Oh Lawa By: Bibi Ramli May 27, 2019 @ 10:00am

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Sempatkah anda menonton Get It Beauty On The Road ketika ia disiarkan di saluran Astro Ria September lalu?

Bagi yang tidak, rancangan variasi terbitan tvN Asia ini menawarkan panduan mengenai trend fesyen dan kecantikan yang sedang popular di Korea Selatan.

Untuk musim keduanya, Get It Beauty On The Road kembali ke Malaysia dengan edisi khas untuk Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba!

Penonton bakal mempelajari panduan penggayaan tradisi Melayu yang disuntikkan dengan unsur kecantikan Korea.

Hasilnya tampak lebih moden tetapi jangan risau, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang sesuai dengan tema hari lebaran.

Pengendali rancangan ini ialah pelakon dan personaliti televisyen Kim Jungmin sebagai hos. Beliau ditemani oleh pakar kecantikan Korea, jurusolek serta influencer Kim Kisoo, dan penyampai televisyen Malaysia, Nadiyah Shahab.

 

Kim Kisoo dan Kim Jungmin akan kongsikan panduan kecantikan. Foto: NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria

Mereka bersama-sama akan membantu anda bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya dengan penampilan yang jelita dan penuh ‘glam’.

Bagi warga Korea Selatan seperti Kisoo dan Jungmin, sambutan Hari Raya ialah sesuatu yang baharu. Disebabkan itu, Nadiyah mengajar Jungmin bagaimana untuk berpakaian seperti orang tempatan dengan membawanya pergi membeli baju raya.

Nadiyah mengajak Jungmin ‘shopping’ baju raya.

Untuk melengkapkan rupa penampilan anda, solekan anda juga mestilah mengancam! Walaupun Malaysia dikurniakan dengan cuaca panas lembap, anda tidak perlu risau.

Dengan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang kecantikan, Jungmin dan Kisoo boleh membantu.

Dengan menggabungkan trend kecantikan Korea dan rahsia mereka tersendiri, ketiga-tiganya akan cuba menyelesaikan masalah yang sering membelenggu wanita pada Hari Raya.

Get It Beauty On The Road in Malaysia akan mula ditayangkan pada 27 Mei, 11 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD, serta pada 31 Mei 8 malam di tvN Asia.

Berikut adalah jadual siaran rancangan Get It Beauty:

Saluran tvN Asia (saluran Astro 395)

  • Episod 1: 31 Mei (Jumaat) – 8 malam      
  • Episod 2: 7 Jun (Jumaat) – 7.30 malam
  • Episod 3: 7 Jun (Jumaat) – 8 malam

Astro RIA/RIA HD (saluran Astro 104/123)

  • Episod 1: 27 Mei (Isnin) – 11 malam
  • Episod 2: 3 Jun (Isnin) – 11 malam
  • Episod 3: 6 Jun (Khamis) – 3.30 petang

Rancangan ini akan berlangsung di dalam Bahasa Korea, Inggeris dan Malaysia. Sari kata di dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Malaysia, Indonesia dan Thai juga akan disediakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 15 Jun 2020
Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Wed, 19 Sep 2018

2 Jenama Produk Kecantikan & Kesihatan Ratusan Ribu Yang Menjadi Pilihan Golongan Elit

Pasti anda tertanya-tanya, agaknya apakah jenis produk yang mahal ‘gila’ itu kan?

Oh Lawa Mon, 22 Apr 2019

Jom belajar cara mendandan berinspirasikan rambut ‘Khaleesi’ Daenerys Targaryen

‘Mahkota’ watak utama siri Game Of Thrones ini sentiasa mempersonakan!

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

| Live TV