Oh Lawa By: Yanie Baharom April 5, 2018 @ 6:55pm

Penangan Gelekan Memukau Izara Aishah, Buat Penonton Terlupa 60 Koleksi Lebaran Rizalman For Zalora 2018

Sempat menjadi salah seorang tetamu di pertunjukan fesyen ‘Rizalman For Zalora 2018’, yang berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur, pada Rabu, keterujaan penulis untuk melihat koleksi terbaru maestro fesyen itu sudah memanggil-manggil sejak sebulan yang lalu.

Ini kerana teaser yang dipaparkan Datuk Rizalman Ibrahim menerusi laman Instagram dan Facebook milik beliau yang menampilkan pelakon cantik, Izara Aishah, sebagai muse dalam persalinan sarat elemen Bollywood dengan permainan fabrik Saree, broked, sifon dan Indian Fine Cotton, cukup mengujakan.

Foto Kredit :Instagram Izara Aishah

Apatah lagi, pertunjukan fesyen yang dibuat Rizalman pada tahun lalu di lokasi sama diperkatakan hebat oleh ramai.

Berbalik pada koleksi tahun ini, saat tiba di kawasan parkir Stadium Chin Woo, penulis sudah terpegun dengan dengan setting dekorasi yang dilakukan di luar stadium yang mana sebahagian besar ditutupi langsir baldu warna hijau dan dipenuhi juntaian bunga melur.

Saat memasuki perut stadium, kekaguman berganda apabila melihat props seakan tangga sebuah istana setinggi kurang lebih 20 kaki, apatah lagi halwa telinga tetamu dijamu dengan alunan irama Bollywood dari pilihan melodi instrumen yang santai hinggalah groove bikin tetamu mahu menari.

Foto Kredit : Instagram Izara Aishah

Namun, di sebalik kehebatan setting set pertunjukan fesyen itu yang menampilkan 60 koleksi Hari Raya terdiri daripada kaftan, kurung pahang, kurung kedah, kurta, tunik dan sebagainya, seperkara yang tetamu sukar untuk ‘move on’, adalah segmen finale menyaksikan gelekan mempesona daripada oleh Izara Aishah mempersembahkan tarian Bollywood.

Hampir semua tetamu yang hadir termasuk golongan selebriti dan pereka fesyen jemputan yang diundang memuat naik momen ‘spectacular’ itu di laman sosial masing-masing. Antaranya pasangan selebriti suami-isteri, Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Melinda Looi, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Foto Kredit : Instagram Dato Rizalman

Tepukan dan jeritan gemuruh penonton yang sebahagiannya ikut menari menjadikan pertunjukan itu sebuah majlis keramaian yang cukup indah dan gilang-gemilang. Bayangkan penangan gelekan Izara Aishah persis Deepika Padone itu, membuatkan penulis sendiri tidak mampu mengingati satu pun daripada 60 rekaan yang dipaparkan sebelumnya. 

Seperti di dalam kapsyen gambar Rizalman sebelum ini, bagi tujuan pra promosi koleksi berkenaan, beliau menamakan watak Izara sebagai sepasang kembar bernama, Paro dan Kunti anak kepada Tuan Tanah (Rizalman). Akhir kata tahniah kepada Tuan Tanah, Paro dan Kunti, You All Memang Dahsyat!

Video Kredit : Pareng Log

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Strawberi Mampu Buatkan Anda Cantik Dan Sihat!

Strawberi bukan sahaja sedap malah bermanfaat untuk kecantikan anda!

Oh Lawa Mon, 6 Jan 2020

Warna gincu yang mana akan buatkan gigi tampak lebih putih?

Jangan main pakai sahaja jika anda ingin serlahkan keputihan gigi.

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Cara memilih gaya tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda

Jika tersalah pilih, rosaklah penampilan anda!

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!

Oh Lawa Thu, 17 May 2018

17 Foto Busana Perkahwinan Diraja Yang Tercantik Dari Negara-Negara Serata Dunia

Sebelum Harry dan Meghan berkahwin, jom tengok dulu wedding dress di majlis-majlis perkahwinan diraja.

Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019

Panduan penjagaan rambut untuk kekal sihat bersinar!

Amalkan 4 panduan ini untuk elak rambut bermasalah!

Featured Thu, 27 Dec 2018

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Salah pilih warna boleh buat wajah anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

Oh Lawa Mon, 9 Jul 2018
Featured Tue, 21 Aug 2018
error: Content is protected !!