Categories: Oh Lawa

Safi Beautea dengan 100 peratus ekstrak teh premium

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Produk penjagaan kulit wajah sentiasa menjadi tumpuan utama wanita demi menjaga kulit kerana mampu menjadikan wanita yakin kala berhadapan orang ramai.

Menyedari kepentingan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan wanita, jenama kecanikan wanita, Safi mengeluarkan produk pembersih kulit terbarunya diperbuat 100 peratus ekstrak teh premium.

Empat variasi yang tawarkan, iaitu tiga jenis pembersih dan satu pupur muka dengan penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti white tea, black tea dan green tea memiliki fungsi tersendiri terhadap kulit wajah.

Setiap satu berfungsi untuk membantu proses detoksifikasi kulit daripada pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam selain turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan pertahanan kulit daripada radikal bebas.

Gel pembersih muka penghidratan white tea dan damask rose

Foto: Safi

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bersesuaian untuk kulit muka yang kering dan normal. Ia bertindak untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran yang melekat pada kulit wajah anda.

Gabungan antara ekstrak white tea dengan damask rose  yang dirumus amat kaya dengan antioksida dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit. 

Gel pembersih muka anti jerawat green tea dan neem

Foto: Safi

Pembersih gel ini bersesuaian dengan kulit muka yang jenis normal dan  berminyak. Ia merupakan hasil gabungan ekstrak green tea dan neem yang kaya dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit dari serangan radikal bebas. Bukan hanya mengawal sebum malah melegakan kerengsaan kulit. 

Pembersih muka detoks Black Tea and Black Orchid

Foto: Safi

Bagi anda yang berkulit sensitif, pembersih muka jenis ini sesuai untuk anda! Pembersih yang mengandungi asid amino dan bertekstur krim lembut itu dirumus dengan ekstrak teh hitam dan orkid hitam yang harum.

Ia juga diperkaya dengan dua kali manfaat antioksida yang mampu membersihkan dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan. Selain itu, ia melindungi kulit wajah daripada masalah penuaan awal. 

Pupur penghalusan wajah Apricot Tea

Foto: Safi

Pupur yang dirumus dengan gabungan ekstrak apricot dan white tea ini bertindak membersihkan liang-liang pori tanpa mengeringkan kulit. Ia bersesuaian dengan semua jenis kulit. 

Ia berfungsi membantu mencerah, melicin dan memulihkan tekstur kulit. Kulit anda pasti akan kelihatan berseri!

Setiap satu produk boleh didapati pada harga RM23.30 di seluruh gedung beli-belah seluruh negara.

tex_admin