Oh Lawa By: tex_admin October 16, 2018 @ 3:00pm

Sebelum Beli, Kenali Dahulu Nama Saintifik Bahan Produk Kecantikan. Barulah Mujarab!

Adakah anda seorang yang akan memerhati dengan teliti akan senarai kandungan dalam produk kecantikan sebelum membelinya? Adakah anda mengetahui makna dan fungsi di sebalik nama-nama bahan tersebut?

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih kurang tahu tentang bahan atau kandungan yang digunakan dalam produk kecantikan. Salah satu sebab kita membeli produk tersebut adalah berdasarkan testimoni ataupun cadangan daripada rakan-rakan. Betul tak?

Tapi, adakah produk tersebut akan menghasilkan kulit yang cantik dan tak membahayakan? Sebenarnya, anda perlu tahu bahawa tidak semua produk adalah sama dan sesuai dengan faktor kulit kita. Maksudnya, tidak semua produk mampu menjanjikan kecantikan kulit yang sempurna!

Jadi, penting untuk anda tahu maksud di sebalik nama saintifik serta fungsinya untuk kulit wajah anda. Jom kita semak!

1. Niacinamide / Vitamin B3 / Nicotinic Acid

Bahan ini berfungsi untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit. Malah, bahan ini juga membantu kulit untuk menyerap produk yang lain lebih baik. 

2. Alpha-hydroxy Acid (AHA) / Glocolic Acid / Lactic Acid / Tartaric Acid / Citric Acid

Semua bahan ini adalah berfungsi untuk merawat sebarang garis halus, kedutan, kesan penuaan, tompok pigmentasi dan boleh mengecilkan pori-pori. Tapi, anda perlu berhati-hati kerana kesan iritasi dan sensitiviti pada matahari boleh berlaku. Jadi, pastikan anda memakai krim pelindung matahari terlebih dahulu sebelum memakai krim produk ini.

3. Beta-hydroxy Acid (BHA) / Salicylic Acid

Bahan ini bagus untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat kerana ia mampu menyingkirkan kulit mati sekaligus dapat memperbaiki tekstur kulit. Bahan ini juga lebih lembut berbanding AHA. Pada anda yang mempunyai masalah jerawat, pilihlah produk yang mengandungi BHA atau Salicylic Acid.

4. Hyaluronic Acid

Kalau anda nak kulit wajah kekal hidrasi, dapatkan produk yang mengandungi bahan ini. Hyaluronic Acid mampu melembabkan, meremajakan serta menjauhi kulit daripada sebarang kerosakan. Kalau anda nak awet muda, amalkan rutin pemakaian produk yang mengandungi bahan ini ya!

Foto: NewBeauty

5. Ascorbic Acid / Sodium Ascorbate / Ascorbyl Glucoside

Jangan tak tahu, bahan ini adalah Vitamin C! Vitamin C berfungsi untuk mencerahkan dan memperbaiki tona kulit. Tapi, jaga-jaga bahan ini boleh jadi sensitif pada kulit anda sekiranya terdedah pada sinaran matahari. Gunalah krim pelindung matahari ya!

6. Retinol / Vitamin A

Bahan ini pula digunakan dalam krim khas untuk anti-penuaan. Retinol dan Vitamin A ini paling sesuai untuk memperbaiki kedutan kerana ia mudah menyerap ke dalam kolagen dan lapisan kulit yang dalam. Selain dari kedutan, ia juga mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit tidak sekata. 

7. Alpha-Lipoic Acid / Thioctic Acid

Bahan ini sama seperti Retinol, tapi ia lebih efektif memperbaiki masalah kulit degil serta menjaga kulit dari sebarang kerosakan akan datang. Sifat universal Alpha-Lipoic Acid sangat mudah menyerap ke dalam sel kulit serta memberikan kesan paling terbaik untuk mengurangkan garis halus sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan meningkatkan antioksida.

Jadi, sebelum beli anda perlu pastikan bahan-bahan yang penulis senaraikan itu ada dalam produk kecantikan yang anda nak beli. Ingat, pilih produk ikut jenis kulit anda ya!

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 27 Feb 2018

Mascara Anda Kering Dan Bergumpal? Ini Cara Mudah Untuk “Cairkannya” Semula

Kegunaan mascara adalah untuk buat bulu mata kita nampak lebat dan lentik. Jadi memang tension kalau mascara tu dah mula bergumpal dan kekeringan, padahal macam baru je beli semalam.

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Mon, 27 May 2019
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Sentuhan Magis Raffiey Nasir Jadi Pilihan Selebriti Hollywood

Raffiey Nasir tak menang tangan siapkan tempahan!

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018

Soya Bagus Untuk Kecantikan Kulit? Ini Antara Khasiatnya

Kalau nak kulit sentiasa cantik, selalulah makan makanan yang mengandungi kacang soya!

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

7 Manfaat Concealer Stick Yang Bukan Sekadar Menghapuskan Mata Panda!

Penggunaan concealer stick ini pelbagai guna rupanya!

Oh Lawa Thu, 4 Oct 2018
Oh Lawa Fri, 23 Feb 2018

4 Cara Ketahui Jenis Kulit Anda Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Sebelum nak cuba dapatkan kulit yang perfect, anda kena tahu dulu apa jenis kulit anda: kering, berminyak, normal atau kombinasi.