Oh Lawa By: Fadzlena Jafar December 11, 2019 @ 3:07pm

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Pendedahan secara berterusan pada cuaca panas, berisiko menyebabkan rambut kering dan tampak kusam jika syampu atau perapi yang digunakan tidak mempunyai ramuan khusus untuk mengembalikan kelembapan pada rambut.

Selain itu, penggunaan pengering rambut dan produk kecantikan rambut seperti bahan kimia yang digunakan untuk mewarna, mengeriting atau meluruskan rambut juga boleh menyebabkan rambut jadi bermasalah, kering dan kemungkinan rosak.

Memahami keperluan itu, Herbalife Nutrition, syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk pemakanan berkhasiat mengambil inisiatif mengeluarkan rangkaian produk berkhasiat luaran untuk pasaran Malaysia.

Sebagai permulaan, Herbalife Nutrition melancarkan dua produk penjagaan rambut iaitu Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Herbal Aloe Strengthening Conditioner menerusi segmen berkenaan.

Pengurus Besar merangkap Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia, Steven Chin berharap pengguna memilih produk penjagaan rambut yang diyakini keberkesannya. Gambar NSTP

Pengurus Besar merangkap Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia, Steven Chin, berkata berdasarkan kaji selidik terhadap keperluan penjagaan rambut dalam kalangan pengguna, pihaknya mendapati kebanyakannya mencari produk yang dapat mengurangkan masalah keguguran rambut.

Sehubungan itu, katanya, Herbalife Nutrition melakukan kajian bagi menghasilkan formulasi khusus syampu dan perapi yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan itu, tetapi juga memastikan rambut lebih bertenaga dan lembut bersinar.

“Di Herbalife Nutrition, kami sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan dan berdasarkan prinsip itu kami memperkenalkan himpunan penjagaan rambut bagi pasaran Malaysia, iaitu Herbal Aloe Strengthening Shampoo and Herbal Aloe StrengtheningConditioner.

“Syampu dan perapi rambut ini diperkaya dengan mikroprotein daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan bagi mengurangkan masalah kerosakan rambut dan diuji secara klinikal mampu menjadikan rambut yang rosak 10 kali lebih kuat, selain lembut dan kelihatan lebih licin,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Herbalife Nutrition memperkenalkan dua produk penjagaan rambut Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Herbal Aloe Strengthening Conditioner yang diformulasikan daripada tumbuh-tumbuhan dengan ujian klinikal yang terbukti berkesan.

Syampu dan perapi baharu Herbalife Nutrition yang sesuai digunakan lelaki dan wanita itu bukan sahaja menjadikan rambut lebih kuat dan sihat, tetapi juga memberikan keselesaan kepada wanita yang bertudung kerana memberikan keharuman yang segar sepanjang hari.

Selain memberikan bau yang harum dan segar, syampu itu juga menjadikan rambut terasa lebih lembut dan tidak kusut selepas dicuci, malah kelihatan mengurai selembut sutera.

Sebagai syarikat yang tidak melakukan ujian ke atas haiwan dalam penghasilan produknya, Herbalife Nutrition mengambil langkah proaktif dengan melakukan uji kaji ke atas rambut manusia yang dipotong.

Penggunaan syampu  Herbal Aloe Strengthening Shampoo dapat menjadikan rambut lebih sihat dan kuat.

Ujian berkenaan dilakukan kepada empat jenis rambut berbeza yang terjejas atau rosak akibat pelunturan dan pengeritingan, manakala kekuatan rambut dinilai berdasarkan pengurangan dari segi jumlah rambut yang gugur apabila disikat.

Hasilnya, kumpulan rambut yang dirawat dengan menggunakan Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Herbal Aloe Strengthening Conditioner menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dengan 90 peratus pengurangan keguguran rambut apabila disikat.

Penggunaan Herbal Aloe Strengthening Conditioner menjadikan rambut licin selembut sutera.

Steven berkata, rambut yang sihat dan kuat dapat memberikan keyakinan kepada seseorang itu sekali gus meningkatkan mutu kehidupan.

“Setiap pagi apabila bangun dengan rambut yang cantik dan sihat, anda pasti lebih positif kerana keadaan ini dapat meningkatkan keyakinan dan emosi yang baik. Tiada lagi rasa bimbang dan kurang keyakinan akibat keguguran rambut atau rambut yang semakin menipis.

“Terima kasih kepada Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Herbal Aloe Strengthening Conditioner kerana penggunaannya mampu menjadikan rambut anda lebih kuat dan sihat,” katanya.

Ingin mencuba secara percuma Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Herbal Aloe Strengthening Conditioner? Anda boleh menyertai Peraduan Dalam Talian Hijab & Heels yang disiarkan di Instagram (@hijabnheelsofficial) dan Facebook Hijab & Heels, selagi stok masih ada. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018

Bimbang Skrub Anda Ada Bahan Pengawet? Buat Skrub Anda Sendiri Dengan Menggunakan Bahan Dapur

Ia boleh menanggalkan sel kulit mati, menjana semula sel kulit baru dan menghaluskan kulit.

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Oh Lawa Tue, 15 Jan 2019

What’s better and cosier than a puffer coat? A puffer coat lined with fur!

It’s like a snuggly warm blanket but fashionable.

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Oh, Patutlah Rambut Model Iklan Syampu Nampak Perfect! Guna Trik Ini Rupanya

Macam mana model iklan syampu boleh ada rambut selembut, sehalus, sesempurna itu? Macam tak logik langsung!

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Agar Gincu Bibir Kekal Lama

Satu masalah dengan gincu bibir ialah jika ia tidak tahan lama. Kadang-kadang rasa leceh apabila perlu reapply beberapa kali dalam sehari. Jadi bagaimana cara untuk pastikan warna gincu bibir kekal sepanjang hari?

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018

Soya Bagus Untuk Kecantikan Kulit? Ini Antara Khasiatnya

Kalau nak kulit sentiasa cantik, selalulah makan makanan yang mengandungi kacang soya!

Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019
Oh Lawa Fri, 23 Nov 2018

Khasiat Garam Bukit Untuk Kecantikan Wanita

Garam bukit mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh badan kita