Categories: Oh Lawa

Pori-Pori Muka Besar? Ini 6 Tips Paling Mudah Untuk Anda Amalkan!

Anda rasa liang pori muka anda besar dan terbuka tak? Cuba tengok kat cermin sekarang! Haaa.. kalau besar tu  jangan ambil mudah ya, sebab nanti kulit muka nampak kasar dan jerawat senang nak tumbuh tau.

Anda tahu tak kenapa liang pori kita besar dan terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di wajah? Biasanya ia terjadi di bahagian hidung, dagu dan pipi tetapi sebenarnya kat mana-mana bahagian muka pun boleh terjadi. Sebenarnya, liang pori merupakan pembukaan untuk bulu roma dan saiz bulu roma kita adalah bergantung kepada saiz liang tersebut. Campuran sel-sel kulit mati boleh menyebabkan liang pori kelihatan lebih terbuka atau tersumbat.

Foto: Leaf TV

Ini antara punca liang pori muka kita besar dan terbuka: 

1. Genetik

Faktor genetik antara salah satu sebab masalah pori-pori terbuka. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malah boleh mewariskan struktur pori-pori pada muka seseorang.

2. Penuaan

Untuk pengetahuan anda, apabila seseorang itu semakin meningkat usia, penghasilan elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Jadi, apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan pori-pori muka akan kelihatan lebih besar.

3. Cahaya Matahari

Kalau anda selalu terdedah dengan cahaya matahari, selepas ini kena hindarkan ya! Ini kerana, kulit muka yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan elastin dan menjadikan pori-pori muka terbuka.

4. Kebersihan

Sekiranya korang tidak mencuci muka dengan betul, pengumpulan minyak pada kulit muka akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar.

Sebenarnya, masalah pori muka yang terbuka tidak boleh dihilangkan dengan sepenuhnya, tetapi boleh dikecilkan saiz pori tersebut. Ini tips mudah yang anda boleh cuba untuk membantu mengecilkan liang pori muka:

1. Jus timun

Foto: Utara News

Timun selalu dikaitkan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana mempunyai pelbagai khasiat. Begitu juga untuk mengecilkan pori-pori pada muka anda, caranya adalah:

Campurkan jus timun yang telah dikisar dengan tepung jagung sehingga menjadi likat. Kemudian, sapukan di sekeliling muka, terutamanya pada bahagian liang pori yang terbuka selama 15 minit. Bilas menggunakan air sejuk.

Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengecilkan liang pori tetapi membantu mencantikkan lagi tekstur kulit muka anda.

2. Telur putih

Foto: Lifestyle Okezone

Anda mesti dah tahu kalau putih telur ini memang sangat membantu untuk mengecilkan liang pori muka kan? Anda perlu ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15 minit. Bilas menggunakan air sejuk.

Anda juga boleh menjadikan telur putih ini sebagai topeng muka dengan mencampurkannya dengan oats, tepung beras atau dua sudu teh jus lemon. Anda boleh cuba langkah ini dua kali seminggu. Cara ini juga membantu masalah kulit muka yang tersumbat dan boleh membantu menghindarkan jerawat. 

3. Tomato

Foto: Financial Tribune

Tomato juga membantu dalam mengecilkan liang pori muka. Caranya ialah kisar tomato; sapu pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, bilas bersih menggunakan air sejuk. Menariknya, tomato bukan sahaja dapat membantu mengecilkan pori terbuka tetapi dapat membantu masalah parut pada kulit muka sekaligus membantu menghaluskan kulit.

4. Ais

Foto: Ellesalon.in

Ais antara bahan yang lebih mudah untuk didapati! Caranya mudah saja, anda perlu pecahkan ais menjadi kecil atau dalam bentuk kiub, kemudian balut ais tersebut menggunakan kain. Gosok kain tersebut di sekeliling muka pada waktu malam sebelum tidur. Anda akan lihat kesannya dalam masa 1-2 minggu. Paling best, kulit anda akan terasa segar bila bangun tidur!

5. Lidah buaya

Foto: Food Living

Lidah buaya juga mampu membantu mengecilkan liang pori yang terbuka. Anda boleh ambil isi lidah buaya dan sapukan pada kulit muka. Kemudian, biarkan selama 20 minit dan bilas menggunakan air sejuk. Khasiat lidah buaya ini adalah membantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang pori yang tersumbat. Cuba tau!

6. Wap (Steaming)

Foto: Radarpekalongan

Anda juga boleh mencuba langkah ini untuk mengecilkan liang pori yang terbuka. Cara ini juga dapat membantu menyingkirkan bakteria dan menghilangkan kotoran halus pada kulit muka. Lakukan pengewapan ini selama 20 minit!

Jadi, anda boleh pilih langkah yang paling mudah untuk dilakukan di rumah! Tetapi ingat ya, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda kena amalkan tips ini secara konsisten. Selamat mencuba!

Sumber: cun.my

tex_admin