mirip Kendall Jenner atau Bella Hadid?

Foto: Instagram Kate Bogucharskaia

Sumber: Detik Com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Featured Mon, 8 Jan 2018

10 Rahsia Wanita Jepun Tampak Muda Dan Slim Sepanjang Masa

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka […]

Oh Lawa Sat, 25 Aug 2018
Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Oh Lawa Sat, 8 Sep 2018

The White Label Collection Dedikasi Kasih Najla Sarbini Buat Allahyarham Bapanya

Najla Sarbinie mengabadikan nama Allahyarham bapanya itu menerusi rekaan terbaru beliau.

Oh Lawa Mon, 11 Feb 2019

Miley Cyrus tampil bersahaja ke Grammy Awards, tetapi kasutnya memang luar biasa!

Kasut juga boleh tambahkan seri kepada penampilan anda.

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Mon, 8 Oct 2018

Mencukur Bulu Muka Boleh Buat Makeup Nampak Lebih Perfect, Tapi Apakah Keburukannya?

Bukan lelaki saja yang mencukur muka, tapi adakah teknik ini bagus?

| Live TV