Oh Lawa By: Yanie Baharom August 2, 2018 @ 9:30am

Sebelum Anda Bercukur, Cuba Praktikkan Salah Satu Cara Daripada 6 Tip Ini

Rutin ini biasanya dilakukan ladies sekurang-kurangnya seminggu sekali, mungkin juga sesetengahnya lebih kerap terutamanya bagi golongan lelaki.

Rutin yang dimaksudkan adalah bercukur. Tidak kisah bahagian mana sekalipun fokus anda semasa bercukur sama ada bawah lengan, kaki atau di mana-mana saja, enam perkara ini perlu anda ambil tahu.

1. Cukur beberapa minit selepas mandi

Basahkan tubuh dengan air suam dalam beberapa minit. Maknanya anda disarankan mandi terlebih dahulu sebelum bercukur. Bulu-bulu berada pada paras fleksibel (lebih lembut) setelah ia basah, jadi pisau cukur lebih mudah meluncur dan lebih ‘rapat’ dengan kulit.

2. Perapi rambut alternatif krim cukur

Seeloknya gunakan krim khusus untuk bercukur tetapi andai tiada, anda boleh gantikan dengan perapi rambut atau pencuci badan (shower cream). Pabila kulit dialas dengan sesuatu yang licin, cukuran lebih lancar.

3. Guna pencukur pakai buang dua kali saja

Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, maksimum pakai dua kali sahaja. Seeloknya laburkan wang membeli pencukur dengan mata pisau yang boleh ditukar ganti, kualitinya tahan lebih lama. Anda akan tahu mata pisau sudah tumpul pabila anda terpaksa menekan pisau cukur bila bercukur. Cara menyimpan pisau cukur, dongakkan mata pisau ke atas, bukannya ke bawah.

4. Selepas setiap strok cukuran, bilas pisau

Contohi bagaimana lelaki bercukur. Cuci pencukur setiap kali pusingan bercukur (setiap strok). Mengapa? Jika anda tidak membilas mata pisau pada setiap strok, anda akan menyumbat celah mata pisau dengan krim cukur dan sisa kulit mati. 

5. Bercukur di malam hari

Bercukur menyebabkan adakalanya menyebabkan iritasi, jadi seeloknya bercukurlah pada malam hari sebelum anda ke pantai keesokan hari. Tindakan bercukur sejam dua sebelum ke pantai tak ubah seperti mencurah garam ke atas luka. 

6.  Periksa kondisi kulit

Sebelum bercukur teliti permukaan atau kondisi kulit. Elakkan mencukur bahagian yang mempunyai masalah ruam atau berjerawat kerana pisau cukur boleh memindahkan masalah itu sekaligus merebak pada bahagian lain.

Foto: hindustantimes

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Oh Lawa Thu, 23 Aug 2018
Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019

5 panduan merias wajah sendiri pada hari bahagia anda

Jurumekap profesional pun akan tergugat.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

9 Kesalahan Kecantikan Yang Sering Dilakukan Wanita. Patutlah Tak Cantik-Cantik

Wanita memang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Namun, tanpa disedari, mereka turut melakukan kesalahan kecantikan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Featured Mon, 23 Jul 2018

Koleksi Kasut Paling Pelik Dari Serata Dunia. Ada Yang Sanggup Pakai?

Koleksi kasut paling pelik dari seluruh dunia.

Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.